.

Friday, 28 October 2011

Menarik tentang 'Kak Ijat Gembala' | dari Blogger UMNO..

1. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki serta dikendalikan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NF Corp @ Shahrizat & Family Corp) yang diberi status Projek Berimpak Tinggi telah menyasarkan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

2. Projek ini dilancarkan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kenaikan harga barang makanan yang ditanggung rakyat kesan daripada ketidakstabilan ekonomi global.

3. Sasaran yang ditetapkan oleh Pusat Feedlot Kebangsaan di tanah kerajaan seluas 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan sebagai projek Lembah Daging Negara adalah seperti berikut;
  • Sasaran pengeluaran lembu pada 2015 = 60,000 ekor
  • Sasaran pengeluaran lembu setiap tahun bermula 2008 = 8,000 ekor
  • Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran = 350 ekor sehari
4. Maklumat awal yang diperolehi menjelaskan National Feedlot Corporation Sdn Bhd setakat ini hanya mencapai sasaran seperti berikut:
  • Jumlah pengeluaran lembu setakat tahun 2010 = kurang 3,500 ekor setahun
  • Anggaran purata lembu disembelih setiap hari = 10 ekor
  • Pasaran daging lembu hanyalah di Hypermarket dalam negara
  • Anggaran purata daging lembu dikeluarkan sehari = 1,500 kg
  • Anggaran pegeluaran daging lembu setahun = 41.1%
5. Selain aktiviti pengeluaran lembu, National Feedlot Corporation juga dilantik kerajaan untuk melakukan perkara berikut TETAPI masih belum dilaksanakan:
  • Membangunkan 130 penternak kecil dengan konsep "penternakan satelit" untuk menggandakan pengeluaran lembu
  • Membangunkan pengeluaran makanan lembu berkualiti
  • Membangunkan pengeluaran baja melalui operasi penternakan lembu

Nampaknya, bukan Shahrizat saja yang kena jawab perihal 'keluarga lembu'nya, malah mantan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani pada 2008 juga perlu sama menjelaskan BAGAIMANA projek NFC ini boleh dikurniakan kepada keluarga Menteri Kabinet. Bab kegagalan projek bolehlah bagi pelbagai alasan, tapi bab nepotisme ni payah la sikit. Nilai projek RM73.64 juta bukanlah suatu jumlah yang sedikit.

Rasanya Wanita UMNO bakal dapat Ketua Wanita baru akan datang; dan Najib bolehlah mula usya 'winnable candidate' baru di Lembah Pantai.

Mengapalah agaknya akhir-akhir ni barisan kabinet Najib suka terkentut di tahiyat akhir... /panehmiang

3 comments:

  1. kentut busuk pulak tu..sampai rakyat nak muntah terhidu bau UMNO walau sikit..sampai satu masa dgr nama UMNO pun org dah tak lalu nak makan...

    ReplyDelete
  2. Kalau zaman dulu-dulu rasanya, tak ada lembu cukup untuk disembelih, alamat tuan punya lembu yang akan disembelih. Padanlah puak gomen pun, Malaysia ni dah tak ada pakar-pakar penternakan ke untuk jalankan projek tu? Izat ni darahnya sahaja macam sama dengan kaum yang mampu menternak lembu, tapi masalahnya dia dan keluarganya tak ada bakat ternak lembu. Rasanya kalau bagi Benggali yang bela lembu dekat tempat aku sahaja rasanya jumlahnya mampu berganda-ganda.

    Izat tak bayar zakat ternakan kot, sebab tu ternakan kantoi.

    ReplyDelete
  3. better you study accounting and you know what going on the facts. from dig the other people make it wrong is better to all malay not only BN, PKR and PAS but all malay looks what happen to our malay fresh graduate.. are they can easier get the job at penang.. bull sheet.. we like rubbish study get 3 pointer but no body will look you unless you are chinese.. i'm chinese muslim but very pity and sad with malay. malay student spm get 8A cont study at local university but chinese get SAP but taken ACCA they salary much more better eventhough they dont know how to speek english.. i'm not in BN, PAS, PKR or any others party but I'm a muslim who looks how stupid are malay.. if you are muslim wake up help malay at penang. which fresh graduate working as production only... look at kelantan a lot unmoral cames from them. i not creating the story.. may be you all come live in political issue.. but for me i was wonder how malay will fight with malay.. can PKR help malay kids at Penang???????

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist