Wednesday, 28 September 2011

Seks, seks, seks, ini sahaja yang Umno tahu.

Written by Maria Begum, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Nampaknya pihak Pakatan Rakyat mungkin betul.Umno sudah berubah. Pengundi Melayu Umno sudah melihat Umno seperti parti yang lain dan bukan lagi seperti yang dahulu.

Ramai orang berbangsa Melayu yang menyertai parti Umno kerana pengaruh kuasanya yang amat besar pada masa dahulu. Dirangsang oleh kepimpinan tertinggi politik perkauman Umno, ramai orang-orang berbangsa Melayu yang kekal setia di dalam Umno, walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak akan naik pangkat di dalam Umno. Sekarang, bilangan keahlian parti Umno dikatakan sudah mencecah 3 juta, menjadikan Umno parti politik terbesar di Malaysia.

Tetapi itu merupakan puncak kegemilangan bagi parti kebangsaan Melayu. Bukan sahaja orang-orang berbangsa Melayu sekarang lebih berpelajaran, ramai yang tidak lagi percaya dengan pihak yang mempermainkan kepercayaan mereka.

Kini lebih bijak


Apa yang pasti, terdapat satu jabatan perkhidmatan awam yang mempunyai rasa tidak puas hati yang amat mendalam – Jabatan Kastam.

Ini kerana bukan sahaja pegawai kanannya, Ahmad Sarbaini merupakan mangsa soal siasat Malaysian Anti-Corruption Commission, tetapi pemblog-pemblog Umno yang sejajar dengan pemimpin tertingginya telah mula menyiarkan vdeio seks untuk menunjukkan salahlaku moral di pihaknya.

Ia dipercayai merupakan usaha untuk menyelamatkan nama baik MACC dan kerajaan Perdana Menteri kita, Najib Razak. Keuda-dua pihak telah dipersalahkan ke atas kematiannya yang mengejut semasa dilawat di ibu pejabat MACC di Cheras.

“Walaupun blog tersebut menunjukkan perlakuan seksual yang jelas, tetapi sampai ke hari ini tiada sebarang maklumat lanjut tentang siapa yang terlibat.Oleh itu, tidak boleh dikatakan secara pasti bahawa ia melibatkan seorang pegawai Kastam,” Mohamed Khalid Yusuf, ketua pengarah Kastam memberitahuMalaysian Insider.

“Mengaitkan perlakuan seks itu dengan kes Sarbaini, di mana saya sendiri tak nampak hubungannya, merupakan perbuatan yang kejam dan tidak bertanggungjawab, jika mahu memalukan orang yang sudah meninggal.”


Seks – ubat dan ketagihan Umno?

Inilah taktik licik Umno. Di dalam kes Teoh Beng Hock, MACC cuba untuk menyusupkan bahawa Teoh Beng Hock telah mengambil nyawa sendiri disebabkan oleh cinta tiga segi dengan teman serumah.

Ketua parti pembangkang, Anwar Ibrahim, telah dikenakan dengan dakwaan seks yang tidak habis-habis – daripada tuduhan meliwat bekas pekerja lelakinya hinggalah mengadakan hubungan seks dengan pelacur wanita.

Timbalan presiden PAS, Mat Sabu juga telah menjadi mangsa dakwaan skandal seks, yang terbaru merupakan rakaman seks telefon yang dikatakan berlaku pada awal 1990!

Di dalam kes Sarbaini, video tersebut menunjukkan perlakuan seks di antara seorang lelaki berbangsa Melayu bersama seorang wanita mat salleh di dalam sebuah bilik hotel. Blog Umno, theunspinners.blogspot.com merupakan laman pertama yang meyiarkan video tersebut, mendakwa bahawa lelaki tersebut merupakan pegawai Kastam manakala wanita itu merupakan pelacur Rusia.

Lelaki di dalam video tersebut tidak dinamakan, akan tetapi pemblog itu menghubungkan rakaman yang bertajukPegawai Kastam Yang Terlampau itu dengan kematian Sarbaini di dalam jagaan MACC awal tahun ini.

Ia dilihat sebagai satu usaha untuk memburukkan reputasi pegawai Kastam tersebut sebelum keputusan dicapai di dalam kes yang penuh kontroversi ini

Ugut dan fitnah


Semantara itu, balu Sarbaini, Maziah Manap yang enggan ditakutkan oleh rakaman seks tersebut telah bersumpah untuk mendapatkan keadilan bagi suaminya. Maziah, seperti keluarga Beng Hock telah dijadikan bahan ketawa ketika siasatan kehakiman berlangsung oleh MACC dan peguamnya Shafee Abdullah.

Shafee, yang selalunya berkhidmat bagi Umno dan pemimpinnya, telah berkata pada beberapa hari yang lepas bahawa Sarbaini telah jatuh dari tingkap tingkat ketiga untuk bertemu teman wanitanya yang bekerja di syarikat Schenker Logistics (M) Sdn Bhd, seseorang yang bernama Wan Zainalabidin Wan Zaki.

“ Saya amat kecewa dan sedih dengan tuduhan yang dibuat APRM. Ia merupakan fitnah yang sangat besar untuk menyatakannya,” kata Maziah di dalam kenyataanya.

Samua perhatian tertumpu kepada keputusannya pada hari Isnin nanti. Cendekiawan berkata bahawa petunjuknya amat jelas, terdapat banyak rasuah dan aktiviti gelap di dalam MACC daripada luar.

"Kami amatlah berharap supaya mereka tidak mengugut balu Sarbaini untuk berdiam diri dan menerima sahaja siasatan kehakiman pada hari esok,” MP Batu Tian memberitahu Malaysia Chronicle.


Kebetulan di MACC- dua kematian dalam dua tahun


Sarbaini yang merupakan penolong pengarah di pejabat Kastam Selangor telah pergi ke bangunan MACC di Cheras untuk bertemu dengan pegawai penyiasatannya mengenai urusan penggelapan wang yang dikaitkan dengannya.Seperti Beng Hock yang disoal siasat sebagai saksi di dalam kes penyewelengan, Sarbaini meninggal di dalam premis MACC.

Sarbaini terjatuh dari pantry tingkat ketiga pejabat MACC Cheras. Beng Hock terjatuh dari tingkat ke 14 bangunan MACC Shah Alam.

Kedua-dua ahli keluarga mereka pasti mereka tidak membunuh diri dan telah menuduh APRM melakukan jenayah. MACC di bawah bidang kuasa Najib, tetapi beliau tidak mengekang pegawai-pegawai beliau.

Mayat Beng Hock ditemui pada Jun 2009. Dua tahun kemudian, Mayat Sarbaini ditemui. Apakah seterusnya?

(Dari penulis: Pada hari Isnin, koroner telah menentukan bahawa kematian adalah disebabkan nasib malang tanpa sebarang unsur jenayah. Keputusan ini telah melepaskan MACC, kata peguamnya.)

Malaysia Chronicle

2 comments:

  1. umno memang gila seks. mereka baru kenal seks sejak dr.m mempopularkan seks di kalangan rakyat malaysia dengan slogan malaysia boleh. kebolehan malaysia dari segi seks belum menonjol, sebab tidak ada video seks yang bermutu, tidak ada filem seks yang bermutu, tidak ada tayangan larut malam kisah seks yang brutal dan sadis, kita mengharapkan pembaharuan dibuat oleh kerajaan, membenarkan tayangan filem seks secara meluas,kerana orang melayu baru lepas dari penjajahan minda. mereka mahu seks. mereka suka kisah seks. kes khalwat, rogol, liwat, seks dan bunuh, semua ini mendapat liputan yang hebat. pelakon seks makin meningkat. agaknya begini laporan yang akan dipaparkan sebuah akhbar tabloid yang tak ada permit. ini sebagai gambaran keseluruhan budaya pop baru di malaysia.ini yang dinamakan 1malaysia. seks diutamakan, rakyat dikemudiankan. aha? bab ini saya cukup menyampah. malu sebagai rakyat malaysia yang rendah moral.

    ReplyDelete
  2. Misnona, memang umno parti seks... kita akan kuburkan pada PRU 13 nanti.. insyaallah

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)