.

Saturday, 7 November 2009

[Mesti Baca] PEMIMPIN PAS JANGAN HILANG KEPALA : Nizar News

Oleh :Drs Harun Jaafar

Nasrudin Hassan Tantawi melenting apabila Prof. Ab. Aziz Bari mengkritik Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS. Dia mendakwa kritikan yang dilemparkan prof. itu tidak disertakan fakta dan bukti yang sahih. Anehnya, dia menuduh Prof. Ab. Aziz Bari sebagai alat musuh PAS juga tanpa fakta dan bukti yang nyata. Pemimpin politik mestilah ada kualiti, kredibiliti, dan integriti untuk mendapat sokongan rakyat. Jika semua aspek tersebut lekat pada pemimpin PAS, mereka sama sahaja dengan UMNO. Hal inilah yang menyebabkan timbulnya kecintaan terhadap UMNO dalam kalangan beberapa orang pemimpinnya yang dikatakan bermasalah oleh Tuan Guru Nik Aziz (TGNA).

Sememangnya TGNA tidak silap semasa mengeluarkan ulasannya.

Kini, Dr. Abu Hassan Hasbullah pula mengemukakan data tentang kemerosotan sokongan terhadap PAS. Bukan itu sahaja. Golongan muda yang menyokong PAS pun sudah mula keliru dengan tingkah laku pemimpin PAS. Lebih memeranjatkan adalah gesaan Dr. Abu Hassan supaya PAS tidak bersekutu dengan Pakatan Rakyat kerana kebolehan PAS untuk berdiri sendiri sebagai sebuah parti yang utuh.

Segala-galanya terserah kepada pemimpin tertinggi PAS untuk membuat keputusan. Keputusan itu kelak akan menentukan kelestarian PAS sebagai wadah politik Islam di Malaysia. PAS mesti menjadi parti politik Islam kerana parti politik Melayu sudah wujud sejak 60 tahun yang lalu dan kini sedang mereput secara perlahan-lahan. _TINTA MUTIARA

Kisah Di Dalam Kapal Terbang.. | by Nizar

Pada minggu lepas hebohlah satu kampung Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu dalam program stesen radio Hangus FM. Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup menggembirakannya.

Dipendekkan cerita, hari yang dijanji telah tiba. Pak Pandir pun sudah menunggu sejak dari subuh di lapangan terbang. Bila kapal terbang sampai, Pak Pandir amat gembira dan dia pun naiklah, terus ambil tempat.

Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas. Sekali pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi Business Class, setahunya tak ada penumpang kelas bisnes hari itu.

Dengan penuh berbudi bahasa dan sopan santun, pramugari tu tegur, "Pak cik, pak cik tak boleh duduk kat sini, boleh tak pak cik pindah duduk di belakang?"

"Eh, bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari tu). Terima kasih nak, tak apalah nak, pak cik dah selesa kat sini"

Mana tak selesanya, Business Class. Mati akal pramugari tu. Semua pramugari dan pramugara datang silih berganti. Sakit kepala mereka dibuatnya. Juruterbang yang menunggu lama nak berlepas, bengang kenapa masih belum ada isyarat kata ok daripada Ketua Pramugari, lalu dia pun keluar tengok.

Setelah diceritakan oleh seorang pramugari, pilot itu pun pergilah ke tempat Pak Pandir "Pak cik, boleh tengok tiket?"

Pak Pandir pun hulurkan tiketnya sambil tersengih.

"Oooo..pak cik nak pegi KL ye pak cik?"

"Ya nak" Jawab Pak Pandir.

"Tapi Pak Cik, kerusi depan ni pegi Johor Bahru ni, kerusi belakang tu baru pegi KL!"

Pak Pandir pun terkasima...terkejut!

"Laa...ye ke nak? Nasib baiklah anak ni datang bagitau."

Sumber : Power Renjis

[Raja Petra] Apakah yang berlaku pada masa itu? | Nizar News

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Apakah yang berlaku pada masa itu? (Let’s talk a walk down memory lane)






Dalam jenayah seks, keterangan daripada mangsa sahaja tidak mencukupi. Ia perlu disokong bukti tambahan. Walau bagaimanapun, dalam pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim, tiada bukti yang menyokong keterangan mangsa.....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Ada antara anda yang mungkin telah terlalu muda untuk mengingati tentang perbicaraan liwat pertama Anwar Ibrahim. Dengan keluarnya keputusan mahkamah yang terkini berkenaan perbicaraan liwat kedua Anwar ( http://mt.m2day.org/2008/content/view/28387/84/), maka inilah masanya bagi kita mengimbau kembali kenangan lalu bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang cara perbicaraan liwat pertama dahulu dikendalikan.

Saya akan cuba menerangkannya dengan semudah mungkin, yakni tanpa terlalu banyak menggunakan istilah undang-undang. Apa yang perlu anda fahami adalah cara perbicaraan itu dikendalikan dan sebab saya mengatakan bahawa perbicaraan itu adalah perbicaraan yang penuh dengan penipuan.

Anwar didapati bersalah dan terpaksa meringkuk di dalam penjara selama enam tahun tujuh bulan, sedangkan di negara lain, kes seperti ini akan dibatalkan oleh mahkamah tanpa memerlukan Anwar membela diri. Dengan kata lain, di negara lain, tiada perbicaraan akan diadakan bagi kes seperti ini, malah Anwar pasti dibebaskan tanpa disuruh membela diri.

Mari kita imbau kembali segala kebobrokan yang berlaku semasa perbicaraan pertama dahulu. Dalam bahagian 2 nanti, kita akan membincangkan mengenai lain-lain isu pula:

1. Polis mengakui bahawa memang tidak pernah ada laporan polis terhadap Anwar dan bahawa asas bagi memulakan pendakwaan adalah khabar angin dan kandungan sebuah buku.

2. Orang yang dikatakan menjadi mangsa liwat, iaitu Azizan, telah melalui proses 'turn over' untuk mengatakan bahawa Anwar meliwatnya ('turn over' adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada 'memaksa') – mahkamah diberitahu bahawa inilah amalan 'biasa' polis Malaysia.

3. Sebelum pendakwaan dimulakan, Cawangan Khas (polis) ada menghantar laporan kepada Perdana Menteri, iaitu bahawa tuduhan terhadap Anwar adalah pembohongan semata-mata. Ia dilakukan pengkomplot tertentu bagi menjatuhkan Anwar.

4. Jenayah liwat itu dikatakan berlaku ‘pada suatu hari dalam bulan Mei 1994'. Polis mengatakan bahawa tarikh ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi semasa mereka menyoal siasat ‘mangsa’. Inilah tuduhan pertama yang dibuat.

5. Tetapi kemudian, ‘mangsa’ mengatakan bahawa dia tidak pernah diliwat selepas Mei 1992. Jadi, pertuduhan 'Mei 1994' tidak dapat diteruskan. Pertuduhan kemudiannya diubah kepada 'Mei 1992', yakni supaya ia konsisten dengan kenyataan ‘mangsa’. Kesilapan ejaan pula digunakan sebagai alasan bagi meminda pertuduhan.

6. Anwar kemudiannya memfailkan Notis Alibi, sekaligus membuktikan bahawa pada Mei 1992, Tivoli Villa, iaitu tempat di mana liwat dikatakan berlaku masih dalam pembinaan. Jadi, adalah mustahil bagi jenayah liwat itu berlaku masa, tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam pertuduhan.

7. ‘Mangsa’ kemudiannya disoal siat buat kali kedua bagi 'membantunya mengingati tarikh yang sebenar'. Selepas dia 'ingat tarikh sebenar', pertuduhan itu sekali lagi dipinda kepada 'suatu hari antara 1 Januari 1993 dan 31 Mac 1993'.

8. Ketika Pembelaan berhujah bahawa undang-undang menghendaki pertuduhan yang lengkap dengan waktu, tarikh dan tempat kejadian yang spesifik, dan apabila Anwar berjaya memberikan alibi bagi kesemua 90 hari dari 1 Januari - 31 Mac 1993 untuk membuktikan bahawa dia tidak pernah berada di tempat kejadian, Pendakwaan membalas dengan mengatakan bahawa ‘sejak dahulu lagi, tarikh tidak penting’. Menurut mereka, meskipun mereka tidak dapat menentukan waktu dan tarikh yang tepat berkenaan ‘jenayah’ yang dilakukan Anwar, ini tidak penting selagi mereka dapat menentukan tempat kejadian.

9. Hakim perbicaraan tersebut akan menyoal peguam Anwar sebelum mana-mana saksi dipanggil, dengan tujuan untuk mengetahui tentang keterangan yang akan diberikan oleh saksi itu. Sang hakim kemudiannya akan memutuskan bahawa saksi-saksi berkenaan tidak relevan dan tidak membenarkan mereka dipanggil.

10. Ketika saksi pembelaan memberikan keterangan, hakim akan mencelah dan tidak membenarkan mereka untuk menyudahkan keterangan mereka.

11. Setiap kali Pendakwaan gagal mematahkan mana-mana keterangan dan keterangan itu dianggap dapat menjejaskan hujah Pendakwaan, maka si hakim akan memutuskan bahawa bukti/keterangan itu tidak relevan dan akan membuangnya dari rekod mahkamah.


12. Dalam jenayah seks, keterangan daripada mangsa sahaja tidak mencukupi. Ia perlu disokong bukti tambahan. Walau bagaimanapun, dalam pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim, tiada bukti yang menyokong keterangan mangsa.

13. Apabila Pembelaan meminta agar ‘mangsa’ dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi menentukan sama ada dia diliwat ataupun tidak - masih ada masa untuk melakukannya, Pendakwaan menolak. Mereka mengatakan bahawa pemeriksaan kesihatan tidak konklusif (dapat dipertikaikan).

14. Pada masa yang sama, adik angkat Anwar, Sukma, yang dituduh bersubahat dengan Anwar bagi melakukan ‘jenayah’ ini dan dituduh secara bersama dengan Anwar - dan sebelum itu, dia dipenjarakan selama enam bulan kerana 'membenarkan Anwar meliwatnya’ - diperiksa oleh Dr. Zahari Noor, yang mengatakan bahawa dia tidak menemukan bukti bahawa Sukma pernah diliwat. Bahkan, Sukma didapati menderita dari buasir. Ini disebabkan saluran duburnya yang sangat kecil. Jadi, adalah tidak mungkin bagi Anwar meliwatnya - Sukma terpaksa dibedah untuk membesarkan saluran duburnya, yakni bagi membolehkannya membuang air besar. (Sukma didapati bersalah dan dipenjarakan atas 'pengakuannya', yakni yang diperolehi melalui penyeksaan yang dilakukan oleh polis).

15. Saksi-saksi memberikan keterangan bahawa individu-individu tertentu dengan kedudukan yang tinggi merasuah ‘mangsa’ dan pengkomplotnya untuk memalsukan bukti terhadap Anwar. Namun begitu, Pendakwaan enggan memanggil individu-individu terbabit ke mahkamah untuk membantah ataupun mengesahkan dakwaan ini. Apabila mereka cuba disepina oleh Pembelaan pula, mahkamah tidak membenarkannya. Hakim kemudiannya memutuskan bahawa keterangan saksi-saksi itu adalah 'khabar angin' - kerana ia tidak pernah disahkan mahupun dinafikan - dan menolak untuk mempertimbangkannya.

16. Saksi Pendakwaan memberikan keterangan yang bercanggah dan sentiasa mengubah keterangan mereka. Walau bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa walaupun mereka tidak konsisten, ‘ketidaktekalan ini telah dijelaskan' dan mahkamah berpuas hati dengan penjelasan tersebut. Mahkamah juga mengatakan bahawa tiada manusia yang dapat menjadi 100% konsisten dan bahawa setiap orang, walau sejujur mana sekalipun, pasti tidak dapat konsisten sepanjang masa.

17. Seorang peguam terkemuka dan bekas pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Manjeet Singh Dhillon memberikan keterangan dan menandatangani Akuan Bersumpah, yang mana dia menyatakan bahawa Peguam Negara dan Ketua Pendakwaan mengugut anak guamnya, yang mana anak guamnya akan dijatuhi hukuman mati jika dia tidak memberikan keterangan bahawa dialah orang tengah bagi Anwar mendapatkan perempuan. Tiada tindakan yang diambil terhadap mereka dan mereka terus mengetuai pendakwaan terhadap Anwar. Pada masa yang sama, tiada tindakan yang diambil terhadap peguam yang melakukan 'penipuan berniat jahat’ ini. Jadi, tuduhan ini tidak pernah dipersoalkan.

Sumber : http://gomalaysian.blogspot.com/2009/11/raja-petra-apakah-yang-berlaku-pada.html

[Mesti Baca] Katakan Tidak Pada Wahabi - Dr. Mohd Asri | Nizar News

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.



Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.

Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.

Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam.

Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!.

Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.

Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan.

Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir).

Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).

Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!.Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi’i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi.

Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi’i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi.

Apakah semua penulis itu wahabi?!!. Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah ada dua mazhab al-Syafi’i??!. Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid’ah yang tidak elok” (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: “awak wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!!

Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi’i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali).

Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut : Dar al-Fikr).

Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH.

Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi’i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi’i, terutamanya dalam fiqh muamalat.

Lihat sahaja hukum-hakam zakat di negara ini. Namun ini bukan bererti kita menghina al-Imam al-Syafi’i. Malang sebahagian yang berniat jahat membuat fitnah kononnya kita menghina Imam kita yang agung itu. Sedangkan saya sendiri pada Julai 2004 telah menulis tentang keagungan al-Imam al-Syafi’i dalam majalah ini dan demikian juga dalam buku-buku saya. Bahkan ada yang membuat cerita kononnya ingin dibakar kitab-kitab mazhab dan inilah wahabi. A’azu bi ALLAH min zalik (pohon perlindungan dengan ALLAH dari itu semua).

Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..” (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).

Ramai pendakwah yang mengeluh dengan akhlak buruk ini. Saya juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai gelaran ahli badan ulama. Lebih lagi kita sedihkan. Namun saya katakan kepada diri saya yang amat dhaif dan para pendakwah yang difitnah; bersabarlah.

Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi’i r.h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya.

Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan.

Pada hari kita memulakan dakwah ke jalan ALLAH dan rasulNya ini, kita sepatutnya mengetahui denai berliku dan lorong berduri yang akan lalui di hadapan. Jika tidak bertemankan keikhlasan dan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Rasul, gugurlah kita satu persatu. Untuk itu dari awal kita mesti sedar hakikat ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Ada kata golongan wahabi enggan terikat dengan mazhab. Jadi sesiapa yang ada berpegang dengan mazhab lain dalam beberapa perkara, maka dia wahabi. Kita katakan kita amat menghormati mazhab dan memuliakannya.

Dalam banyak perkara kita terkait dengan mazhab al-Syafii. Tetapi ahli ‘tuduh menuduh’ ini seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabahsepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”. (rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa oleh Amerika terhadap beliau.

Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para ulama terhadap Kitab Ihya ‘Ulum al-Din.

Bukan bertujuan menghina al-Imam al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita. Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali.

Di sini saya petik apa yang tertera dalam buku saya “Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya” yang dicetak pada awal tahun 2004: “Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali r.h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat.

Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang mempunyai masalah yang sama. Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya. Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang tersendiri.

Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan. Firman Allah:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.( Surah al-Nisa`: 135)

Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut :Muassasah al-Risalah)

Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja.

Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H/ Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan: “Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith”. (rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut :Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya:

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu”.( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”.( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”.( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339)

-Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya”.( Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah).

Ada yang kata, kalau iya pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu Astora, Syiah dan seumpamanya.

Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas pembacaannya. Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah untuk kami dan anda juga !!

Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya itu ‘Shahrir Long’. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri.

Mungkin ada orang yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi. Namun kita sejuta kali menyebut : ‘Katakan tidak untuk wahabi’.

Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan.

Sumber : http://drmaza.com/home/?p=796#more-796


***JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA ISLAM***

.

Dr. Aziz Bari Tidak Ada Data, Sekadar Pandangan Umum | Nizar News

KUALA LUMPUR ; Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, penubuhan PAS adalah memenuhi perintah Allah yg mewajibkan kesinambungan risalah Islam.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim yang turut menghadiri Seminar Memperkasakan PAS, berkata, Presiden PAS turut mengariskan empat perkara penting dalam meneruskan perjuangan.


”Yang pertama, ialah menegakkan risalah Islam yg menyeluruh yangg menjadi risalah para nabi, kedua; mewujudkan saf kumpulan Islam yg teguh serta mempunyai izzah dlm menghadapi musuh, ketiga; sedia berjihad secara faham dan bijak, dan yang keempat wala' kpd Allah, rasulnya dan kepimpinan Islam,”katanya dalam pesanan ringkas yang dihantar kepada Buletinonline.

Dr. Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Lujnah Penerangan negeri berkata, Naib Presiden, yang juga ahli panel bagi sesi forum, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah menolak kritikan, bahkan, setiap kritikan akan diurus dengan baik.

Tuan Ibrahim menghurai lanjut dan berkata, berbeza pendapat bukan bermakna kita perlu mewujudkan jamaah dlm jamaah dan Seminar yang diadakan hari ini merupakan lambang keterbukaan PAS.

”Besarnya jiwa kita (PAS) kerana sedia menjemput orang yang mengkritik kita (Aziz Bari – yang datang sebagai ahli panel forum),”kata Dr. Azman mengulang kata-kata Tuan Ibrahim.

Oleh itu, Tuan Ibrahim menyarankan agar setiap ahli dan pimpinan perlu menjauhi ruang-ruang yangg boleh menimbulkan fitnah dalam membuat kenyataan dan tindakan.

Mengulas berkaitan ahli panel kedua Prof. Dr. Abd Aziz Bari, Dr Azman berkata, beliau seolah-olahnya lebih kepada memandang mudah kepada persoalan yang dibangkitkan perwakilan.

”Jawapan banyak berbentuk 'anti thesis' dengan menafikan dia mempunyai agenda tertentu disebalik kenyataan yg disiarkan,

”Beliau sendiri mengakui bahawa beliau tidak mempunyai data-data berhubung kenyataan yg dikeluarkan.

”Sekadar mengambil kira dari suatu pandangan umum yang menjadi bahan perbincangan umum,”jelas Dr. Azman

Menurut Dr Azman lagi, soalan-soalan perwakilan yang dikemukakan kepada Aziz Bari memang agak keras dan kemudiannya menimbulkan rasa kurang senang dikalangan perwakilan apabila beliau mengambil ringan dan memandang mudah sahaja.

”tidak mengambil kira sensitiviti, terutama berkaitan kritikan keras terhadap Presiden PAS,”tegasnya.

Namun, kata Dr. Azman, perwakilan menerima hakikat bahawa seminar yang diadakan hari ini 7 November, adalah untuk memperkasakan parti dan bukan membahas atau mencari kebenaran kenyataan akhbar ataupun membicara kesalahan-kesalahan Aziz Bari._Buletin Online

SEMINAR PAS : Tolak persepsi adalah primitif - Dr Abu Hassan PDF | Nizar News

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.

Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.

Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini.

Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.

AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik.

Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.

Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.

Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.

Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.

Dr Hasbulah dalam penggulungan menyokong tulisan Dr Abdul Aziz dan menyifatkan penemuan melalui hasil kajian beliau selari dengan apa yang ditulis Aziz.

"Ini adalah kali ketiga kami bertemu. Kali pertama atas kapal terbang, kali kedua di lapangan terbang dan kali ketiga di sini. Jadi kami tidak berpakat," kata beliau dalam penggulungannya. _HARAKAH DAILY

213% penolakkan kepada Parti PAS | Nizar News

Data Dr Abu Hasan Kenalpasti Kelemahan PAS


Data yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah,salah seorang panel dalam seminar politik Pas,menerusi kajiannya benar benar mengejutkan.

Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas menjelang PRU13 jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.

Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu.

“Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan nasib nasib masyarat di Malaysia”,katanya.

Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina.Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”.

Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas,namun terdapat beberapa faktor lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka.

Walaubagaimanapun kedudukan Musyidul Am Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi parti itu diiktiraf dan masih kukuh di kalangan pendukung setia parti dan masyarakat umumnya.

Rata-rata pola yang dibentangkan berbentuk pyramid iaitu dengan peratusan tahap lemah yang sangat tinggi.

Ini meliputi semua aspek merangkumi pentadbiran,pimpinan,strategi politik dan ideologi parti itu sendiri.


Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas,kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu.

Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap parti ini.

Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.

Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini.

Selain itu,kajian Dr Abu Hasan menunjukkan,tindakan Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan benteng melawan Umno menjelang PRU13 adalah wajar.

Namun,Pas tidak perlu bergabung membentuk sebuah Parti baru bersama Pakatan Rakyat kerana menurut Dr Abu Hasan,Pas mampu berdiri sendiri sebagai satu parti yang kuat._Wartamaya

Pas tak berupaya jadi parti alternatif - Prf Aziz Bari | Nizar News

Pas tak berupaya jadi parti alternatif - pemerhati
KUALA LUMPUR 7 Okt — PAS tidak akan berupaya menjadi parti alternatif sekiranya tidak dapat menerima perlembagaan negara yang mengiktiraf masyarakat bukan Islam, kata pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Ini satu perlembagaan yang kita kenal, kalau kita tak mahu akui maka kita tak boleh jadi parti alternatif, jadi jangan lompat (melenting dan mempersoalkan) bagaimana dengan Islam? Kena tumpu juga kepada bukan Islam dan fokus bagaimana nak menangi hati mereka,” katanya.

Pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata demikian semasa membentangkan pandangan beliau pada seminar politik PAS di sini.

Beliau dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya adalah dua pemerhati politik yang diundang PAS bagi memberi pandangan alternatif dalam usaha parti itu memperkasakan parti.

Abdul Aziz juga menyelar sikap PAS yang gemar menyalahkan Umno setiap kali berlaku sesuatu yang negatif terhadap parti itu.

PAS sebaliknya harus melihat ke dalam parti dan mencari jalan untuk membetulkan apa juga masalah yang timbul.

"PAS harus menjadi sebuah parti yang terbuka dan menjadi tumpuan rakyat adalah lumrah, jadi jangan lagi bermain cara lama, ada benda sikit salahkan Umno, ini tidak harus dilayan, kita harus fokus apa yang ada dalam parti,” kata Abdul Aziz.

Dr Abu Hassan pula berkata PAS bermungkinan berdepan dengan masalah besar pada pilihan raya umum akan datang memandangkan kajian menunjukkan golongan muda mempunyai tanggapan negatif terhadap keupayaan kepimpinan parti sekarang.

Katanya kajian yang dijalankan beliau bagi menjangka keputusan pilihan raya umum ke-13 itu juga menunjukkan golongan muda tidak kenal dengan pemimpin-pemimpin PAS.

"Menurut survey (kaji selidik) itu yang mereka kenal cuma Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (bekas menteri besar Perak), Mohamad Sabu dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah),” katanya.

Abu Hassan berkata kajian berkenaan turut meneliti laman-laman blog berunsur politik dan mendapati blog-blog yang sebelum ini menyokong PAS telah kembali menjadi ”atas pagar”.

"Kajian menunjukkan blog-blog sedemikian meningkat 213 peratus,” katanya.

— BERNAMA

* Kajian itu benar kerana golongan muda lebih mengenali pemimpin UmnoBN yang saban hari berita pembabitan mereka dengan rasuah dan penyelewengan.

SUMBER : lAGI bERITA

Lintas Langsung dari Seminar PAS | Nizar News

11.55 pagi

"Saya bukan tok bomoh dan tidak ada ubat untuk PAS," kata Dr Aziz Bari. Beliau juga berkata, "Saya bukan agen Umno. Daripada agen Umno lebih baik jadi agen CIA."

11.35 pagi

Datuk Tuan Ibrahim menyifatkan PAS tidak akan pernah sesekali bersama Umno dalam Barisan Nasional (BN) bahkan akan mengukuhkan Pakatan Rakyat.

11.20 pagi

Majoriti respondan kajian Dr Abu Hasbullah mahukan PAS berdiri sendiri sebagai satu parti dan bukannya meleburkan PAS dan bergabung dengan lain-lain dalam satu parti.

11.05 pagi

Muslimat PAS diiktiraf dalam kajian Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai golongan dalam PAS paling baik.

11.00 pagi

Golongan muda meyakini sistem yang baik dalam PAS. Ia diiktiraf mantap dan bertamadun, kata Dr Abu Hassan Hasbullah. Namun ramai yang tidak mengenali ramai pemimpin.

10.50 pagi

Tidak perlu menghentam saya kerana saya hanya di luar yang hanya memberikan pandangan, kata Profesor Dr Aziz Bari.

"Ketika memberikan pandangan, saya tidak diperalat oleh mana-mana pihak," kata Aziz.

10.40 pagi

Presiden PAS berkata, PAS akan terus memperkasakan Pakatan Rakyat melalui program tahaluf siasi (persepakatan politik).

10.05 pagi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang menyampaikan ucapannya dalam Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan di Dewan Dato� Fadzil Noor, di Taman Melewar dekat sini.

Memulakan ucapan dengan memetik ayatuj suci Al-Quran dari Surah Al-Maidah tentang sifat sebenar orang beriman di dalam menjalankan urusan perjuangannya sepanjang kehidupan ini.

Dalam erti juga dipetik sebagai, antara sifat orang-orang beriman itu mampu berhadapan dengan berbagai celaan orang yang mencela, golongan sebegini sahajalah yang akan dapat mencapai kemenangan.

Sifat-sifat parti Islam yang berbeza dengan parti lain yang Islam mereka tidak sampai ke hujung dalam masa sama menyedari perjuangan Islam ini tidak akan diberikan secara percuma.

"Parti Islam seperti PAS wajiblah memperkasakan parti secara dalaman dengan ilmu, akhlak dan kebijaksanaan politik dan mengajak semua pihak untuk bersama dan menyokong perjuangannya,"tegas Ahli Parlimen Marang itu.

Sebentar tadi, Pengarah seminar, Salahudin Ayub telah menyampai ucapan sebagai pembuka gelanggang dalam seminar ini.

Lebih 1,000 peserta dari semua kawasan seluruh Negara untuk berbincang dan menentukan hala tuju parti dalam mendepani cabaran pada masa hadapan. _ HARAKAH DAILY

MENJELANG SEMINAR : Harapan Kepada Aziz Bari | Nizar News

Oleh : Mohd Sayuti Omar

Harapan Kepada Aziz Bari

ESOK(Hari ini) Abdul Aziz Bari akan diberi masa bercakap selama 20 minit dalam seminar politik Pas di Taman Melewar. Ada orang beranggapan kesediaan Pas memanggil Aziz Bari menandakan Pas terbuka dan kesediaan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendengar apa juga pandangan termasuk pandangan luar. Kalau hendak diikutkan amalan parti politik, jarang orang yang mengkritik presiden dipanggil untuk memberi pandangan di dalam parti yang dipimpinnya.

Bloger profesional, Norizan Sharif menyifatkan apa yang dilakukan Abdul Hadi itu sesuatu yang positif. (Sila baca ulasannya). Beliau juga berharap semoga pemimpin Pas yang lain dapat mencontohi pendekatan Abdul Hadi.

Sikap positif itu tidak berlaku dalam parti lain. Mungkin Pas yang kini sedang mengorak langkah ke arus global ingin membuat beberapa banyak perubahan dan pembaharuan, tajdid. Kesediaan memanggil kritikus politik itu juga sebahagian tanda-tanda keberanian Pas.

Apakah esok Aziz Bari akan terus mengkritik Abdul Hadi di samping memberi pandangan-pandangan bernas sebagai seorang sarjana? Nampakanya Aziz tidak akan apolegtik apa yang berlaku. Hari ini pun menerusi sebuah portal berita beliau terus membelasah dan memberi pandangan negatif terhadap Abdul Hadi.

Mungkin itu bekalan beliau yang sudah dirancang demikian rupa. Kerana beliau tahu dalam tempoh 20 minit apa yang boleh diungkapkan, maka Aziz kena beri ucapan muqadimah awal menerusi portal berita berkenaan. Para ahli seminar boleh menghayati ataupun menyelami maknikam Aziz itu.

Bagi saya, saya sudah nampak apa yang terpendam di dalam hati dan jiwa Aziz Bari. Gambaran ini bukan jelas dengan membaca tulisan, pandangan, dan kenyataan beliau tetapi menerusi intraksi dengannya secara langsung. Sekurang-kurang dua kali saya bersemuka dengannya dan membincang perkembangan dalam Pas. Daripada hasil percakapan itu saya dapat menjangka apa yang Aziz inginkan.

Bila beliau kritik Pas dengan mengatakan Pas perlu rubah kepimpinan, ini bermakna beliau mahukan Pas membuang Abdul Hadi Awang. Pada pandangan Aziz Abdul Hadi dan beberapa lagi telah menjadi liabiliti kepada Pas. Baginya kalau orang ini disimpan ia menyebabkan cita-cita besar Pas dan rakannya dalam Pakatan Rakyat akan gagal. Lebih mustahak lagi orang ini boleh membantutkan impian bekas gurunya, Anwar Ibrahim.

Aziz bernasib baik. Pandangan beliau itu disambut dan diterima oleh sebahagian yang lain. Paling bertuah ialah cadangan Aziz itu diterima oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz. Dalam gumpulan kita dengan Pas apabila pandangan kita boleh diterima Nik Aziz, apa yang hendak dicari lagi. Untuk menguasai Pas haru mendapat 'keredhaan' Nik Aziz.

Kenapa saya ekstrem begitu, kerana seminar esok adalah bertitik tolak daripada pandangan Aziz yang diterima oleh Nik Aziz yang dicampak menerusi tulisannya, bukan satu proposal khas, hanya tulisan saja. Walhal apa yang dilakukan Pas itu tidak mungkin berlaku dalam parti lain. Dr Mahathir Mohamad juga sedia menerima pandangan orang luar dan kritikan ke atasnya.

Tetapi Dr Mahathir tidak sampai mengarahkan parti supaya mengadakan EGM untuk membincang pandangan dari luar. Bagi Dr Mahathir betapa terror pandangan luar tetapi pandangan ahli lebih aula untuk didengari. Di sini ada perbezaan besar antara Dr Mahathir sebagai ahli politik dengan Nik Aziz sebagai ahli politik.

Kerana dapat menduga apa yang diingini oleh Aziz itu, maka dalam masa 20 minit esok saya berharap dia akan memberi pandangan-pandangan yang terpendam di dasar hatinya. Dia jangan berteka teki atau merasa malu menyatakan apa yang yang menyongsong dalam dirinya. Harapnya dia dapat berdiri sebagai seorang sarjana yang akan dihormati semua kaum dan mazhab dalam Pas.

Apa yang saya maksudnya besok, Aziz boleh mengajar Pas dalam memilih pemimpin Pas. Aziz perlu menunjukkan siapakah tokoh Pas masa kini yang layak memimpin Pas untuk menggantikan Abdul Hadi. Kita berharap beliau akan sebut secara terang-terangan dan usah berkias. Kalau kita boleh menghalau orang keluar kenapa kita segan untuk memanggil masuk orang lain?

Adalah tidak adil dan boleh mengelirukan ahli Pas kalau Aziz tidak menyebut pengganti yang layak mengganti Abdul Hadi itu. Aziz tidak perlu bimbang dengan cadangannya itu. Kalau ianya baik, sesuai dan bakal memberi kebaikan kepada Pas, cadangan itu harus dipertimbangkan. Saya rasa Abdul Hadi sendiri tidak boleh berkeras mempertahankan kedudukannya kalau tokoh itu jauh lebih baik darinya. Yang pentingnya ahli Pas boleh bandingkan antara calon Aziz dengan Abdul Hadi.

Saya tidak akan menyebut nama tokoh yang menjadi kesukaan Aziz itu sebelum beliau terlebih dahulu menyebutnya. 'Konspirasi' ini biarlah saya simpah dulu. Selamat berseminar kepada akhi-akhi dalam Pas. [wm.kl. 6:25 pm 06/11/09] _Tinta Merah MSO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist