.

Tuesday, 15 November 2011

Raja-Raja Melayu harus mencontohi Sultan Kelantan

Dirgahayu Tuanku

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra disambut Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka dekat Kota Bharu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-42, 11 November lepas.

Ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan pada kali ini disambut dalam keadaan yang agak berbeza. Tiada pintu gerbang berwarna warni di setiap daerah. Tiada program kebudayaan yang diatur.

Baginda Sultan sudah menunjukkan hemahnya yang tinggi. Selain daripada majlis-majlis rasmi, baginda menganjurkan program berbentuk islamik dan ibadah, mendekati rakyat, memberi kebajikan dan bersedekah sebagai salah satu upacara wajib bagi meraikan keputeraannya.

Baginda menukar laungan 'Daulat Tuanku' yang sering diucapkan pada setiap majlis yang melibatkan Raja dengan Allahu Akhbar. Titah baginda, laungan ditukar kepada Allahu Akbar, supaya pengucapnya mendapat pahala yang daripada Allah SWT.

Malah baginda turut merubah pendekatan pemerintahannya. Selaku Ketua Agama Islam Negeri, baginda bukan sahaja menyertai majlis keagamaan, malah menjadi imam serta mengetuai majlis-majlis agama yang dianjurkan.

Baginda menitahkan agar banner-banner yang digantung di seluruh Kelantan untuk upacara keputeraannya diubah kepada slogan yang baru. "Islam dijunjung, Raja disanjung, Rakyat dipayung." Itulah slogan yang baginda kehendaki.

Dengan mengubah slogan daulat kepada Allahu Akbar, menukar slogan keputeraan dengan meletakkan Islam sebagai keutamaan, ternyata daulat baginda tidak tercemar sama sekali.

Hal ini membuatkan baginda lebih disayangi dan disanjung rakyat.

Baru-baru ini selepas merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri, baginda merentasi karpet merah untuk menuju ke kenderaan rasmi. Tidak semena-mena baginda berhenti. Semua orang terkejut. Baginda berhenti dan lantas berundur ke belakang, mendapatkan mamanda Menteri Besar yang tertinggal kerana baginda yang muda berjalan dengan agak laju.

Sambil tersenyum, baginda kelihatan berseloroh dengan Tuan Guru Nik Aziz. Kedua-dua mereka menguntum senyuman. Kembali berjalan beriringan, MB menuntun Sultan ke kenderaan rasmi baginda.

Dalam banyak majlis yang melibatkan Sultan, baginda kelihatan santai dan begitu menyantuni rakyat, walaupun protokol kebanyakan Raja-Raja Melayu tidak begitu. Pendekatan sebeginilah yang membuatkan rasa kasih sayang rakyat begitu menebal kepada baginda.

Baginda menunjukkan sifatnya yang cenderung kepada agama dengan kekerapan menyantuni alim ulama di Kelantan.

Bukan apa, sekurang-kurangnya Sultan Muhammad Ke-V sudah menunjukkan suatu contoh yang baik buat Raja-Raja Melayu. Iaitu, baginda berusaha mempraktikkan title Ketua Agama Islam Negeri dengan kepribadian dan pergaulan yang islamik.

Tidak salah, malah baik untuk Raja-Raja Melayu mencontohi sifat Sultan Kelantan. Sekali gus Raja-Raja Melayu menjauhkan diri mereka daripada elemen-elemen yang boleh mencemar sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

Justeru, Raja-Raja Melayu harus mencontohi Sultan Kelantan yang mempraktikkan slogan "Islam dijunjung, Raja disanjung, rakyat dipayung". Allahu Akhbar, Daulat Tuanku!


8 comments:

  1. Daulat tuanku!, terbaek !!

    ReplyDelete
  2. Raja adil Raja di sanjung!ALLAHUAKBAR!

    ReplyDelete
  3. Tuanku dikatakan pergi dengan menaiki kereta untuk ke bukit jalil menyaksikan perlawanan separuh akhir bola sepak kelantan vs terengganu dulu.
    Dikatakan tuanku tidak mahu menggunakan helikopter kerana nak menjimatkan wang rakyat.

    ReplyDelete
  4. ni baru dikatakan Sultan berjiwa rakyat. Aapa2pun rakyat yang diutamakan. Bukan hanya slogan berdeagr2 tapi tindakan tak mencerminkan slogan langsung.

    DAULAT TUANKU.. ALLAHUAKBAR..

    ReplyDelete
  5. tabik spring sama tuanku..alhamdulillah. Bertuah rakyat bersultankan beliau

    ReplyDelete
  6. HORRAY FREE FREE FREE...TANKUUU VERYMUCH N.AJIS...
    PAS Bekalkan E.Coli Percuma Ke Setiap Rumah Di Kelantan.
    Filed Under ( berita pisau ) by pisau on 20.11.11
    20 tahun memerintah di Kelantan,kerajaan khawarij PAS secara konsisten berjaya membekalkan virus E.Coli kesetiap rumah secara percuma.

    Kejayaan yang ditempa oleh Nik Aziz sebagai Menteri Besar sudah pasti akan tercatat didalam sejarah negara.Tidak ada mana mana kerajaan BN yang mampu menandingi kehebatan kerajaan khawarij PAS Kelantan.

    Dasar membekal air kotor yang membawak virus E.Coli adalah inisiatif negeri berkebajikan PAS Kelantan.Di khabarkan ini menjadi punca kejayaan PAS untuk terus menjadi kerajaan di negeri Kelantan.

    Rakyat Kelantan yang menyokong khawarij PAS sudah pasti akan menolak parti BN daripada menjadi kerajaan kerana seluruh negara yang diperintah oleh BN tidak pernah membekalkan virus E.Coli secara percuma sepertimana yang dilakukan oleh khawarij PAS Kelantan.




    Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1eGLUUK9k

    ReplyDelete
  7. jahatnye komen kat atas nie

    ReplyDelete
  8. Komen tu bukan urang tu. Habis tu menate la.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist