.

Thursday, 29 December 2011

ANWAR IBRAHIM IMAM MAHDI?

Oleh : AZMAN ARIFFIN


SECARA peribadi, penulis ingin menjelaskan di sini bahawa penulis tidak sama sekali bersetuju dengan pandangan yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi walaupun ada dakwaan mengatakan perkara itu disebut oleh Ketua Cabang Sabak Bernam, Ustaz Dr. Badrul Amin, merangkap Penasihat Agama Kerajaan Negeri Selangor, dalam satu majlis ceramah.


Penulis juga telah menonton sendiri video tersebut dan memang pada pendapat penulis Dr. Badrul ada menyatakan yang Anwar adalah ‘Imam Mahdi’ walaupun telah dinafikan Dr. Badrul dalam entri Facebooknya semalam.


Penulis tidak boleh nak masuk dalam kotak pemikiran Dr. Badrul untuk memahami apa sebenar yang cuba disampaikan, tapi bila empunya diri sudah menafikan, rasanya penulis dan yang lain perlu akur sahajalah.


Bagaimanapun, penulis juga berpendirian bukan semua yang disebut oleh Dr Badrul dalam ceramahnya itu salah. Banyak juga yang betul, antaranya menyatakan bagaimana Anwar merapatkan timur dan barat, memimpin gerakan Islam dan banyak lagi. Semua itu (melainkan Anwar sebagai Imam Mahdi) adalah perkara yang merujuk kepada Anwar.


Kita tidak boleh menafikan hakikat itu. Di mana sahaja Anwar berucap, khalayaknya bukan setakat orang Islam atau orang Barat sahaja, malah terdiri dari pelbagai kelompok. Anwar bijak menyampaikan buah fikirannya tanpa dalam masa yang sama menyentuh sensitiviti mana-mana pihak yang mendengar.


Anwar mungkin adalah satu-satunya pemimpin yang tidak gentar bercakap mengenai kebaikan dan kemurnian Islam di hadapan pemimpin Kristian dan Yahudi. Anwar juga tidak kekok bercakap di dalam forum orang Islam, mengupas segala jenis pembaharuan dalam Islam bagi membolehkan perbezaan yang wujud dengan masyarakat barat dapat dikurangkan, kalau tidak dihapuskan terus.


Maka itu tidak hairan kenapa undangan untuk Anwar berucap dari seantero dunia seakan-akan tiada penghujung dan dalam masa yang sama, sedikit masa perlu diluangkan untuk ceramah dalam negara, ceruk kampung atau desa bagi menyampaikan amanat dan membentangkan hala tuju Pakatan Rakyat jika akhirnya nanti berjaya juga menawan Putrajaya.


Penulis tidak pasti sama ada masyarakat kampung yang bertuah mendengar Anwar sendiri menyampaikan ceramah di kawasan masing-masing itu sedar atau tidak bahawa batang tubuh yang berdiri di depan mereka itu adalah sebenarnya seorang pemidato hebat; yang mana buah fikirannya berkumandang hampir di setiap ceruk dunia, bukan ceruk di mana dia menyampaikan ceramah itu sahaja.


Inilah yang penulis ingin tekankan, di sebalik kontroversi Dr. Badrul dan Imam Mahdi itu, masih lagi perlu diakui bahawa Anwar adalah seorang pemimpin yang hebat dan suci dalam masa yang sama.


Suci dalam erti kata merapatkan perbezaan antara dunia Islam dan dunia barat tanpa perlu menumpahkan darah sesiapa.


Mungkin cara Dr. Badrul menggambarkannya itu agak ‘ke dalam’ dan sukar bagi orang biasa memahaminya, tapi maksud yang nak disampaikan itu masih lagi sama; Anwar adalah pemimpin hebat dan kita sebenarnya bertuah mempunyai seorang seperti ini di kalangan kita.


Anwar sebenarnya tidak perlu disamakan atau digambarkan sebagai Imam Mahdi, pelbagai kerja-kerja baik beliau sedia ada pun sudah menunjukkan bahawa beliau memang seorang yang istimewa /sabahkini.net



6 comments:

  1. Gila punya utat. tidak layak dipanggil ustaz, layak dipanggil utat. Pesong jauh kau ni, tu yang takut mau betanding di tawau. tempat kelahiran dia. orang tawau kenal sapa family dia, cakap pasal agama, anak buah sendiri hisap syabu.

    ReplyDelete
  2. imam mahadi hanya mitos yg dicipta oleh yahudi yg menyamar sbg muslim. ayat2 quran sangat jelas mengenai ciri2 pemimpin yg mutlak (absolute leader/s). pemimpin2 politik tidak termasok dlm kriteria ni. politik lah 100%, jgn ambik allah/islam jadi sponsor. period!

    ReplyDelete
  3. sejak bila dia jadi Penasihat Agama Negeri? Badrul amin ni memang fanatik anwar dari dulu lagi.. puji Anwar berlebihan.. kalau dia boleh menggelarkan Dr Asri bapak setan, tak heranlah kalau dia boleh menggelarkan Anwar Imam Mahdi..

    ReplyDelete
  4. imam mahdi?? macam mana seorang anggota Iluminati cabang satu pertubuhan Ad-Dajjal boleh menjadi imama mahdi. selidik dulu sejarah hidup si sesumpah itu.

    ReplyDelete
  5. Badrol amin pelarian indon ni memang dah lama sesat....elok hantor balik ke palembang jer...nyusahkan malaysia...tak sedar diri...

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist