Thursday, 29 December 2011
MELAYU UNDI PAS/PKR: SATU JUSTIFIKASI
Bangsaku Melayu UMNO,
Kalau benar kalian sayangkan Melayu dan kalau benar kalian prihatin akan nasib bangsa kita, maka jawapannya ialah pilihlah PAS dalam PRU13 nanti. Kalian masih ingatkah bahawa BN hanya dapat perintah Negara apabila bangsa Cina, India, Iban dan Kadazan solid menyokong BN. Inilah fakta yang berlaku sejak 50 tahun yang lalu hinggalah PRU 2004. Apabila berlaku anjakan yang agak besar daripada pengundi Cina dan India sahaja, kalian sudah dapat lihat apa yang terjadi kepada UMNO dan BN. Lima negeri jatuh kepada Barisan Alternatif. Kini, yang UMNO/BN perlu hadapi dalam PRU13 nanti ialah pakatan yang lebih tersusun mantap iaitu Pakatan Rakyat.
Selepas PRU2008, sokongan bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat semakin ketara. Pengundi Cina sendiri , mengikut analisis pakar, sokongan mereka terhadap PR sudah menjangkau hampir 85%. Ingat, semasa PRU2008, sokongan pengundi Cina hanya sekadar 65%. Apa akan berlaku dengan swing tambahan sebanyak 20% lagi? Sudah pasti, kerusi Parlimen berkomposisi Melayu 85% ke bawah yang dimenangi oleh UMNO/MCA/BN kurang daripada 5 000 undi amat tergugat sekarang. Benar kemungkinan UMNO masih mendominasi kerusi-kerusi Parlimen di kawasan komposisi Melayu 90% ke atas kerana permainan isu perkauman. Soalnya, cukupkah simple majoriti diraih oleh BN?
Senario di ambang tahun 2012 ini, bertambah lagi tiga elemen yang menguatkan lagi ketumbangan BN ( bermakna kemenangan PR) iaitu keterbukaan minda masyarakat majmuk di Sabah dan Sarawak, peratusan pengundi muda yang kini menjangkau 65% serta rekahan yang mula nampak membuka laluan yang lebih besar di kawasan-kawasan Felda dengan kebangkitan para peneroka dan generasi muda mereka. Tidakkah tiga elemen ini mampu memberi pukulan yang lebih teruk kepada BN dalam PRU13 nanti? (PR sewajarnya melipatgandakan usaha dalam tempoh yang semakin singkat ini untuk merancakkan capaian tiga elemen baru ini).
Seandainya BN menang tipis dengan lebihan kurang daripada 20 kerusi, tidak mungkinkah akan ada lompatan 10 MP kepada PR? Mengapa tidak diandaikan 10 MP Pakatan Rakyat akan melompat kepada BN? Antara dua arah lompatan itu, kalian fikirlah sendiri yang mana lebih berpotensi besar untuk berlaku berdasarkan “16 September” yang pernah mencemaskan BN?
Penulis optimis BN akan tumbang dalam PRU13 nanti sama ada secara mutlak atau dalam bentuk “16 September ke-2”. Sama ada kerusi Melayu UMNO banyak atau kerusi Melayu PAS/PKR kurang, yang pasti ialah BN tidak lagi akan memerintah selepas PRU13 nanti. Putrajaya akan dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Bangsa Melayu UMNO bacalah realiti politik semasa. Jangan dok asyik dan syok dengan media perdana sahaja.
Pendek cerita, buktikanlah bahawa kalian benar sayangkan bangsa Melayu dan prihatin akan nasib bangsa dengan cara memberi undi dalam keadaan ringan mahupun berat kepada calon Melayu PAS/PKR. Izinkanlah dengan redha pemimpin UMNO yang korup dan khianat terhumban dengan labu-labu mereka. Sedarilah, UMNO telah membusuk teruk dek kerana terlalu lama memerintah. Status mereka bertukar daripada bersifat sebagai wakil rakyat telah menjadi wakil kroni . UMNO baru bukan lagi UMNO sebelum era Mahathir. Sejak penswastaan Mahathir, para pemimpin UMNO telah cerdik untuk mengambil daging manakala kuahnya dikendurikan kepada rakyat. Inilah konsep pemimpin berjiwa rakyat ala-UMNO. Masih belumkah tuan-puan sedar?
Akhir kata, saudara-saudaraku di dalam UMNO, marilah kita memberi kekuatan suara Melayu/Islam dalam kerajaan baru Pakatan Rakyat agar Melayu/Islam terus mendominasi pemerintahan Negara . Untuk itu ,berilah undi dan bawalah kaum keluarga, sanak saudara serta sahabat handai UMNO kita agar sama-sama mengundi calon Melayu/Islam PAS dan PKR.
AntiKarat,
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kebanyakan ahlix UMNO ini adalah jenis Melayu
ReplyDeleteyang kuat perkaumannya.Melayux ini tidak boleh
terima hakikat sekiranya bangsa lain lebih dari mereka.
Sebab itu pemimpinx mereka menanamkan semangat
Malaysia ini Melayu yang punya.Dengan cara ini
pemimpinx mereka akan kekal berkuasa dan UMNO
akan terus memerintah.Selama ini semua bantuan dari kerajaan akan diagihxkan hanya pada ahlix mereka saja supaya mereka akan sentiasa memangkah UMNO bila ada Pilihanraya.Slogan 1Malaysia selama
ini hanya retorik saja.1Israel berjaya kerana
hanya ada satu bangsa Israel saja.1Indonesia
boleh dikatakan berjaya kerana mereka menggunakan hanya satu bahasa saja.So mana
mungkin ahlix UMNO yang masih tidak sanggup
berkongsi NEGARA MALAYSIA ini dengan bangsa
lain boleh berubah?????
maka akan jadilah seperti Perak lepas PRU12, menteri besar adalh melayu islam tetapi kuasa politik ditangan cina DAP Ngeh bersaudara.
ReplyDelete