.

Monday, 23 January 2012

18% SAHAJA YAKIN PR AKAN MENANG

Oleh : AZMAN ARIFFIN

AKHBAR berbahasa Cina Sin Chiew Jit Poh di halaman 12 baru-baru ini menyiarkan hasil kajian oleh Pusat Untuk Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya yang menunjukkan 18% responden dalam kajian tersebut percaya Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Manakala 43% percaya BN akan menang dan baki 39% lagi tidak pasti pihak mana akan menang.

Ini adalah turutan dari beberapa hasil kaji selidik yang dijalankan sebelum ini (termasuk yang mempunyai kaitan dengan Pakatan Rakyat) yang mana hampir kesemuanya menunjukkan hasil yang sama, BN akan menang dalam pilihanraya akan datang.

Sekali lagi, ini hanya pendapat beberapa responden yang ditemui oleh penyelidik UM, tidak semestinya ia menggambarkan hal yang sebenarnya pun. Kita ada hampir 12 juta pengundi di negara ini dan pastinya sebilangan orang ini tidak mewakili pendapat keseluruhan pengundi.

Tapi untuk menolak begitu sahaja hasil kajian ini, tidak bijak juga. Memang sebilangan orang terlibat dalam kaji selidik tersebut tidak menggambarkan hasrat sebenar 28 juta rakyat Malaysia.

Sama keadaannya juga seperti yang dihujahkan penyokong UMNO bahawa 50 ribu orang (atau apa nombor sekalipun) yang hadir dalam mana-mana demonstrasi dianjurkan Pakatan Rakyat dan sekutunya juga tidak cukup untuk mewakili suara keseluruhan rakyat.

Yang penting sekarang ialah mencari punca disebalik kemerosotan ini dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai.

Dari penelitian penulis sendiri, majoriti penyokong Pakatan Rakyat menutup terus pintu kepada media-media pro UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan mereka berkumpul di dalam kelompok mereka sahaja. Jadi sudah tentu di dalam kelompok yang sama ini masing-masing tidak bercakap tentang kekalahan tetapi kemenangan Pakatan Rakyat.

Penulis menganjurkan agar penyokong Pakatan Rakyat keluar dari kelompok ini dan berdampingan dengan rakyat kebanyakkan yang lain juga. Dapatkan pandangan dari mereka yang tidak berpihak akan gambaran sebenar kerajaan mana yang bakal memimpin negara ini dalam pilihanraya akan datang.

Penulis cukup bimbang dengan taburan wang (atas nama keprihatinan kepada rakyat) yang sedang giat berlaku sekarang. Bimbang kerana kita tidak mampu menyaingi pemberian itu walaupun dalam bentuk ‘Bajet Bayangan’ Pakatan Rakyat yang diumumkan 3 hari sebelum Bajet 2012 yang sebenar dibentangkan di Parlimen pada tahun sudah.

Alangkah indahnya kalau kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dapat menjelmakan satu skim yang hampir serupa tapi lebih lumayan lagi untuk diberikan kepada rakyat dinegeri masing-masing.

Tidaklah Pakatan Rakyat sering ketinggalan dalam hasil kajian seperti ini lagi!

1 comment:

  1. macam macam kajian aku lihat dah keluar ... yang pasti BN / UMNO sendiri kurang yakin dengan kajian itu.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist