Tuesday, 15 November 2011

Anak Najib, Mohd Nazifuddin Najib baru umur 28 tahun dah dapat UNTUNG BESAR RM6,180,000

Tahniah muda-muda lagi dah dapat jadi pengerusi syarikat dan berjaya memiliki saham berjuta-juta. Inilah kejayaan yang berjaya diperolehi oleh Mohd Nazifuddin Najib yang baru sahaja berumur sekitar 28 tahun telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.

Sedikit sebanyak latar belakang Mohd Nazifuddin Najib :

  • Ahli lembaga pengarah Harvest Court Industries Bhd pada 28 Oktober 2011
  • Anak kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isteri pertamanya, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan bercerai pada 1987
  • Pengerusi Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1Borneo Mall di Kota Kinabalu

Mohd Nazifuddin Najib membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu (sehingga 1.7 %) pada 4 November, manakala rakan baik beliau Raymond Chan pula dikatakan mempunyai kepentingan sebanyak 13.83 % selepas dilantik sebagai ahli lembaga pengarah (BOD) syarikat harvest Courst Industries Bhd. Yang untungnya, baru sahaja sebulan Mohd Nazifuddin Najib beli saham tersebut

  • Harga saham RM0.08 (Bulan Oktober 2011)
  • Harga saham RM2.14 (4 petang 14 November 2011)
  • Kadar kenaikan = RM1.16 (2,575%)
Adakah selepas ini lebih banyak lagi kontrak balak yang akan diberikan kepada syarikat Harvest Court Industries Bhd. ini selepas “masuknya” ahli lembaga yang bernama Mohd. Nazifuddin Bin Datuk Seri Hj. Najib? Mungkin?
  • Beli 3 juta saham dinilai pada 8 sen sesaham = RM240,000
  • Sekarang…3 juta saham dinilai pada RM2.14 sesaham = RM6,420,000 (RM6.42 juta)
  • Untung 6,420,000 – 240,000 = RM6,180,000 dalam masa 1 bulan
Mesti ada yang tepuk dahi tanda menyesal, tak beli beberapa lot saham Harvest Court Industries Bhd. sebelum ini?
Walaubagaimanapun, hakikatnya kenaikan saham tersebut yang melonjak tinggi bukan dinilai berdasarkan pencapaian syarikat tetapi lebih kepada spekulasi. Jadi apabila ianya melibatkan spekulasi, jadi hati-hatilah jika sesiapa yang teringin benar nak beli saham tersebut./Berita Semasa.com


2 comments:

  1. hmmmm.. kenapa bila bab duit jutabilion ni... semuanya babitkan najib?!!! Kenapa bukan aku???... tapi rasanya aku taknak la.... hidup lebih senang hati... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. SEBAB NAJIB ADA RM @ BIK MAMA...WAKAKAK

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)