.

Monday 12 September 2011

[ Mesti Baca ] Najib liabiliti BN !! | Ulasan Blogger UMNO

Rasanya ramai yang faham apa yang dimaksudkan dengan tajuk di atas.

Malaysia hari ini tampak seperti hilang kawalan oleh Perdana Menteri. Kerajaan Persekutuan yang diterajui Najib nampak sangat lemah.

Kami percaya majoriti rakyat tiada pilihan. Mereka akan tetap menyokong BN kerana tahu dan sedar Komplot Pembangkang memang tak boleh harap nak terajui negara ni. Tapi rakyat juga dalam dilema dengan penilaian 50-50 terhadap Najib.

Banyak perkara yang membuatkan rakyat resah. Moh kita senaraikan satu persatu.

1. Masalah ekonomi yang tidak stabil. Kerajaan umumkan berbillion revenue dalam ETP, projek itulah, pelaburan inilah, tapi hakikatnya rakyat tak nampak pun duit tu semua dalam poket mereka. Cukai yang dikenakan kerajaan berbanding pendapatan rakyat masih tak seimbang. Pendapatan boleh guna rakyat semakin berkurangan. Kadar faedah tinggi. Keputusan BNM menaikkan OPR dan BLR yang kononnya mampu menyelesaikan masalah inflasi, tampak semakin menghimpit rakyat. Kontraktor dan peniaga kecil takde job. Ekonomi domestik dan mikro semakin perlahan. Aliran tunai macam dah nak tepu. Bursa saham tak menentu. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

2. Harga barang keperluan, terutamanya makanan semakin melambung. Cili pun RM9-10 sekilo sekarang ni. Harga ayam, ikan, daging, sayur etc. tak payah ceritalah. Ikut sedap tekak peniaga je nak letak harga. Makan sorang di restoran tak akan cukup RM5 sekali makan. Dulu rakyat bawahan pergi pasar bawak RM100 boleh beli stok seminggu sekeluarga makan. Sekarang bawak RM100, 3 hari stok dah licin. Pernahkah para pegawai PEMANDU, MTEN & MOF yang bergaji berpuluh ribu, malah berjuta itu pergi sendiri ke pasar setiap minggu untuk beli barang? Pegawai KPDNHEP tetap jugak lolap sambil ternganga. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

3. CEO GLC dan Korporat mula cemas apabila tengok pendapatan mereka kurang RM1 juta saja daripada berjuta pendapatan tahunan yang mereka dapat setiap tahun. Penyelesaiannya, mereka letak beban itu pada rakyat untuk menyelesaikan masalah pendapatan mereka. Sedangkan mereka masih kaya dan untung beratus juta setahun. Contohnya, bil astro dan bil elektrik yang kecoh sebelum ini tetap juga dinaikkan. Akan datang bil Telco 6% tetap juga akan dinaikkan. Tak percaya? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

4. Kes gila glamer Kak Mah bukan lagi isu pembangkang, tetapi dah jadi isu nasional. Pelik juga apabila melihat ramai golongan yang tidak pernah berminat dengan politik sebelum ini pun sibuk berbicara (mengutuk sebenarnya) Rosmah Mansur. Jika Najib sendiri tampak hilang kawalan terhadap isteri sendiri, apatah lagi nak kawal negara ni? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

5. Beribu laporan polis dibuat terhadap perhimpunan haram Bersih, isu Namawee, isu kencing & simbah cat di surau, isu Al-Kitab, isu pembangkang membocorkan maklumat pertahanan negara, isu Murtad, isu Anwar Anak Beranak yang memburukkan Malaysia di luar negara, isu Mat Sabu Komunis, bla...bla...bla...tapi Jabatan Peguam Negara, KDN dan Polis tetap tidur celik tanpa buat apa-apa. Kes Anwar entah bila nak selesai. Badan kehakiman pun dah jadi macam sarkas dipermainkan Anwar. Tapi masih tiada tindakan tegas di pihak kerajaan. Tiap kali Hisham buat kenyataan di tv dan akhbar, pasti ramai yang tersenyum sinis. Hinggakan pernah kami terdengar sekumpulan anak muda yang sedang duduk minum di kedai, tiba-tiba menjerit, "Woi...Pondan tengah bercakap...", merujuk kepada Hisham yang sedang bicara di tv. Memang mudah untuk kita salahkan Hisham Bapuk, tapi kuasa sebenar di tangan Najib. Mengapa Najib lebih rela dilihat penakut? Apa yang menjadi kerisauan Najib sebenarnya? Apa RAHSIA yang cuba disembunyikan Najib hingga enggan bertindak? Adakah kerana ugutan; atau Najib sememangnya tiada sifat pahlawan dan suka memilih jalan selamat? Atau dalam badan Najib sudah terserap roh Paklah? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

6. Perlantikan 'GENG KEPARAT' dalam sektor korporat seperti PEMANDU, TERAJU, PETRONAS, TNB, UDA Holdings, Maybank, MAS, etc. telah menjadi perdebatan sekian lama oleh ramai pengguna Media Baru. Tapi Najib masih mengekalkan 'GENG KEPARAT' ini. Bertambah pelik apabila mereka yang dilantik Najib dikenalpasti adalah penyokong pembangkang selama ini. Apa, Najib nak bunuh BN yang ditubuhkan ayahandanya sendiri ke? Kami cuba memahami mungkin Najib ingin melantik orang yang loyal dengannya. Tapi masalahnya, orang yang loyal itu belum tentu bijak buat kerja! Kesetiaan boleh dibentuk, tetapi kreativiti, kebijaksanaan dan pengalaman itu yang lebih utama. Apa gunanya punahsihat yang loyal jika mereka sendiri BODOH untuk memahami denyut nadi rakyat hingga membuat keputusan yang sering menyusahkan rakyat. Akhirnya menjadi backfire kepada kerajaan Najib sendiri. Itu belum cerita bab perlantikan Senator sehingga membuatkan ramai ahli Parlimen berkecil hati. Sebab itulah sekian ramai Parliament Members BN jarang mempertahankan kabinet Najib jika kerajaan di'serang' pembangkang. Penyudahnya Najib yang terkapai-kapai keseorangan kerana tiada sokongan kuat daripada ahli parlimen BN sendiri. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

7. Wang rakyat sering dilambakkan kepada Cina terutama semasa PRK. Tapi undi tetap tak beri pada BN. Cina tak nak kerja gomen, kerajaan merayu. Cina tak fasih Bahasa Kebangsaan, takpe...biar Melayu yang belajar bahasa mandarin. Cina nak tambah sekolah, bagi. Cina nak kurangkan kuota bumiputra, tunaikan. Cina tak bagi Melayu masuk syarikat korporat Cina, senyum. Cina hentam Islam, diam. Pendek kata, apa yang Cina tak mintak pun, Najib boleh bagilah. Undi belakang kira, yang penting kasi happy ini Cina. Penyudahnya, kiri kanan Cina ambil kesempatan. Tak kiralah DAP ka, MCA ka, Gerakan ka, semua pakat kasi tipu Melayu. Ayat popular mereka. "Kita kan 1Malaysia maa..." Depan-depan Najib pun Cina boleh tipu. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

8. Najib seringkali dilihat tidak mampu membezakan antara ucapan sebagai Perdana Menteri Malaysia, dengan ucapan sebagai Presiden sebuah parti politik. Malah kadangkala ucapan Najib lebih banyak mengguris hati bangsa Melayu & Islam sendiri. Sebab itulah kita sering mendengar dalam pelbagai majlis di mana Najib akan menghentam pembangkang, sedangkan ketika itu dia bercakap atas kapasiti sebagai Perdana Menteri. Kekeliruan ini tampak jelas apabila ucapan-ucapan Najib dipaparkan di Media Massa. Adakah Najib sudah sampai ke suatu tahap letih akal dan minda? Kesilapan sebegini masih kerap dilakukan Najib sehingga kini. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

9. PRU-13 semakin hampir. Tapi gerak kerja persiapan pilihanraya daripada pihak BN, terutamanya di Negeri Sembilan semacam hambar. Kawasan Parlimen dan DUN yang kalah, tiada aktiviti. Masalah-masalah tempatan (local issues) tiada penyelesaian segera. Semua maklumat hanya bergantung daripada dapatan Ketua Bahagian dan bukannya daripada denyut nadi rakyat yang sebenar. Wakil Rakyat BN yang dah lama berkhidmat, rakyat dah benci. Jadi macamana BN nak dapat semula 2/3 majoriti? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

BN hilang banyak kerusi di PRU 1969, 1999 & 2008 adalah disebabkan faktor undi Melayu. Maka sewajarnyalah Najib menjadi lebih Melayu daripada Melayu untuk menang PRU-13. UMNO dan BN tidak boleh hanya bergantung pada kesilapan bodoh yang dibuat pemimpin pembangkang untuk menang pilihanraya. Masalah rakyat perlu diminimakan sebanyak mungkin bagi menjaga keluk kepuasan mereka sebelum PRU-13. Jika Najib kelihatan masih tidak mampu menyelesaikan semua masalah itu, maka UMNO dan BN sudah sewajarnya mempertimbangkan secara serius untuk 'sekolah'kan semula Najib.

Personaliti atau individu tidak penting, kerana UMNO & BN lah yang perlu diutamakan. Sejarah sekian kali membuktikan, bahawa pemimpin yang tergelincir daripada parti keramat UMNO akhirnya tidak akan kemana.

Siapalah Najib tanpa UMNO?!



1 comment:

  1. Dulu aku dok mimpi kalau Najib naik boleh la kot dia fikir camna nak turunkan harga barang-barang dapur. Camna dia nak buat tu kena la minta menteri2 dan pegawai2 kerajaan fikirkan.
    Harga beras, susu, minyak masak, gula, tepung, petrol, diesel kasi turun la dalam 25% ka...pendekata barangan keperluan hari-hari.Budak2 pegi sekolah pun nak kena bagi duit sehingga rm4 - rm5...kalau dah 4 orang camna tu? Ada la Najib nasihat suruh rakyat tukar gaya hidup. Kami pun tak tau la camna nak gayakan lagi duit kami bila pegi kedai beli barang.
    Tapi yang aku pasti kalau dari semanjak Najib naik jadi PM haritu dia dapatkan turunkan harga barang2 keperluan asas sebanyak 25% tentu rakyat akan pejam mata dan sokong BN dulu, kini, dan selamanya.
    Nampaknya hingga sekarang pun aku dok mimpi lagi la....harap2 menteri pertanian dan menteri pengguna juga tidak sama-sama mimpi dgn aku.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist