.

Sunday, 11 September 2011

[ PANAS !!! ] IC Segera di Sabah : BENARKAH BAJAU GENERASI PRA MATANG?

Oleh : LAND OF TAPIOCA
TIADA negara di dunia sehebat Malaysia kerana berjaya melahirkan lebih sejuta pengundi segera dalam masa tidak sampai ‘3 Minit’ sebagaimana yang dibuktikan dalam tuntutan Bersih baru-baru ini.
Pengundi yang dihasilkan adalah generasi ‘pramatang’ hasil daripada ujikaji ‘Ops Gembleng’ pada 1991 untuk menumbangkan kerajaan pilihan rakyat di Sabah (PBS) kerana berjaya melahirkan pengundi ‘Fixed Deposit’ dalam kadar ‘segera’ tanpa perlu menunggu selama 21 tahun.
Daripada kelompok ‘Generasi Pramatang’ itu, Bajau Filipina merupakan kelompok terbesar; diikuti Bugis, Pakistan, India dan China.
Bajau Pramatang yang lahir daripada Induk Jabatan Pendaftaran Negara mendominasi bidang ekonomi, politik, sosial dan menjadi Faktor Prima yang memenangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum di Sabah sejak rampasan kuasa 1994.
Mereka telah mendominasi ekonomi; dari perniagaan kaki lima sehinggalah ke hotel lima bintang dan menenggelamkan peluang warga tempatan kerana mereka lebih kreatif, kompetatif, produktif dan proaktif terhadap perkembangan semasa kerana mengintai peluang untuk menjadi pendahulu.
Malangnya, mata wang ringgit Malaysia sentiasa mengalir keluar ke negara Filipina kerana bibit dan pewaris generasi Bajau Pramatang yang terlalu ramai; masih ditinggalkan di kampung halaman mereka.
Kerajaan Malaysia pada hakikatnya memerlukan lebih RM10 juta untuk melahirkan seorang pengundi yang berusia 21 tahun sebelum boleh mendaftarkan mereka sebagai pemilih berdaftar.
Kos berkenaan termasuk kos prenatal, pendidikan, prasarana, subsidi dan segala kemudahan yang perlu disediakan kepada Anak Jati Malaysia, namun 99 % kos berkenaan berjaya diserap dengan mengklonkan warga asing sebagai generasi Pramatang yang kini mengungguli Sektor Daftar Pemilih dan menjadi penentu kemenangan mana-mana kerusi, termasuk Adun dan Parlimen.
Oleh itu, Bajau tempatan bukan lagi menjadi kegerunan di mata Barisan Nasional dan terus dipinggirkan kini mula membuat penentangan terbuka kerana BN menzalimi mereka; sehinggalah BN bertindak menerima United Sabah Bajau Organisation (USBO) sebagai Ahli Gabungan BN; demi untuk memastikan Bajau Tempatan kekal sebagai penyokong Tegar BN.
Namun keghairahan Barisan Nasional menjenamakan Sabah sebagai ‘Fixed Deposit’ telah memberi kesan yang mendalam kepada pola dan landskap politik Sabah apabila Generasi Pramatang ini cuba berpaling tadah menyokong pembangkang.
Tindakan pantas JPN yang diarah memotong talihayat 16,693 Generasi Pramatang yang mengundi Pembangkang telah mengejutkan banyak pihak kerana tiba-tiba mereka kehilangan kerakyatan dan terpaksa kembali ke Filipina atau Indonesia untuk mendapatkan passport Negara asal masing-masing.


Pada 21 Mei 1996, JPN telah membatalkan lebih 16,693 kad pengenalan melalui surat Bil. JPN.KP (S): H/163/2H (49) bagi semua kad pengenalan siri H 0492001- H 0494500, H 0539801-H 053999, H 0540001-H0553999, yang tergolong dalam kategori ‘TIDAK DIIKTIRAF’.
Sementara itu, penglibatan Generasi Pramatang dalam Sindiket Pemerdagangan Orang yang semakin berleluasa memaksa semua pihak menuding jari di atas kelemahan penguatkuasaan undang-undang yang dibauri rasuah; sehingga seluruh dunia mengecam Malaysia kerana gagal menghapus Jenayah Pemerdagangan Orang; baik domestik, mahupun antarabangsa.
Hampir kesemua penyakit sosial yang kronik seperti penjualan dadah secara terang-terangan, peningkatan belia terlibat dalam penagihan dadah, pelacuran, kanak-kanak jalanan, pengemis dan sebagainya berpunca daripada sikap tidak bertamaddun Generasi Pramatang.
Pelbagai NGO, orang perseorangan dan parti pembangkang lain cuba untuk memainkan isu Generasi PraMatang melalui saluran tertentu demi memastikan akar kepada masalah ini dapat diselesaikan.
Namun sehingga ke hari ini, Kerajaan Malaysia masih gagal menangani isu Generasi Pramatang ini sehingga menimbulkan kesan yang begitu mendalam kepada persepsi rakan Komponen BN terutama di Sabah yang melaungkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung pemberian kerakyatan secara songsang kepada Generasi Pramatang.
Sekiranya dicadangkan penyelesaian terbaik dengan memadamkan data mereka dalam Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara apakah kerajaan Barisan Nasional masih mampu mempertahankan kedudukannya kelak? Persoalannya ialah siapakah dalang di sebalik semua ini yang merupakan kunci untuk melenyapkan ibu kepada segala masalah ini?

Sumber : Sini

1 comment:

  1. Benarkah bajau adalah generasi pra matang?dilihat dengan pandangan prejudis ia benar sebab mungkin ada 5% daripada isu yang berbangkit boleh di iyakan.namun di lihat dengan mata kasar dan hati terbuka apa yang terjadi kepada generasi bajau adalah sesuatu yang menyayat hati,hak untuk mendapat pendidikan,kewarganegeraan telah di nafikan,wal hal mereka di lahirkan di negari ini sebahagian besar adalah pewaris generasi ke-2 atau ke3 daripada generasi bajau pelarian yang berhijrah diawal tahun 70an.dasar birokrasi kerajaan negeri yang menekan dengan mengenakan bayaran tinggi kos bayaran kelahiran di hospital telah menyebabkan wanita-wanita bajau memilih bersalin di rumah.natijahnya ramai daripada generasi bajau tidak berdekomen dan tidak bersekolah.saya syorkan kepada penulis datanglah ke Sabah dan lihat sendiri siapa yang ramai tinggal di kawasan setinggan?anak-anak siapa yang tak bersekolah?kenapa walaupun mereka telah di tangkap dan dihantar ke Filipina namun mereka akan kembali ke Sabah?cth:saya adalah generasi bajau yang duduk di Sabah dari awal tahun 70an namun masih bergelut dengan masalah dekomen sendiri dan anak-anak.janganlah kita seperti Pemimpin-pemimpin negara ini yang melihat pelanduk mati nun jauh tetapi Gajah mati di depan mata tidak nampak.saudara seagama, serumpun dan yang mempunyai susulgalur sejarah dinegeri ini dihinakan.Mohammadakramindin@yahoo.com

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist