.

Friday 6 November 2009

Skandal PKFZ Tamparan Hebat Buat BN | Nizar News

SHAH ALAM 6 NOV - Ahli Parlimen Klang,Charles Santiago berpendapat sekiranya kerajaan gagal menangani skandal PKFZ, ia akan membawa kesan yang buruk kepada Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Menurutnya, isu yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Paduka OC Phang merupakan kes pecah amanah terbesar di Malaysia setakat ini.

“Kalau mereka tidak mengendalikan hal ini dengan bagus,maka ada kemungkinan besar Barisan Nasional akan kena hebat dalam pilihanraya akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Charles meragui laporan awal yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas perbincangan dengan JAwatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengumumkan kedua dua yang disyaki, tidak melanggar undang-undang.

Kes yang telah dilaporkan sejak tahun 2003 itu dipandang sepi oleh pihak SPRM yang lebih berminat menyiasat Exco-exco di Selangor.

Charles turut mencadangkan supaya Najib untuk meminta Peguam Negara mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu benar-benar mahu bebas dari gejala rasuah.

“Cadangan saya sebenarnya ialah Najib mesti memberi arahan kepada pihak AG,katakan kepada AG,gunakan cadangan ini,heret semua yang terlibat ke mahkamah,terus,jangan bincang.Itu akan menunjukkan keseriusan dalam menangani masalah kanser rasuah ini di Malaysia,”katanya.

Negara dikejutkan dengan pendedahan laporan PAC dalam sidang Parlimen minggu ini yang mendedahkan individu yang terlibat dalam Skandal PKFZ menelan belanja RM4 billion itu.

PAC mengesyorkan suapaya SPRM dan polis menyiasat Kong Choy dan O.C. Phang membabitkan pecah amanah berhubung projek berkenaan.

Kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan Chan dan tiga surat akujanji oleh Phang, mengikut laporan PAC berhubung PKFZ yang diedarkan di Dewan Rakyat Rabu lalu

Sumber : Selangor Kini Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist