Merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar tempatan tentang masalah pembayaran wang sebanyak RM100 kepada setiap keluarga yang anaknya belajar di sekolah rendah dan menengah kini masih lagi menjadi persoalan kepada ibubapa pelajar.
Diantara persoalan yang timbul adalah seperti berikut.
1. Adakah setiap anak yang belajar di sekolah kerajaan akan dapat diberi bantuan sebanyak RM100 setiap seorang?
2. Adakah hanya satu pelajar saja yang akan mendapat RM100 untuk setiap keluarga dan bagaimana dengan keluarga yang mempunyai ramai anak yang masih belajar?
3. Adakah maksud wang RM100 tersebut akan diberi kepada semua golongan termasuk keluarga yang kaya dan yang berkemampuan?
4. Bagaimana dengan cara pengagihan wang tersebut nanti agar pihak yang benar-benar memerlukan tidak tercicir?
5. Bagaimana dengan pelajar yang tinggal jauh di pendalaman adakah kerajaan akan menanggung kos perjalanan mereka untuk mendapatkan RM100 sebab menurut kenyataan dari Presiden persatuan guru-guru Sarawak William Ghani Bina seperti katanya “adalah sukar bagi pelajar untuk pergi ke bandar untuk mengambil wang tetapi dengan kos belanja yang tinggi.”
Inilah beberapa persoalan yang di timbulkan oleh ibubapa pelajar yang ingin mendapat kepastian dari pihak kementerian pelajaran agar masalah tidak timbul disaat mereka hendak mengambil wang tersebut nanti sebelum berakhir tahun 2011.
Kita tidak mahu pihak kerajaan hanya menghebohkan perkara ini kepada rakyat tetapi apabila tiba masanya nanti berlaku pengagihan yang tidak adil dimana hanya golongan tertentu saja yang akan menikmati sedangkan ramai lagi golongan sasaran yang memerlukan bantuan tersebut diabaikan disebabkan mereka kurang pengetahuan tentang masalah tersebut.
Kita mendesak agar pihak kerajaan telus dalam pengagihan wang tersebut kepada pelajar yang benar-benar memerlukan terutama sekali kepada golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah dan mereka yang tidak ada punca pendapatan tetap. Kita juga mendesak agar pihak kerajaan yang bertanggungjawab dalam urusan ini memberi jawaban yang jelas dan segera agar ibubapa pelajar dapat membuat persediaan untuk anak-anak mereka untuk ke sekolah pada tahun hadapan. Sebarang kekeliruan tentang pengagihan wang tersebut mesti diatasi dengan segera sebelum bermulanya persekolahan tahun 2012.
PAS Miri
Jofri Jaraiee
Sumber: http://pas-miri.blogspot.com
Ular sawa 7 meter belit motosikal sebelum ditetak
9 minutes ago