Hasan Akidah
Ingat Bila Katak Menghampiri Kolam Itu Tanda Bumi Akan Gersang
Reaksi pertama Hasan Ali atau Hasan Akidah mengenai pemecatannya ialah dia terkejut dan kesal dengan keputusan itu. Dia tidak sangka perjuangannya selama ini menegakkan Islam diperlakukan demikian. Amboi sehe batnya mana perjuangan Islam Hasan Akidah dalam Pas. Apakah lebih besar dari perjuangan Muhammad Sabu yang dipenjara dan dipukulk polis?
Kalau diukur perjuangan Hasan Akidah dengan Mat Sabu rasanya tidak sampai besar kuku cucu saya, Muhammad Khalif Ummar, yang dizahirkan 30 Disember tahun lalu.
Beberapa jam selepas melahirkan pernyataan itu Hasan Akidah berkata, pemecatannya kerana dia menyentuh Anwar. Pas pecat dia kononnya kerana dia mengkritik dan tidak bersetuju dengan Anwar. Rakaman kenyataannya itu sepanjang hari diputar oleh semua setesen tv yang menjadi penjilat buntut UBN.
Menerus syarahan ringkas di perkarangan rumahnya itu Hasan Akidah cuba memperbetulkan akidah politiknya. Penjelasan atau dakwaan itu tidak lebih dari motivasi basinya untuk menarik perhatian ramai supaya bersimpati dengannya. Apakah Hasan Akidah sedar dengan apa yang dikatakan itu. Sekali lagi dia cuba meremehkan jemaahnya sendiri. Memperkecilan tindakan presiden dan seluruh ahli jawatan kuasa.
Mereka yang rasional dan tidak mudah hanyut dalam kepetahannya boleh mengukur apa dijelas dan didakwa oleh Hasan Akidah itu. Dengan Inchek Ibrahim Ali duduk di sampingnya orang sudah boleh menganggakl sejauh mana kebenaran dan kelurusan akidah politiknya. Dr Haron Din, Ismail Kamus dan Taib Azamuddin dilaporkan hadir sama tetapi tidak diletakkan di depan. Mereka hadir mungkin untuk menyatakan simpati ke atas apa yang berlaku.
Dakwaan dan penjelasan Hasan Akidah itu sia-sia saja. Orang yang tidak mengaji sampai peringkat Phd yang tahu membuat research, pengkaian maklumat dan sebabgainya pun mengerti kenapa Pas harus mengambil keputusan yang maha berat itu. Isu yang membelit Hasan Akidah bukan sehari dua ini saja, tetapi sejak lama dulu. Sejak beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor lagi, tetapi ia tidak didedahkan kepada umum demi kebaikan Pas.
Kesabaran Pas tidak mendedah itu menandakan Pas memberi peluang kepada Hasan untuk memperbetulkan akidahnya sebagai ahli Pas.
Pas telah menahan diri begitu lama kerana tidak mahu menimbulkan keributan dalam rumah dan memberi peluang kepada Hasan Akidah supaya kembali kepada akidah Pas. Pas membuat beberapa teguran termasuk memecatnya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor kerana akidah Hasan Akidah terhadap akidah Pas sudah terpesong.
Saya membenarkan kalau orang mengatakan Hasan Akidah seorang yang jahil politik peringkat murakad. Seorang yang tidak tahu feqah politik. Dari awal lagi Hasan Akidah telah tersalah memilih Pas sebagai flatform perjuangannya. Dengan latar belakang pendidikan beliau sekular itu seharusnya dia kekal dalam Umno.
Hasan Akidah berlagak saja sebagai pakar motivasi boleh membangun jiwa orang lain, memberi semangat kepadanya murid mencapai A A A dalam pelajaran tetapi dia sendiri gagal untuk membajai dan membangun jiwa hamba dan jiwa juang dalam dirinya. Dia gagal untuk menjadikan jiwanya jiwa yang besar dan hebat.
Saya suka merujuk kepada tindakan jawatankuasa disiplin Pas yang pernah menganggutungkan keahlian Ahli Parlimen Khalid Samad kerana bergaduh dengannya. Sebelum itu dia memecat Khalid Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya. Pemecatan itu memedihkan Khalid Samad. Tetapi Khalid boleh menahan diri dan bersabar. Dia tidak bertindak mengkritik balas balik Hasan Akidah dan akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya.
Kenapa Hasan Akidah tidak boleh mengambil pendirian dan sikap seperti Khalid Samad? Kalau Khalid redha dengan keadaan kenapa tidak dengan beliau?
Satu perkara yang ramai orang tidak tahu macam mana Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Hasan Akidah. Pengorbanan dan jasa presiden ini tidak dikenang oleh Hasan Akidah. Selepas beliau tidak menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor ada desakan kecil agar beliau dipecat dari jawatan Exco. Tetapi Abdul Hadi mempertahankan agar kedududkan Hasan Akidah sebagai Exco jangan diganggu.
Sewaktu usul untuk membincangkan kedudukan Hasan Akidah, Abdul Hadi telah memberi warning. Apa saja cadangan terhadap Hasan boleh dibuat tetapi jangan usik kedududkannya sebegai Exco. Begitu sekali Abdul Hadi mempertahankan Hasan sehinggalah ke hari ini jawatan itu disandangnya walaupun Hasan Akidah bukan Pesuruhjaya Pas Selangor.
Malanya pengorbanan dan sikap rendah diri dan mahabbah yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi Awang itu tidak dinilai oleh Hassan Akidah. Sepatutnya sebelum dia membuat reasech atau kajian tentang hala tujuan perjuangan Anwar yang kemudian dia menolaknya, kaji dan selidik dulu sikap, pendirian dan jiwa Abdul Hadi sebagai presiden. Kalau pun dia benci kepada Anwar yang tidak membantunya untuk menjadi MB Selangor, tetapi dia kena hormati Abdul Hadi sebagai ketua jemaah.
Hasan Akidah masih lagi dengan akidah merasakan dirinya hebat. Semasa berucap kepada kawan-kawan dan penyokong malam tadi, dia membilang dirinya sebagai hebat. Pakar itu dan ini sebab itu dia merasakan perjuangan Anwar, dasar ekonomi yang Anwar hendak bawa tidak dipersetujuinya. Dia juga obses kepada Islam, Melayu dan raja. Baguslah.
Marilah kita akui akan kehebatan dan keilmuan Hasan Akidah dalam segala macam aspek itu. Justeru elok rasanya kalau Umno memanggil Hassan Akidah menyertai parti itu. Mudahan dengan kemasukan Hasan beliau boleh perbetulkan akidah Umno ke atas landasan sebenarnya. Seorang pakar motivasi yang bijak membangun dan mempengaruhi jiwa orang tentu Hasan Akidah akan berjaya.
Bukan itu saja kalau Hasan Akidah menyertai Umno harapannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor juga masih terbuka. Umno boleh letak Hasan Akidah atas belakang gajah dan keliling ke seluruh daerah di Selangor. Dari atas belakang gajah Hasan Akidah boleh membuka syarah.
Untuk menguatkan sokongan Hasan Akidah boleh diregukan dengan Ezam Mohamad Noor, tokoh memperjuangkan keadilan, membenteras kepalsuan Anwar Ibrahim dan anti korupsi itu. Kalau Hasan Akidah jadi MB, Ezam boleh jadi timbalannya.
InysaAllah dengan masuknya Hasan Akidah ke dalam Umno, Umno akan jadi parti akidah, parti yang kuat memperjuangkan Melayu sebab itulah yang hendak dibawa oleh Hasan Akidah di dalam Pas tetapi Pas pula 'tak amboh' dengan idea dan perjuangan itu.
Sama-sama kita tenguk setinggi mana kejayaan Hasan Akidah selepas ini. Apakah dia hanya setakat diberi jawatan presiden Perkasa(m) sahaja selepas NGO itu semakin hari semkin menirus dan pengaruhnya semakin mengecil.
Petua untuk Hasan Akidah sebagai orang pernah mengenali Inchek Ibrahim, ahli Parlimen menang atas tikit Pas itu tidak akan mencari dahan untuk bergantung kalau dia masih kuat dan berpengaruh serta berdiri sendiri. Apabila katak menghampiri lembah maka dia sudah tahu bahawa bumi akan gersang. Selamat berjuang kepada Hasan Akidah! /MSO
RM140,000 lesap ditipu bomoh halau hantu
4 minutes ago
saya sangat tertarik dan terkesan dgn ulasan mso ini. moga-moga hassan akidah dan pengikutnya yang ramai tu turut baca artikel ini.
ReplyDeleteHasan ali... begitulah rasanya apabila anda dipecat.......... begitulah JUGA anwar diaibkan ...
ReplyDeletepemecatan anda tidak seteruk anwar malah tidak boleh di bandingkan dgn anwar pun.... Anwar dipecat, diabkan....dituduh dan di penjarakan.....
Anda hasan ali.. baru merasa sedikit hukuman..... masih boleh menggunakan media kerajaan... tapi tidak bagi anwar.....
SEKARANG KAU RASA BAGAIMANA PEDIHNYA.. RASA BILA DIPECAT.. SAMADA KAU BETUL ATAU TIDAK.....ITU PERKARA LAIN....
BEGITU JUGA APABILA KAU TIDAK MERASAI BAGAIMANA PERASAAN ANWAR DIPECAT......
KAU AKAN KATA ANWAR ISU LAIN..... ISU LAIN TAIK KUCING KAU!!!!!!
Salam..
ReplyDeleteSosok yg bernama Hasan Ali merasakan dirinya terlalu cerdik sehingga tidak mahu mengikut garis panduan dan Adab dlm berparti sebaliknya beliau menempelak kepimpinan yg selama ini bersabar dan mempertahankannya atas dasar persaudaraan..
Sy tidak mahu memanggilnya dgn gelaran yg tidak baik spt bodoh,buta hati atau yg selayak dgnnya ttp inilah penyakit apabila meletakkan kepimpinan diatasnya sama spt peserta Kursus Motivasi kendaliannya..
Nada yg dilafazkannya sama sekali berbeza haluan dgn apa yg dihasratkan oleh Partinya..
Beliau mengambil sikap lbh mementingkan pendapat induvidu dan diluahkan kpd Media Mainstream secara terang-terangan seolah-olah sedang memberi umpan utk tindakan selanjutnya dari PAS..
Jika seseorang yg punya PHD dan pengetahuan analisis,data atau sebagainya seperti mana yg diungkit oleh Beliau,mengapa pula beliau langsung tidak bertindak mengikut pelan Strategik PAS seolah-olah beliau ketinggalan begitu byk sessi taklimat drpd PAS krn terlalu sibuk menelaah kitab mitovasinya?
Perbedaan pendapat itu senantiasa bagus utk melahirkan suasana yg sihat ttp jika agenda bersifat Induvidu mengiringi tindakan dlm Jemaah,kita boleh lihat kesan yg tiada Hikmahnya..
PAS dan PR adalah wadah bersama dlm menentang Retorik BN dan tindakan2 mereka yg senantiasa menekan rentak perjalanan PR..
Kebersamaan adalah unsur yg menyatukan Parti yg membentuk pakatan ini dan mereka menzahirkan kesatuan ini dlm menghadapi mehnah politik mainan lawan mereka..Hasan Ali bersikap spt tentera yg lari dari peperangan krn tidak cukup keberanian dan berkubu di laluan Musuh..
Bagi menambah parahkan keadaan,Hasan Ali memilih utk menjadi Juri dan Hakim serta terlebih dahulu menjatuhkan Hukuman kpd DSAI sebelum Mahkamah membuat keputusan..Sudah pastinya PKR akan tersinggung dgn tingkah laku Hasan Ali ini..
Hasan Ali tidak menggambarkan sikap PAS dlm maslahat ini dan sesuatu perlu dilakukan oleh PAS utk menghentikan kokokan malam Hasan Ali ini..
Sy bersimpati dgn beliau ttp utk mengatakan perjuangan beliau lbh tulen Islamnya dari PAS itu hanyalah mengikut andaian beliau sendiri dan langsung tidak merujuk kpd pelan strategik parti PAS..
Ianya semata-mata andaian beliau ttp realitinya ia menongkah arus yg diikuti oleh PR dan PAS..
Disinilah tidak cerdiknya Hasan Ali krn melampaui batas dan had yg diberi oleh Parti serta merendah-rendahkan rakan2 yg berada dlm PR..
Sblm ini beliau berselisih dgn Ronnie Liew,Khalid Samad dan kini memilih utk menjadi Giant Killer dgn menentang Prinsip dan Pendirian Partinya sendiri dlm maslahat yg dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu angkara permainan Politik fitnah dan tidak bertanggungjawab lawan mereka..Hasan Ali seolah-olah meraikan kesusahan yg menimpa Anuar Ibrahim dan keluarganya menunjukkan beliau mempunyai perasaan yg tidak baik terhadap DSAI..
Bolehkah kita bersikap bersama-sama2 dgn musuh andai kita x terdaya utk mengikut perjuangan sahabat kita spt yg dinyatakan oleh hasan Ali sebagai Alasan tidak bermotivasi dari beliau?
PAS bukan sebuah syarikat yg mana pemilikan saham terbesar menjadi Indikator CEOnya dan Hasan Ali tersalah pendekatan dlm menyantuni Prinsip dan displin Parti lalu akibatnya beliau tersingkir krn mulutnya sendiri..
Tiada siapa yg bersalah dlm memberikan Hukuman disini ttp Hasan Ali lah yg perlu merenungkan mengapa beliau begitu bermasalah dgn ramai org dlm PR dan PAS..
Kehadiran rakan2 lain didalam press conferance hanyalah sebagai tanda simpati spt menyatakan simpati kpd org yg baru bercerai talak satu,ttp apakah melampaunya simpati mereka terhadap siduda sehingga mereka pula berhajat utk melafazkan cerai kpd pasangan hidup masing2?..Tidak salah mereka hadir,sekurang-kurangnya lolongan Hasan Ali ini akan dinilai oleh mereka dan diambil pengajaran krn sikapnya melambangkan org yg tidak berpati dan terikat dgn dasar dan prinsip parti dan menekan rakan dalam Pakatan Gabungan mereka..
Sikap ini tidak betul dan tidak patut dicontohi langsung..
Anwar peliwat. Jangan samakan nasib dia dengan Hassan Ali ok. Bodohla aku kalau masih sokong PAS, 3 kali mengundi calan PAS, tapi kali ni tak lagi...mintak mahaf banyak2. Dulu Nik aziz ulama' jahat , sedap2 mengatakan Allah duduk, nabi SAW sama seperti mamat mamat lain hok dok dalam kampung kita dizaman keciknya....dan kini PAS telah dilacurkan perjuangannya, kehormatannya, prinsipnya oleh kafir harbi DAP dan golongan peliwat Keadilan , untuk apa? untuk undi, Islam ?..tak penting ... sia sia je ustaz Ibrahim Libya di fatwakan syahid dulu.. dan rasanya tak guna cakap banyak.. dengan orang PAS yang dah tersesat dari ajaran Rasulullah SAW ni. Sekian.
ReplyDelete