Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera UMNO bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang disifatkan sebagai ‘luar biasa’ dengan tindakan ‘luar biasa’. DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Najib sebagai bahaya kerana boleh disalahtafsir oleh pelbagai pihak, memandangkan beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai kuasa di negara ini.
DPP Malaysia hairan, bagaimana ungkapan sedemikian boleh keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia. Walaupun ia diucapkan terhadap jentera dalaman UMNO, namun ia sudah menjadi berita yang semua rakyat membaca dengan pelbagai persepsi. Bagi sesetengah pihak, ucapan beliau boleh memberi makna akan berlaku sesuatu yang buruk terhadap rakyat dan negara. DPP Malaysia mempersoalkan, apakah PM sudah meramalkan sesuatu yang luar dari kebiasaan akan berlaku dalam PRU ke 13 kali ini? Mungkinkah akan berlaku insiden-insiden buruk dalam PRU ke 13 nanti?
Bagi DPP Malaysia, ucapan ini tidak sepatutnya keluar dari mulut Perdana Menteri. Ia seakan-akan mengejutkan serta memakutkan rakyat. Sepatutnya beliau menenangkan rakyat dengan jaminan PRU ke 13 adalah PRU yang terbaik, paling aman, serta berlangsung dalam suasana penuh demokrasi.
Untuk itu, DPP Malaysia telah sedia mempersiapkan jentera pemuda PAS diseluruh peringkat juga dengan persiapan ‘luar biasa’. Kali ini seluruh jentera pemuda PAS diingatkan supaya bersedia menghadapi apa juga serangan yang bakal dilakukan oleh UMNO-BN dalam pelbagai bentuk. Sudah 12 kali PRU dihadapi, dan sudah acapkali juga serangan bertali arus dikenakan terhadap jentera PAS khususnya pemuda PAS di seluruh negara. Malah pemuda PAS pernah dipukul seperti di Pilihanraya Kecil Ijok, Bagan Pinang dan lain-lain lagi.
Tambahan pula, PRU ke 13 nanti akan berlangsung dalam suasana sistem pilihanraya yang masih tempang dan pincang dan dalam keadaan demokrasi yang kontang dari kebenaran. Justeru, tidak hairanlah jika berlaku sekali lagi manipulasi undi, undi pos yang meningkat mendadak, pengundi hantu yang kembali turun mengundi, beli undi, rasuah pilihanraya, rakyat negara asing yang turun mengundi, fitnah melalui media, akses media yang berat sebelah dan lain-lain lagi. Semua insiden ini pernah berlaku sebelum ini dan tidak mustahil akan berlaku lagi nanti.
Insyaallah, DPP Malaysia telah mempersiapkan mental kesemua petugas dengan kesemua kemungkinan sesuatu yang ‘luar biasa’ yang akan berlaku. PRU ke 13 adalah masa terbaik untuk menukar kerajaan yang sudah tamat tempoh. Selamatkan Malaysia dari pemimpin yang korup, rasuah dan mementingkan diri sendiri.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Polis: Dua remaja hilang di Puchong malam tadi
17 minutes ago
PRU13 memang akan jadi 'luar biasa' kerana mereka bakal kalah teruk dan mereka akan provok agar ada dharurat so MAGERAN KEDUA mereka harap akan berlaku.....pegidah Presiden Mesir yang gah pun hancur oleh kuasa rakyat....Tunisia Presiden yg punya bini ala Rosmah pong hancur oleh kuasa rakyat.....insyallah kuasa rakyat yg akan digerakkan oleh Allah SWT akan muncul......
ReplyDelete