ALLAH berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 36, "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, mempunyai hak membuat pilihan sendiri dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya telah membuat sesuatu keputusan. Siapa yang tidak mematuhi hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya, bererti ia telah terjerumus dalam kesesatan yang amat nyata."
Seorang ulama dengan tegas menyatakan bahawa sesiapa yang tidak sanggup menjunjung hukum Allah dan secara terbuka menentang Al-Quran dan sunnah Rasulullah, maka mereka ini tergolong secara langsung sebagai manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.
Pernah kah kita terbaca atau terjumpa catitan sejarah bahawa terdapat manusia yang menang dalam peperangan menentang Allah? Waliya uzubillah. Saya belum pernah terjumpa buku atau mendengar kuliah yang menyatakan manusia pernah menang dalam peperangan menentang hukum-hukum Allah.
Apa yang saya pernah dengar dan pernah tengok dengan mata sendiri ialah manusia dan bumi dihancurkan Allah angkara keangkuhan dan kesombongan manusia yang menganggap diri mereka lebih hebat dan lebih bijak dari Allah s.w.t.
Allah berfirman dalam surah Ar-Rum, ayat 41, "Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. (Timbulnya perkara-perkara itu) Kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian balasan dari perbuatan-perbuatan buruk mereka yang telah dilakukan, agar supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Pemimpin tertinggi UMNO terlalu sombong dan bongkak apabila dengan tegas menyatakan bahawa Kerajaan Pusat akan menghalang percubaan untuk melaksanakan undang-undang hudud seperti yang diinginkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Pemimpin UMNO selanjutnya bertegas bahawa hudud tidak sesuai dipraktikkan kerana suasana dinegara ini tidak mengizinkan undang-undang ciptaan Allah ini diletakkan pada kedudukan yang sewajarnya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO yang bertegas menolak perlaksanaan hukum hudud sebenarnya didorong oleh rasa takut akan kehilangan sokongan MCA dan GERAKAN. UMNO sekarang berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan'.
Para pemimpin UMNO lebih bersedia mencari redha MCA dan GERAKAN dengan menempah kemurkaan Allah. Maka tunggulah tiba saatnya nanti Allah menentukan sesuatu yang tidak terduga sama sekali oleh para pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak, yang tidak sedar diri bahawa udara yang mereka hirup setiap detik adalah anugerah Allah, nyawa yang mereka miliki adalah pinjaman dari Allah, yang boleh ditarik pada bila-bila masa yang Allah kehendaki.
Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS adalah pemimpin yang terus relevan sepanjang masa. Ketegasan Tok Guru Nik Aziz yang sanggup kehilangan rakan dalam Pakatan Rakyat, DAP, kerana penentangan YB Karpal Singh atas kesungguhan PAS mahu melaksanakan hudud, membuktikan kepada umat Islam bahawa Tok Guru bersedia menerima kemurkaan manusia dengan menempah keredhaan Allah!
Tok Guru tidak takut kehilangan kuasa kalau kuasa yang dimiliki hanya untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan bersifat maksiat kepada Allah. Kenyataan Najib kononnya Kerajaan BN sekarang berkewajipan melindungi 'Maqasid Syariyyah', adalah palsu dan bohong semata-mata.
Apa yang berlaku pada malam 17 September yang menyaksikan berlangsungnya konsert 'Suarakami' di Stadium Merdeka yang turut disertai oleh Najib dan isterinya sama sekali bertentangan dengan prinsip 'Maqasid Syariyyah' yang salah satunya untuk melindungi aqidah dan kehormatan umat Islam.
Bohong! Cuba lihat siapa dia penyanyi yang dijemput untuk menjayakan konsert tersebut kalau bukan 'Awang Hitam' dari USA, dengan ukiran tatoo di badan mereka! Apakah ini dia contoh 'Maqasid Syariyyah' yang dicanangkan oleh Najib dan pemimpin tertinggi UMNO?
Remaja Islam yang menyertai konsert tersebut tiada bezanya dengan remaja bukan Islam yang tidak mempedulikan pergaulan bebas yang hanya mengundang dosa dan kemurkaan Allah.
Akhirnya, remaja Islam akan terus bergelumang dengan dosa yang tiada kesudahannya dimana kes-kes buang bayi terus bercambah, pelajar sekolah menggugurkan kandungan, dan pelbagai dosa yang amat menggerunkan umat Islam negara ini.
Semoga talian hayat UMNO beakhir dan tamat menjelang PRU ke-13 dan negara ini semoga menuju sebuah negara ini dipimpin ke arah 'baldatun tayyibatun warabbun ghafuur.’/IBN ABDULLAH - sabahkini.net
org mencabar murka ALLAH akan di laknat..
ReplyDeletebila di laknat jauh lah org tu dr kebenaran..
tanda2 org kena laknat, bila di bacakan ayat2 tuhan....
takde kesan langsung pd jiwa dia..
kehidupan penuh masalah sebab tidak di bantu dgn ilham dr penciptanya..
harta, pangkat, kuasa, keluarga dan segalanya akan jd istidraj(nikmat tak di redho)...
istidraj tu salah satu tujuannya ialah nak biar org tu semakin sombong pd Tuhannya...
amacam bahaya tak murka, laknat dan istidraj?
JANGAN JADI ANJING-ANJING NERAKA! MASA NIZAR PERINTAH PERAK TAK PULAK DIA NAK LAKSANAKAN HUDUD!!!
ReplyDelete