.

Saturday, 12 November 2011

UMNO PARTI PUTAR BELIT

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini menyelar sikap pemimpin Barisan Nasional yang disifatkannya sebagai ‘nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata tidak langsung dipandang.’

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan mendakwa, ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah sudah buta mata dan telinga dan mati akalnya setelah mempolitikkan kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang mengatakan hasrat DAP untuk mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaan pusat.

Beliau turut menjelaskan bahawa, setiap keputusan mahupun hasrat yang dikeluarkan oleh individu dalam parti yang mewakili Pakatan Rakyat adalah bukan keputusan tepat. Sebaliknya, keputusan hanya diputuskan oleh ketiga-tiga parti dalam komponen pakatan tersebut.

“Ini hanya hasrat, perbincangan dan keputusan hanya berdasarkan kesepakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurutnya, tiga parti utama yang bergabung dalam Pakatan Rakyat merupakan intipati utama yang harus menjadi prioriti berdasarkan setiap keputusan yang bakal diambil.

“Janganlah bila ada orang dalam parti ini menyuarakan hasrat, terus nak kaitkan dengan keputusan pakatan itu tidak betul,” jelasnya.

Sambil menyorot kembali pendedahan penindasan terhadap hampir 1,000 anggota apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau mendakwa bahawa kerajaan UMNO/ BN sebenarnya sudah lama mempelopori penindasan dan penghinaan penjawat awam.

“DAP belum perintah Malaysia pun lagi. UMNO/ BN ini sudah perintah lama, lebih 50 tahun, tapi isu ini pun dia nak sebarkan. Apa kes dengan isu pemberhentian 1,000 anggota perintis TLDM itu?” ujarnya.

Pada 26 Oktober lalu, Pemuda PAS Sabah telah melontarkan cabaran kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan bagi menjawab persoalan dan perkaitan berbangkit berhubung penindasan anggota apprentices yang didakwanya diberhentikan tanpa suara hak dan pembelaan.

Bagaimanapun, lontaran cabaran tersebut sehingga ke hari ini tidak diendahkan oleh pihak berkenaan dan mendakwa penindasan tersebut merupakan peristiwa benar berlaku.

“Kenapa sampai sekarang tidak ada suara-suara pemimpin TLDM dan kementerian menjawab isu ini? Apakah takut sekiranya isu ini benar?,” ujarnya lagi./sabahkini.net


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist