.

Wednesday, 12 October 2011

Belum selesai buat Guan Eng: UMNO Johor mahukan darah

Kisah UMNO Johor vs Lim Guan Eng masih belum selesai, jika mengikut kehendak NGO UMNO.

Naib Pengerusi Gerakan Aktivis Pengguna Johor (Penaja), Mohd Kassim Yusoff, berkata permohonan maaf Guan Eng tidak mencukupi.

Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu harus mengambil tanggungjawab terhadap tindakannya dan tidak menyalahkan pihak lain termasuklah pihak media kerana memutarbelitkan kenyataannya, di mana Guan Eng didakwa berkata Johor tidak ‘selamat’.

“Guan Eng ada meminta maaf melaui sebuah portal. Kami berharap beliau akan memohon maaf secara terbuka termasuklah mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membuktikan keikhlasannya,” lapor Utusan tentang kenyataan Mohd Kassim.

“Sikap berdiam diri Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjadi ukuran untuk rakyat menilai kebolehannya memimpin dan menjadi contoh untuk semua.”

Sementara itu, NGO UMNO yang lain memberi amaran bahawa pemandu-pemandu teksi Johor sudah merasa impak akibat kata-kata Guan Eng. Raja Mohn Nor Mohamed, pengerusi Gabungan Persatuan Teksi Berdafta (Gapet) berkata pemandu-pemandu sering dihujani pertanyaan daripada pelancong luar negara, dan ada yang mengakui mereka takut untuk memasuki negeri itu.

“Saya amat berdukacita dengan kenyataan tersebut kerana pekerjaan pemandu teksi terjejas,” kata Raja Mohd Nor.

Minta maaf tidak cukup, jangan masuk Johor

Guan Eng didakwa memberi kenyataan buruk mengenai Johor pada sesi makan tengah hari bersama Correspondents Club di Singapura bulan lalu. Transkrip kenyataannya, disiarkan di internet, memetik beliau berkata: “Kamu tidak perlu risau tentang keselamatan jika kamu datang ke Pulau Pinang. Di Johor, kalau kamu orang Singapura, kamu mungkin akan diculik.”

Beliau langsung dituduh untuk mengalih perhatian pelabur dari Johor ke Pulau Pinang, dan Sultan Johor juga berkata baginda terasa “sedih”. Guan Eng terus meminta maaf kepada Sultan Johor dan rakyatnya.

“Sebagai menghormati Sultan Johor, saya ingin meminta maaf kepada Sultan Johor dan rakyatnya, penduduk Johor. Saya tidak berniat untuk merendahkan Johor daripada negeri-negeri lain,” kata Lim pada sidang media penghujung bulan lalu.

Pakatan dijangka menang lebih banyak kerusi di Johor pada PRU-13

Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang golongan-golongan yang berkepentingan politik untuk memainkan isu ini. Bukan sahaja NGO UMNO memberi amaran kepada Guan Eng untuk tidak masuk ke dalam negeri itu, komponen BN yang lain seperti MCA dan Gerakan juga turut serta.

Johor adalah kubu kuat BN dan tempat lahirnya UMNO, yang telah meimpin negara sejak merdeka pada tahun 1957.

Kempen-kempen terkini oleh Pakatan, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, telah menarik sokongan rakyat. Walaupun BN dijangka masih akan menang di Johor, tetapi banyak kawasan akan diambil oleh Pakatan terutamanya di kawasan-kawasan Cina dan campuran.

- Malaysia Chronicle


4 comments:

  1. tanda-tanda yang menunjukkan betapa terdesaknya umno Johor.Mereka bimbang kehilangan kuasa.Kehilangan kuasa bermaksud mereka akan kehilangan "pendapatan luar jangka".Kehilangan kuasa bermaksud mereka kan menjadi rakyat biasa "CAP AYAM" yang menjadi trauma kepada bukan seorang atau dua orang umno tetapi semua orang umno serta pemimpin-pemimpin umno.

    ReplyDelete
  2. suh ngadap tapi tak bagi masuk johor...bodoh. UMNO bila nak minta maaf ngan sultan2?. Pasni jgn bagi plak soi lek masuk mana2 negeri sbb hina hukum Allah...Mana lebeh berat dosa..hina hukum Allah mcm UMNO selalu buat atau hina Raja2 mcm UMNO juga selalu buat...hahaha

    ReplyDelete
  3. Weiiii..
    Apasal hah...
    FRU dan Polis ada kat situ tapi tak buat apa2.
    Boleh tengoh berdiri ja....

    Sekarang ni yang samseng ialah Umno. Yg nak buat kacau ialah Umno. Yang nak menceroboh tapak ceramah ialah Umno.

    Terang2 depan mata, polis buat tak tau?

    Betul2 aku cakap....makan gaji buta ja.

    Kalau lah pihak PR yg buat macam ni, aku rasa keluar jejak kaki saja dpd rumah dah kena tahan dah. Ini boleh terpacah tengok ja. Dah agak2 nak tegang baru la terhegeh2 berdiri konon tak bagi bertempur or gaduh. Pigirahhhhhhhh....

    ReplyDelete
  4. Weiiii...

    Mana boleh hina SULTAN woiiiii...
    Mana boleh kritik sultan woiiiii...
    Mana boleh lawan cakap sultan woiiii...

    Nanti kena DAULAT wooooo....
    DAULAT sultan ni lebih besar dari DAULAT Nabi Muhammad tauuuuu...
    DAULAT sultan lebih besar dpd DAULAT Tuhan tau.....
    Tak percaya....tanya JAIS

    Sultan mana boleh mati weiiii....
    Nabi Muhammad ja yang wafat tauuuuu...

    So, kalau sultan suruh hampa bela lembu dlm masjid, hampa kena buat tau...nanti kena DAULAT dunia akhirat.

    Yang boleh hina sultan cuma UMNO ja.
    Dia orang ni kebal seumur hidup.
    Sultan yg mmg resmi ditabalkanpun UMNO boleh turunkan.
    Hanya umno sorang saja yg boleh hilangkan kekebalan raja tauuuu..
    Rajapun takut dgn umno....

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist