.

Thursday 10 November 2011

Ahmad Said nak saman blogger : Fitnah Khalwat

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.

Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.

"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.

"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.

Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.

"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya.
-Bernama-

3 comments:

  1. Saman Jangan Tak saman~~~semerahcili.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wahai pakatan rakyat apa yang terjadi kepada MB Trengganu merupaka taktik UMNO nak menjatuhkan orang UMNO yang tak sehaluan dengan mereka cuba lihat kembali sejarah jatuhnya orang-orang UMNO semuanya melibatkan isu sex mesti ingat sampai mati, bangun bangsa ku jangan tidur ini taktik telah diajar kepada penyokong-penyokong. mereka kuat dengan duit bukan dengan jati diri yang ada.

    ReplyDelete
  3. dulu saya sokong umno.,tetapi sekarang UMnot...

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist