Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Perlanggaran Perjanjian Persekutuan (In violation of the Federation Agreement)
Rakyat Malaysia perlu faham bahawa adalah menjadi kewajipan kerajaan persekutuan untuk membayar segala yang menjadi hak kerajaan negeri kepada kerajaan negeri yang berkenaan, sebagaimana yang termaktub dalam akta-akta Parlimen dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1957. Perkara yang kini dilakukan oleh kerajaan persekutuan sememangnya tidak menurut perlembagaan dan melanggar semua perjanjian yang berkenaan.....
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA 144
AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Tarikh Perkenan Diraja: 30 Julai 1974
Tarikh penyiaran dalam Warta: 22 Ogos 1974
Tarikh digunapakai: 1 Oktober 1974
Judul Panjang & Mukadimah
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.
Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan
Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
**********************************************************
Pada mulanya, Malaya diperintah oleh sultan-sultan. Kemudian, Melaka jatuh ke tangan Portugis, dan kemudiannya kepada Belanda, dan akhirnya kepada Inggeris. Pihak Inggeris menandatangani perjanjian dengan Sultan Johor dan Kedah untuk menyewa Singapura dan Pulau Pinang. Seterusnya, Melaka, Singapura dan Pulau Pinang digabungkan di bawah nama Negeri-negeri Selat.
Negeri-negeri Melayu yang lain tetap dikuasai oleh sultan masing-masing. Namun begitu, negeri-negeri tersebut dikategorikan kepada dua kategori, yakni Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, dengan kehadiran penasihat Inggeris yang berperanan memberi nasihat kepada sultan. Tetapi adakah sultan wajib menerima nasihat penasihat masing-masing? Ini masih diperdebatkan sehingga kini. Ada yang mengatakan bahawa sultan wajib menerimanya dan ada pula yang mengatakan bahawa sultan berhak untuk mengabaikannya.
Pada tahun 1957, semua negeri terbabit diundang untuk bergabung dalam Persekutuan Malaya. Perjanjian Persekutuan dimeterai, yang mana perjanjian itu menyatakan bahawa pertahanan, dasar luar negeri, keselamatan dalam negeri dan sebagainya adalah tanggung jawab kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama, hal-hal lain seperti agama dan sumber alam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Ini bererti bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah, air, mineral, balak dan apa sahaja yang dikeluarkan ataupun dijumpai dalam sesebuah negeri ataupun zon ekonominya adalah milik negeri berkenaan. Pada 1970-an, satu persidangan dunia diadakan dan persidangan bersetuju bahawa zon ekonomi setiap negara adalah dalam jarak 200 kilometer dari negara berkenaan.
Pada tahun 1972, Malaysia menemukan petroleum – luar pesisir tetapi masih dalam zon ekonomi Terengganu. Ada pihak yang mengatakan bahawa petroleum sebenarnya dijumpai sebelum 1972 lagi. Tetapi kerajaan merahsiakannya kerana pada masa itu, Terengganu berada di bawah penguasaan pembangkang. Kerajaan persekutuan tahu bahawa disebabkan petroleum adalah sumber kerajaan negeri, maka Terengganu akan mendapat manfaat darinya, sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan.
Pada tahun 1974, kerajaan persekutuan meluluskan akta yang mengubah status petroleum, iaitu dari sumber negeri kepada sumber nasional. Ini sememangnya suatu pelanggaran Perjanjian Persekutuan. Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak. Undang-undang ini dinamai Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan:
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.
Untuk tujuan ini, sebuah syarikat minyak nasional ditubuhkan, iaitu Petroleum Nasional Berhad ataupun Petronas. Sebagai imbalannya, Petronas akan membayar peratusan dari pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang berkenaan, seperti yang termaktub dalam Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974, iaitu:
Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
Pada tahun 1976, perjanjian ditandatangani antara Petronas dan SEMUA negeri di Malaysia. Orang yang menyusun Perjanjian ini adalah Peguam Cara Negara pada masa itu, iaitu Tun Salleh Abas. Perjanjian ini menyatakan bahawa setiap dan semua negeri di mana petroleum dijumpai akan dibayar 5% dari pendapatan dan pendapatan ini dipanggil ROYALTI.
Semenjak itu, Terengganu, Sabah dan Sarawak menikmati ROYALTI 5% dari Petronas.
Pada November 1999, Terengganu jatuh semula ke tangan pembangkang. Beberapa bulan kemudian, yakni pada awal tahun 2000, kerajaan persekutuan membatalkan pembayaran ROYALTI kepada Terengganu. Ia digantikan dengan WANG EHSAN. Di samping itu, ia tidak dibayar kepada kerajaan negeri tetapi kepada UMNO, yakni di bawah kawalan Idris Jusoh.
Tindakan ini jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan juga Perjanjian tahun 1976 yang ditandatangani antara Petronas dan SEMUA negeri di Malaysia.
Pada tahun 2004, Terengganu jatuh semula ke tangan UMNO dan Idris Jusoh dilantik sebagai Menteri Besar. Walau bagaimanapun, ROYALTI tetap tidak dibayar kepada Terengganu. Kerajaan persekutuan terus membayar WANG EHSAN, yang mana Jabatan Perdana Menteri menguruskannya dan memutuskan apa yang harus dilakukan dengannya. Walaupun ia adalah milik kerajaan negeri, cara wang itu dibelanjakan ditentukan oleh Perdana Menteri dan bukan kerajaan Terengganu.
Secara ringkasnya, inilah pokok persoalan yang dihadapi. Kini, Kelantan pula ditawarkan WANG EHSAN dan bukannya ROYALTI. Tetapi tidak seperti yang berlaku di Terengganu pada tahun 2000, Kelantan tidak berdiam diri berhubung isu ini.
Kelantan mengancam untuk menbatalkan Perjanjian tahun 1976 dengan Petronas. Ini kerana tindakan menawarkan WANG EHSAN dan bukannya ROYALTI kepada mereka sememangnya melanggar Perjanjian tersebut. Jika Perjanjian ini dibatalkan, maka hak atas setiap dan semua petroleum dalam zon ekonomi Kelantan menjadi milik Kelantan dan bukan Petronas. Dengan demikian, Kelantan akan mendapat 100% dari pendapatan yang dijana, dan bukan sekadar 5%.
Perhatikan bahawa WANG EHSAN ini hanya terpakai bagi Terengganu dan Kelantan. Sabah dan Sarawak menerima ROYALTI kerana mereka berada di bawah kawalan Barisan Nasional. Bagi kes Terengganu pula, walaupun ia kini dikuasai Barisan Nasional, kerajaan persekutuan tidak mahu kembali kepada sistem ROYALTI. Ini kerana mereka mahu mengelakkan sebarang permasalahan andaikata Terengganu sekali lagi jatuh ke tangan pembangkang. Jadi, Terengganu juga kekal sebagai penerima WANG EHSAN.
Perkara lain yang perlu diperhatikan adalah bahawa ketika Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaya, adalah dipersetujui bahawa kerajaan persekutuan akan memberikan pinjaman untuk pembangunan negeri dan juga geran. Nilai geran pula dikira berdasarkan jumlah penduduk negeri itu dan juga jumlah tertentu bagi setiap penduduk.
Kerajaan persekutuan baru sahaja mengumumkan bahawa ia tidak akan memberikan bantuan kewangan kepada negeri-negeri yang berada di bawah kawalan pembangkang. Jadi, mereka kini bukan hanya melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian tahun 1976 yang ditandatangani oleh Petronas dengan semua negeri, malah mereka juga melanggar Perjanjian Persekutuan.
Jelaslah bahawa kerajaan Malaysia tidak menghormati semua perjanjian yang ditandatanganinya. Jadi, kenapakah kita hairan apabila pelabur asing menolak untuk menandatangani perjanjian di Malaysia ataupun menolak untuk tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah Malaysia? Sebahagian besar pelabur asing lebih suka menandatangani perjanjian di Singapura. Ini dilakukan supaya mereka tertakluk kepada pengadilan mahkamah Singapura ataupun boleh memilih timbang tara antarabangsa.
UMNO mungkin berfikir bahawa ini hanya sekadar mainan politik mereka. Segala pelanggaran perjanjian dilakukan bagi menjatuhkan kerajaan negeri yang berada di bawah kawalan pembangkang. Tetapi mereka tidak sedar bahawa pihak luar sedang memantau keadaan. Situasi ini sememangnya tidak membina kepercayaan pelabur asing.
Rakyat Malaysia perlu faham bahawa adalah menjadi kewajipan kerajaan persekutuan untuk membayar segala yang menjadi hak kerajaan negeri kepada kerajaan negeri yang berkenaan, sebagaimana yang termaktub dalam akta-akta Parlimen dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1957. Perkara yang kini dilakukan oleh kerajaan persekutuan sememangnya tidak menurut perlembagaan dan melanggar semua perjanjian yang berkenaan.
Original Post: http://mt.m2day.org/2008/content/view/28347/84/
Translation: http://gomalaysian.blogspot.com/
*** jom sertai program bantu membantu sesama insan...sila klik, tq..**
..
Friday, 6 November 2009
[Raja Petra] Perlanggaran Perjanjian Persekutuan... | Nizar News
2009-11-06T09:44:00+08:00
Nizar
politik|RAJA PETRA|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-