PERSOALAN besar yang berlegar-legar dalam kotak pemikiran penulis sejak kelmarin ialah, siapakah dia ‘kumpulan parasit’ dalam PAS yang disebut Datuk Dr. Hasan Ali dalam sidang media di kediamannya pada Isnin?
Kelihatannya soal kumpulan parasit ini begitu penting sekali sehinggakan Hasan Ali mengumumkan secara terbuka sanggup memohon untuk kembali semula ke dalam PAS sekiranya parti tersebut dibersihkan dari kumpulan parasit ini.
Sudah tentu sebagai ahli akademik terkenal, Hasan Ali tidak akan menggunakan akronim yang tidak bersesuaian dengan situasi yang digambarkannya sedang berlaku dalam PAS.
Parasit dari segi bahasa bermaksud hidupan yang bergantung kepada hidupan lain untuk terus hidup.
Penulis berpandangan, bila bercakap tentang Hasan Ali dan polemiknya di Selangor, 2 nama ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja iaitu YB Dr. Abd Rani Osman (ADUN Meru) dan YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam). Adakah kedua mereka ini ‘parasit’ yang dimaksudkan Hasan Ali?
Kedua mereka adalah masing-masing Pesuruhjaya PAS Selangor dan Timbalan Pesuruhjaya PAS II Selangor.
Khalid Samad diketahui menentang kuat Hasan Ali dalam isu serbuan gereja di Damansara Utama oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Dr. Rani pula dituduh menjadi dalang yang menyebabkan Hasan Ali disingkirkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Penulis masih berpandangan bahawa apa jua masalah yang dihadapi Hasan Ali sehingga membawa kepada pemecatannya dari PAS adalah disebabkan oleh dirinya sendiri.
Tidak ada parasit yang memaksa Hasan Ali mengeluarkan kenyataan mengenai isu serbuan JAIS ke ats gereja DUMC tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Menteri Besar dan jemaah Exco negeri.
Begitu juga apabila Hasan Ali mempersoalkan moral Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dasar PAS untuk memperjuangkan Negara Kebajikan setelah menggugurkan negara Islam. Parasit jenis apa pula yang terlibat?
Bagaimanapun, penulis berpendapat, PAS membuat kesilapan jika menolak begitu sahaja dakwaan oleh Hasan Ali. Paling tidak menyiasat kebenaran di sebalik dakwaan yang bakal dibuatnya nanti dan membuat pembetulan yang sewajarnya.
Ini penting bagi mengelakkan perpecahan dalaman antara kelompok penyokong Hasan Ali yang masih bersama PAS dan kumpulan penyokong pemimpin yang bakal dinamakan sebagai parasit dalam PAS oleh Hasan Ali nanti
apa yang sebenar penulisnya kehendaki?
ReplyDeleteapakah maksud penulis dengan: "bagi mengelakkan perpecahan dalaman antara kelompok penyokong Hasan Ali yang masih bersama PAS"? kalau nak berambus, berambuslah. jangan selsemakan pas dengan virus ug. yang paling baik, virus ug lah yang membawa parasit ke mana dan di mana sahaja mereka berada dan yang perlu dihapuskan. virus ug inilah yang memperkenal dan mewar2kan 'parasit' dalam pas. jangan mudah lupa.
wallahu'alam
apender uchen.. duk ratib ug...ug...ug... parasit dlm PAS tetap parasit jahat dng agenda HIS!
ReplyDeleteapa khalid pegang exco agama ???
ReplyDeletekhalid yang mintak maaf pada pastor DUMC lebih alim dan arif dari wakil rakyat PAS .
Makin suburlah Islam liberal di selangor.
Tahniah kepada elizebeth wong kerana dapat menguasai portfolio agama.
setelah 6 tahun berlalu.. kini terbukti siapa parasit yang dimaksudkan hassan ali.. adakalanya kita kena perhalusi juga pandangan dari ahli jangan terus tolak..
ReplyDelete