.

Thursday, 13 October 2011

SEKS MELAYU VS KAMASUTRA : MANA LEBIH HEBAT ???

Kamasutra

VS


Seks Melayu


MANA LEBIH HEBAT ???


SALAHKAH BUAT BUKU SEKS MELAYU???

Baca nih dulu......

Jakim mahu sekat buku ‘panduan seks’ Kelab Taat Suami - malaysianinsider

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah..


1 comment:

  1. boleh jadi nak dijadikan dongeng mistik, macam kebanyakan cerita-cerita wali, banyak kemistikannya, lihat sahaja wali 9 tu, kalau dia nak mengembara ke alam malakut ke, itu cuma fiksyen, kalau kita layan nanti kita pun jadi mistikisme juga macam mereka. soal ini kalau didiamkan, senyaplah. cara malaysia memang gitu. lagi digembur, lagi orang ambik tahu, kalau senyap, senyaplah...

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist