Tuesday, 13 September 2011

GEMPAR !!! : Shafie KM Sabah yang Baru ....

Chin Lobi Jawatan KM Untuk Shafie?


MUNGKIN agak ganjil bagi Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin, ‘Political Reject’ dari Sabah yang dilantik menjadi Senator mempersoalkan ketelusan dan ketulusan amalan demokrasi di Malaysia dengan mempromosi cadangan Presiden UBF, Datuk Dr Jeffrey Kitingan agar jawatan Ketua Menteri Sabah dihadkan bagi tempoh dua penggal sahaja.

Sudah terang lagi bersuluh, cadangan Chin tidak lain tidak bukan ialah sebagai usaha terakhir melobi jawatan Ketua Menteri Sabah untuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang telah ‘merasuah’ beliau dengan projek NKRA dan runding harga bernilai ratusan juta ringgit.

Tidak rasional bagi sebuah Negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen seperti Malaysia menjalankan amalan autokratik dan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan; demi untuk memuaskan nafsu Naib Presiden UMNO dengan merosakkan sistem politik di Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Adun yang mendapat sokongan majoriti (sama ada dilantik Perdana Menteri atau dipilih dalam Dewan Undangan Negeri) memilih Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri Sabah sejak 2003.

Setelah semua usaha Chin menimbulkan pelbagai sengketa di dalam Barisan Nasional Sabah melalui LDP gagal, beliau kini menggunakan Formula 4P iaitu Provokasi, Prasangka, Pecah dan Perintah untuk memancing peluang terakhir sebelum beliau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap beliau dan Shafie Apdal kerana penggubahan wang haram melalui lobi dan anugerah projek.

Tindakan ‘penderhakaan’ Chin Su Phin terhadap BN Sabah kini disokong oleh golongan berhaluan kiri di dalam LDP, termasuk Presiden ‘Boneka’ LDP, Datuk Liew Vui Keong cuba memecah tembok pertahanan BN melalui tembakan bertubi-tubi isu yang diyakini boleh melemahkan perpaduan parti komponen BN di Sabah.

Dalam keadaan Musa Aman bersendirian dan hanya Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said yang berjaya menampan serangan demi serangan LDP, golongan oportunis di dalam Umno dan BN Sabah semakin ramai; Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mempunyai kekuatan untuk berkata ‘TIDAK’ kepada hasrat gila Shafie Apdal untuk menjadi ‘Ketua Menteri’ yang dianggap setaraf dengan ‘Sultan’ di negeri yang tidak beraja seperti Sabah.

Shafie menggunakan segala peluang yang ada termasuk memancing sokongan melalui projek dengan membeli Pemuda, Wanita, Puteri dan Ketua Umno Bahagian agar mengalihkan sokongan kepada beliau, namun semuanya masih belum menampakkan kejayaan disebabkan kewibawaan Musa Aman semakin menyerlah.

Teknik memberi projek kepada pemimpin Umno atau kroninya akan cepat membunuh karier politik Shafie kerana jika sepuluh orang yang mendapat projek, maka 100 yang tidak dapat akan marah. Jika seratus lagi dapat projek, 1,000 yang tidak dapat; akan marah. Sampai bila Shafie boleh bertahan ketika ‘Dana Negara’ bocor akibat pelaksanaan NKRA yang tidak berhemat, boros dan tidak ekonomik?

Apapun yang berlaku, dalam keadaan Sabah masih menjadi ‘Fixed Deposit’ kepada BN; ketokohan Musa Aman masih belum dapat diganggu gugat atau diganti oleh mana-mana pemimpin di Sabah; apatah lagi beliau telah berjaya mengukuhkan ekonomi Sabah yang mendapat rating AAA berbanding dengan rating A- bagi Kerajaan Persekutuan.

Ketika Tabung Kerajaan Persekutuan hampir kering kontang sehingga FELDA terpaksa meminjam RM6 Billion daripada KWSP, Kerajaan Negeri Sabah yang mempunyai hutang RM860 juta ketika Musa Aman mengambil alih jawatan daripada Datuk Chong Kah Kiat (Tan Sri), kini mempunyai surplus lebih RM10 Billion; di luar jangkauan mana-mana Negara di Asia Tenggara.

Umum berpendapat, Perdana Menteri tidak ada sebab untuk menggantikan Musa Aman atau memaksa Musa Aman meletakkan jawatan semata-mata untuk membolehkan ‘Golden-Eye’ Boy Najib Tun Razak iaitu Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri; atau memindahkan Musa Aman ke Kabinet Persekutuan kerana Musa telah melakukan yang terbaik di Sabah.

Dalam keadaan Najib terlalu mengharapkan 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk membolehkan beliau terus menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka beliau tidak perlu menggantikan Musa Aman sebagai Ketua Menteri; melainkan jika beliau ingin mengikut jejak Pak Lah iaitu bersara daripada politik!

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)