.

Tuesday 4 October 2011

PRESIDEN PAS AKAN LAWAT SURAU TUHAN UMNO!

MEMBACA pendedahan Sabahkini.net berhubung isu rampasan surau Kg. Lamak Bukit, Silam yang bertajuk Pati Halau Imam, Rampas Surau?’ serta mengamati Klip Video ‘Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT!’; membuatkan kita terpanggil untuk turut sama merasai episod malang yang menimpa jemaah di surau tersebut.

PAS Negeri Sabah menyeru pemimpin UMNO tempatan yang pernah mempelopori apa yang mereka sifatkan sebagai Islam 'moderate' yang mereka jenamakan sebagai Islam Hadhari, bertindak segera bagi memperbaiki kepincangan agar Islam tidak terus tercemar!

Sekiranya pemimpin UMNO kelahiran Islam Hadhari yang kini berkonsepkan 1Malaysia gagal untuk menangani episod yang mengaibkan Islam ini, maka PAS Negeri Sabah akan meminta PAS Kawasan Silam melawat surau ini dan seterusnya berusaha menjernihkan situasi yang boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan sesama umat Islam di sana.

Insyaallah dalam lawatan kerja Presiden PAS ke Sabah pada bulan Oktober ini, PAS Negeri Sabah akan menganjurkan pertemuan dengan masyarakat Islam Kampung Lamak Bukit.

Juga termasuk dalam jadual lawatan kerja Presiden PAS ke Sabah ialah melawat peneroka di kawasan Kg. Koyah 'A' dan Koyah Bersatu yang terus menerus ditindas dan dizalimi.

Salam Hormat,

HJ. HAMZAH HJ. ABDULLAH

-sabahkini.net

1 comment:

  1. ..oooohh..di Sabah pun telah menular penyakit lama umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu akibat 'Amanat Hj Hadi'. Tapi kini dikatakan pula pula diantara Islam Hadari dgn Islam Liberal....

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist