Satu Lagi Video Seks Anwar Akan Tersebar?
Oleh : Suara Pakatan Rakyat
MAKAN-makan di sekitar Wangsa Maju memang sudah menjadi kebiasaan penulis sejak sekian lama. Paling tidak 2 kali dalam seminggu, penulis akan berkunjung ke sana untuk memenuhi tabiat yang disebutkan di atas.
Selain tempat yang menarik untuk mendapatkan bahan bagi tujuan penulisan.
Mungkin sudah tercatit dalam kalam hidup penulis bahawa kunjungan ke Wangsa Maju semalam tidak hanya dipenuhkan dengan aktiviti makan tapi juga penulis secara kebetulan terdengar dari kalangan yang ‘melantak’ sama bahawa tidak berapa lama saja lagi, satu lagi video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tersebar meluas.
Kali ini katanya adegan tersebut dirakam disebuah hotel di Thailand dan membabitkan 2 pelacur sekaligus.
Setakat itu sahaja yang penulis terdengar, lebih dari itu penulis tidak dapat perinciannya. Yang sebetulnya penulis tidak langsung terkejut dengan makluman tersebut kerana penulis sedia maklum, UMNO wajib melangsaikan hutangnya ke atas Anwar walau dalam apa keadaan sekarang.
Penulis sendiri tak pasti dimana masalahnya kali ini sehingga UMNO gagal mengaitkan Anwar dengan tuduhan meliwat Saiful Bukhari, maka itu sesuatu perlu dibuat untuk menjatuhkan imej Anwar dimata masyarakat.
Dan bila bercakap pasal Anwar, apa lagi yang paling sesuai melainkan isu seks.
Lagipun soal video seks di Thailand ini bukan pertama kali disebut, malah ‘sedutan’ daripada video itu (dalam bentuk gambar) sudah pun disebarkan beberapa blog pro UMNO sejak 2 ke 3 bulan lepas dengan yang paling ke depan papagomo.com.
Apa yang penulis faham dari perbualan tersebut, video itu sepatutnya diedarkan dalam kempen pilihanraya akan datang tapi dengan keputusan mengejutkan pada Isnin, tempoh itu dipercepatkan, mungkin dalam sehari dua lagi, sebelum Anwar membina semula imejnya sebagai orang teraniaya dan diselamatkan dengan kuasa Tuhan yang tidak mampu diatasi UMNO, katanya.
UMNO nampaknya semakin ketandusan idea untuk menjatuhkan Anwar. Guna jantan tak boleh, guna pelacur pun tak boleh (video seks pertama) tapi itulah juga yang dimainkan setiap kali walaupun sudah terbukti gagal mengalihkan sokongan rakyat kepada beliau.
Mungkin kumpulan yang penulis jumpa semalam hanya nak tunjuk bagus macam ada semua rahsia mengenai Anwar, tapi boleh jadi juga mereka adalah puak-puak sama yang ligat menggunakan pendekatan jijik seperti video lucah ini untuk menjatuhkan pemimpin seperti Anwar.
Penulis benar-benar tidak tahu dan begitu pasti sejauh mana kebenaran video tersebut sebab penulis sendiri pun belum menonton, apatah lagi memilikinya.
Anwar on target ... wanted ...
ReplyDeletealahai UMporno kalau tak dgn fitnah seks terhadap anwar memang tak sah lah, bloggers upahan umporno pun hidup dgn duit HARAM kmdn bg anak bini makan dari sumber yg HARAM maka akan lahir lah generasi yg HARAM dari sudut Rohaniah...mcm mana nak bela mak bapa mrk ( PARA BLOGGERS) ni bila mrk dah mennggal dunia kelak..
ReplyDelete