Monday, 14 November 2011

Bersih 3.0 akan dilancarkan - SAMM

PETALING JAYA, 13 Nov 2011 - Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharim berkata perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan bila-bila masa bagi mendesak kerajaan melakukan perubahan sistem pilihanraya di negara ini.

Beliau menambah perhimpunan kali ini memberi kata dua kepada Perdana Menteri untuk melakukan perubahan segera atau berhadapan dengan satu lagi perhimpunan protes yang terbesar.

Badrul Hisham bagaimanapun memberitahu tarikh dan masa protes tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pengerusi SAMM ini turut mendakwa SPR tidak membuat sebarang perubahan awal untuk membaik pulih sistem pilihanraya termasuk penggunaan dakwat kekal yang tidak memerlukan perubahan kepada akta sedia ada.

Beliau juga mendakwa spekulasi negatif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera dan memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota Rela dan penjawat awam selain polis dan tentera sebagai usaha terakhir Barisan Nasional melacur sistem pilihan raya demi untuk terus berkuasa./KLpos.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)