'KJ budak baik, berpotensi jadi pemimpin PAS'
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin kerana ketua pemuda Umno itu tidak banyak 'menghentam' dan menyerangnya secara peribadi.
Sebaliknya, pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Mohamad berkata beliau memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana timbalan presiden Umno itu yang banyak menyerangnya supaya "bertaubat dan bertakwa".
"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.
"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," katanya dengan nada menyindir dan dipetik Harakahdaily.

Menurut pemimpin PAS itu, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri yang banyak memaki hamunnya, justeru, elok bagi mereka bertemu.
Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu menjadi sasaran pemimpin Umno dan BN apabila Utusan pada 27 Ogos lalu mendakwa beliau berkata Mohamad Indera yang menyerang balai Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis yang mempertahankannya.
Beliau bagaimanapun berkatalaporan Utusan mengenai ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".
Ini bukan kali pertama Mat Sabu memilih untuk memuji Khairy. /Selanjutnya baca sini