KASIHAN, LAJIM GALI KUBUR SENDIRI?
Oleh: GONOD SUNDA
SUASANA politik kali ini khususnya di Sabah sudah banyak petanda bahawa PRU13 akan diadakan pada bila-bila masa kerana petanda awal sudah kelihatan, terutama ketika di permulaan lembaran tahun baru 2012; ekoran beberapa kenyataan panas dan tindakan beberapa pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang agak jauh berbeza daripada kebiasaannya.
Antara lain yang menjadi perangsang kepada kedatangan PRU13 apabila beberapa slogan di kalangan pengundi generasi muda sudah kedengaran seperti “Ini kali lah!. Bah ngam lah etu?, Kamon oyo…tumbang barisih! Dan sanggilan poyoh!”. Selain bergema di warung-warung atau di kedai-kedai kopi, slogan ini juga pernah dipaparkan oleh kolumnis politik di sebuah portal terkenal Sabahkini.net.
Justeru, kelangsungan kata-kata seperti itu telah menunjukkan bahawa PRU13 diramalkan lebih rancak dan hangat pernah berlaku di masa masa lalu di Sabah. Petanda seperti itu juga bagaikan akan ada petanda bahawa regim kerajaan UMNO-BN di Sabah atau setidak-tidaknya di Semenanjung mungkin akan berakhir, namun sama- samalah kita menantikan kebenaran spekulasi ini.
Hayunan kata-kata sedemikian rupa menyebabkan banyak pemimpin ‘Senior’ sudah semakin gusar terutamanya pemimpin ‘Janang Gayuh’ yang semakin gelisah sehinggakan berlaku ‘sorong papan, tarik papan’ dalam kenyataannya ketika berucap dalam satu majlis anjuran dan dihadiri ramai pemimpin pembangkang.
Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang suatu ketika dulu pernah mengecewakan PBS dan Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sekitar tahun 1994; sekaligus mencatatkan rekod yang amat memalukan rakyat Sabah apabila baru beberapa hari PBS memegang tampuk kerajaan di Sabah; kemudian menjadi pembangkang kerana pengkhianatan Lajim.
Kesemua episod itu berlaku kerana gara-gara tindakan Lajim, Rubin dan Zaini melompat ke UMNO yang menyebabkan kerajaan PBS tumbang kerana kehilangan suara majoriti di DUN Sabah untuk meneruskan kerajaan. Komposisi DUN Sabah selepas PRU 1994 pada ketika itu, amat getir apabila PBS mempunyai 26 kerusi manakala UMNO-BN 22 kerusi.
Lantaran itu, ‘jurang’ antara PBS 26 kerusi dan UMNO-BN 22 kerusi mengakibatkan upacara ‘angkat sumpah jawatan KM’ terlewat 48 jam kerana Pairin terpaksa berkampung di pintu masuk Istana dengan alasan TYT, Tun Said Keruak sedang uzur pada ketika itu.
Dalam kesempatan yang terluang, beberapa petugas (dipercayai dipihak UMNO-BN) merayau-rayau dalam beberapa kumpulan untuk ‘memancing’ beberapa ADUN PBS agar melompat menyertai BN.
Sekalipun akhirnya Pairin berjaya mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 1994, namun kabinet rapuh hanya sempat bertahan beberapa hari sahaja selepas kelihatan muka ‘Janang Gayuh, Rubin dan Zaini’ muncul di kaca TV3 mengumumkan penyertaan mereka ke dalam UMNO.
Pairin yang biasa dengan tindakan mengejutnya sepertimana yang dilakukannya pada tahun 1986 (Snap Election) untuk membubarkan DUN, tetapi niatnya pada 1994 tidak kesampaian kerana tidak diperkenankan TYT; menyebabkan PBS dan Pairin tiada pilihan selain terpaksa akur kepada siatuasi ketika itu; menyerahkan jawatan Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah kepada BN dan memilih untuk menjadi pembangkang.
Oleh yang demikian, titik tolak daripada hakikat itu Lajim harus menilai diri dan kepimpinannya bahawa apakah beliau masih relevan lagi di mata rakyat atau terpaksa akur dan perlu berehat dalam politik kerana Lajim mempunyai tugasan lain; sebagai penasihat atau penaung kepada NGO.
Apatah lagi, PRU13 pada kali ini, kebanyakannya dipelopori oleh golongan cendikiawan alaf baru, manakala 42 peratus merupakan pengundi generasi muda yang tidak mungkin akan mengiktiraf kepimpinan ‘Janang Gayuh’ yang mereka labelkan sebagai ‘Raja Katak’ dan ketinggalan zaman untuk memimpin Sabah.
Pelan Transformasi kerajaan untuk Beaufort tidak mungkin berjaya jika Lajim masih menjadi Ahli Parlimen Beaufort kerana beliau akan dianggap batu penghalang kemajuan Beaufort disebabkan tidak mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang ekonomi dan hanya berminat untuk mendapatkan projek untuk membiayai kegiatan politik dan peribadi beliau.
Tindakannya hadir di Majlis Pembangkang dan mengeluarkan kenyataan Anti-Kerajaan sama seperti menggali kubur sendiri dan menempah keranda politik ketika berada di kemuncak kerjaya!/SABAHKINI.NET
2 pelajar dipaksa tanggal pakaian depan kamera
1 minute ago