.

Monday 30 November 2009

UMNO GABRA KE? | Nizar News

Banyak pihak masih gila mempersoalkan proses penggantian pemimpin di Kelantan. Isu ini bukanlah sesuatu yang terdesak. Pemimpin PAS pun sudah diminta supaya tidak membuat kenyataan demi kenyataan, terutama kepada media. Media proUMNO akan sentiasa memutarbelitkan dan membesar-besarkan fakta yang tidak sepenting mana pun.

Kemudian dihebohkan pula tentang doa Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) terhadap Najib yang tidak mahu memberi royalti petroleum kepada Kelantan sekalipun pelbagai bukti tentang kesahihan Kelantan perlu di bayar royalti tersebut telah dikemukakan. Bagi semua orang yang siuman, Kelantan bertaraf negeri yang teraniaya. Penduduk yang teraniaya sangat makbul doanya. Itu janji Allah. Tiada sebarang masalah jika perkara ini hendak dilakukan. Mungkin orang yang tidak mahu bagi sahaja yang mula rasa gabra!!! Pakailah konsep berani buat, berani tanggung. Budak sekolah rendah pun tahu hal ini.

Kini sibuk pula isu BTN. Semua rakyat Malaysia tahu BTN ialah pusat propaganda UMNO/BN. Biar berbuih mulut pemimpin UMNO mengatakan sebaliknya, orang takkan percaya. Di situlah orang Melayu dibasuh otaknya untuk menyokong UMNO/BN sampai mati.Bila Selangor tidak mahu memberi kebenaran kepada pegawai-pegawainya menyertai BTN, mereka melenting. Cari sahajalah orang yang sokong UMNO/BN dalam PRU Ke-12 baru-baru ini dan hartarlah ke BTN. Mereka tentu mahu. Buat apa dipaksa orang yang tidak mahu?_ Tinta Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist