.

Thursday, 13 October 2011

Misteri Tangisan Rosmah!!!

Masih ingat lagi tangisan Rafidah Aziz? Suatu ketika dulu Rafidah Aziz beriya-iya menangis sambil memegang kitab suci Al-Quran tanpa menutup aurat sambil berdialog popularnya ‘I swear to god...’ Maka inilah konklusi resam politik di Malaysia.



Dalam perjalanan pulang dari Melaka menemani Ketua Pemuda PAS Negeri Johor bersama abang saya semalam, kami berbual mengenai isu lakonan porak peranda yang sedang berlaku di Malaysia. Terdetik kami terkenangkan titisan airmata Rafidah Aziz dan Mahathir (Che Det).

Berbuah satu lagi pandangan yang mana sejarah lakonan itu pasti akan berulang. Abang saya (Shamsul Anuar) memberi pendapat bahawa apabila tibanya detik hampir pilihanraya, drama airmata pasti akan berlaku. Pendapat abang saya watak yang akan mengalirkan airmata itu adalah Najib Razak.

Saya menyanggah. Bagi pendapat saya watak utama dalam drama ini adalah Rosmah (isteri kepada Najib). Sejarah membuktikan, sewaktu gugurnya airmata Mahathir dulu adalah disebabkan Mahathir pada ketika itu menjadi liabiliti kepada rakyat Malaysia terhadap UMNO.

Perkara yang sama berlaku kepada Rafidah Aziz. Dalam sejarah airmata, Rafidah Aziz telah mengugurkan airmatanya kerana pada waktu itu Rafidah dianggap sebagai liabiliti kepada rakyat terhadap UMNO berkenaan isu permit kenderaan (AP).

Drama ini sama dan ia berulang setiap kali seseorang individu di dalam pentadbiran Malaysia dianggap sebagai seorang yang memberi liabiliti teruk kepada rakyat Malaysia terhadap UMNO selaku pemerintah Malaysia. Ini hakikat yang harus rakyat Malaysia hadapi.

Namun apa pula persamaannya dengan misteri tangisan Rosmah? Jawapannya adalah sama yakni berkenaan liabiliti. Rosmah dipandang sebagai seseorang yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap suaminya Najib Razak.

Justeru untuk menghilangkan segala tomahan maka Rosmah harus melakonkan semula drama tangisan yang berjaya menyentuh hati setiap golongan rakyat di Malaysia seperti lakonan Mahathir dan Rafidah Aziz.

Inilah yang dikatakan sandiwara politik Malaysia. Kesannya cukup positif bagi UMNO. Ternyata tangisan demi tangisan didramakan dari individu yang menjadi watak utama itu dengan sekelip mata akan terbersih namanya dari segala kekotoran kelakuannya di mata rakyat.

Lumrah golongan rakyat Malaysia terutamanya sebilangan besar bangsa Melayu, mereka tidak terlepas dari melahirkan rasa simpati yang begitu mendalam terhadap sebuah pergorbanan airmata.

Sebilangan besar bangsa Melayu amat terpengaruh dengan pujuk rayu berserta tangisan. Cuba lihat drama-drama di stesen televisyen Malaysia. Jika cerita berkenaan dengan emosi yang sedih, pasti penontonnya (sebilangan besar bangsa Melayu) seperti turut merasai dan simpati akan kesedihan itu.

Apabila menjelang malam Aidilfitri, drama-drama di stesen televisyen Malaysia banyak memaparkan kisah berunsur kesedihan dan ia sekaligus merentap kegembiraan Aidilfitri tersebut. Inilah lumrah misteri simpati yang terkandung di sudut sanubari sebilang besar bangsa Melayu.

Kerana simpati, sebilangan besar bangsa Melayu telah lupa akan segala kepincangan yang telah dilakukan. Hanya berbekalkan sebuah pujuk rayu berserta tangisan, sebilangan besar bangsa Melayu ini akan melupai hampir keseluruhan matlamat asal mereka.

Maka tidak terkejutlah jika misteri tangisan ini akan berjaya menambat simpati sebilangan besar rakyat Malaysia, khususnya sebilangan besar bangsa Melayu. Drama airmata adalah satu taktik untuk menutup segala kejahatan yang dilakukan terhadap agama, bangsa dan negara.

Contoh pertama adalah Mahathir atau Che Det. Kerana tangisan Mahathir pada waktu itu, ramai orang Melayu bagai telah terlupa tentang kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir sewaktu pemerintahannya. Cuba kenang kembali peristiwa Memali di Baling, Kedah.

Akibat tangisan Mahathir, sebilangan besar rakyat Malaysia seolah-olah secara tidak langsung terus terlupa akan peristiwa berdarah Memali yang dilakukan terhadap orang Islam berbangsa Melayu di Kedah dulu.

Mungkin juga ramai orang Melayu telah termakan dengan bahasa sajak yang dibacakan oleh Mahathir suatu ketika dulu yakni ‘Melayu mudah lupa...’ Contoh yang kedua adalah sindrom tangisan Rafidah Aziz.

Disebabkan isu permit kenderaan (AP), Rafidah beriya-iya memaksa airmatanya untuk dialirkan dialis kelopak mata. Akhirnya guguran airmata itu membuatkan sebilangan rakyat Malaysia menjadi terdiam atas isu permit kenderaan yang digembar-gemburkan sebagai isu nasional pada ketika itu.

Walhasil dari kedua analisa ini, saya percaya misteri drama airmata ini akan berulang lagi. Kali ini buat pertama kalinya ia akan mengalir di pipi gebu seorang ‘wiranita berlian’ wanita pertama dan terakhir Malaysia Rosmah Mansur.

Mungkin juga, kali ini kitab suci Al-Quran akan dipersendakan sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Rafidah Aziz. Dialog seperti ‘I swear to god...’ pasti akan terpancar sekali lagi. Ini semuanya hanyalah sebuah terkaan. Jawapan yang pasti hanya masa sahaja yang menentukan.

Persoalan yang timbul, adakah misteri tangisan ini akan berjaya menambat rasa simpati rakyat hari ini? Semuanya akan terjawab pada satu kadar yang bernama ‘takdir’./Selatanonline

1 comment:

  1. HAHAHA KITA TUNGGU SIAPA DRAMATIS POPULAR TERKINI DAN SENSASI YANG MUNGKIN AKAN BASI HAHAHA ! MEMANG PARTI PANDI KUTTY TERKENAL DARI DULU LAGI MENGELUARKAN DRAMATIS DRAMATIS YANG AMAT LICIK LAKONAN MEREKA MENGALAHKAN BOLLYWOOD ATAU HOLLYWOOD !

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist