.

Monday, 24 October 2011

NYAH KAU UMNO DARI SABAH !!!

Saudara Pengarang,

KENYATAAN berani secara berprinsip Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh agar Parti Gerakan tidak mengambil bahagian dalam Pilihanraya yang akan datang di Sabah sebagai Transformasi politik Sabah yang sebelum ini mengalami sindrom ‘Budaya Katak’.

Kami percaya Ghapur telah meneliti setiap sudut semasa mengeluarkan kenyataan tersebut kerana selama ini, Ghapur dikanali sebagai pemimpin Sabah yang lantang bersuara sekalipun sebagai ‘Back Bencher’.

Disebabkan kelantangan beliau, beberapa wakil rakyat dari Sabah diberikan tempat dalam Kabinet Persekutuan, sebaliknya beliau menolak jawatan Timbalan Menteri yang ditawarkan kepada beliau.

Yang menariknya, kenyataan sinis Ghapur ialah mendakwa Parti Gerakan adalah parti Semenanjung dan harus menumpukan perhatian di Semenanjung iaitu Pulau Pinang agar menang dalam pilihanraya yang akan datang.

Tidak dinafikan juga mantan ahli Parti Liberal Demokratik(LDP), Datuk Peter Pang yang mengambil alasan ketidak sehaluan LDP dan Ketua Menteri Sabah sebagai punca beliau keluar dari LDP yang telah mengangkat beliau sebagai seorang wakil rakyat.

Demi mempertahankan jawatan , Peter sanggup melakukan satu perbuatan keji (pecah amanah pilihan rakyat) dengan membuat ’lompatan katak’ sekaligus menyebabkan rakyat menggelar beliau sebagai Wakil Rakyat Katak yang tidak mungkin akan memenangi pilihanraya akan datang jika dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN).

Tidak ada tempat bagi mereka yang sewenang-wenangnya memperbodohkan rakyat semata untuk kuasa.

Ramai yang tahu Ghapur sangat kepingin Kawasan Merotai dan telah berkali-kali beliau suarakan di mana-mana majlis rakyat dan di suratkhabar agar Kerusi LDP di Merotai diberikan kepada UMNO kepada telah menjadi hak UMNO dan hanya dipinjamkan kepada LDP buat sementara waktu.

Sebelum ini, mantan wakil rakyat Merotai yang disayangi rakyat, Tan Sri Liew Vun Fah juga telah menyertai Parti Gerakan, yang sudah pastinya berlaku perebutan dalaman di antara Peter dan Liew untuk melobi kawasan itu.

Sementera Peter pula dikatakan lebih selesa berada di Kota Kinabalu dari turun padang melihat rakyat. Jika anda berada di Merotai, anda pasti akan mendengar keluhan dan rungutan rakyat Merotai mengenai wakil rakyat katak mereka yang kini tidak peduli kepada rakyat.

Dalam Kabinet Sabah pada masa ini, terdapat dua menteri penuh dari parti Gerakan sekaligus mengenepikan parti tempatan sendiri. Ini belum termasuk MCA dan UMNO. Satu susunan kabinet yang tidak praktikal dan tidak memihak kepada perlindungan rakyat Sabah.

Memang benar Ghapur dalam menyuarakan pandangan beliau mengenai Parti Gerakan. Kita tidak perlu terlalu mengambil hati dan bertolak ansur, semakin lama hak rakyat di negeri ini, semakin terkikis disebabkan oleh kedatangan tidak terkawal parti-parti dari luar.

Kita juga perlu ingatkan Ghapur dan Umno, Parti yang juga datang dari seberang itu agar pada pilihanraya yang akan datang ini, seeloknya mereka lebih tumpukan perhatian kepada Semenanjung; sementara kerusi kerusi Umno di Sabah diberi kepada parti tempatan agar kemenangan Barisan Nasional terus dapat dikekalkan di Sabah.

Ghapur juga mungkin tidak tahu atau pura-pura tidak tahu bahawa ramai rakyat di Tawau telah muak kepadanya. Ini dapat diterjemahkan dengan beberapa kain rentang ucapan hari raya Ghapur dan UMNO di sekitar Tawau telah dirosakkan oleh mereka yang tidak senang dengan kepimpinan Ghapur.

Malahan Ghapur diaibkan dengan gambarnya dirosakkan tetapi gambar wakil wakil rakyat yang lain tidak disentuh. Itu mungkin satu petanda buruk kepada Ghapur.

Salam Hormat,

ANAK 1MALAYSIA MEROTAI

sabahkini.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist