.

Thursday, 5 November 2009

[Mesti Baca] BERANI SANGATKAH PARTI GERAKAN | Nizar News

Parti Gerakan telah menempelak BN khasnya dan UMNO amnya dalam perhimpunan agung tahunan mereka. Ketua Wanita Gerakan menghentam Gagasan 1 Malaysia. Ketua Pemuda Gerakan melanyak UMNO kerana enggan mengambil inisiatif untuk membentuk 1 BN yang pada tanggapannya lebih penting daripada 1 Malaysia.

Presidennya yang Menjadi menteri KPI mendesak BN segera memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman, SPRM, dan PDRM. Ini bermakna Pakatan Rakyat dan NGO dapat menambah satu lagi ahli yang menentang kebobrokan tiga institusi utama negara itu.

Seperti Pakatan Rakyat dan NGO, Gerakan turut menerima institusi-institusi itu berat sebelah dan menjadi alat untuk BN mengekalkan kuasa.

Fenomena dalam Gerakan itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat. Adakah Gerakan mahu menjadi pembangkang dalam BN? Jika tanggapan ini benar, suara mereka tidak didengar, bagi anjing menyalak bukit sahaja. Adakah Gerakan mahu menjadi parti komponen BN yang lebih bertaring daripada MCA? Jika tanggapan ini benar, Presiden mereka tidak akan dilanyak oleh Mohamed Aziz, Ahli Parlimen UMNO Sri Gading. Adakah Gerakan sedang mencari jalan untuk ditendang keluar dari BN? Jika tanggapan ini benar, mengapa mereka beriya-iya menolak usul keluar BN?

Hakikatnya, Gerakan hanya mencari populariti. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat mengabui mata rakyat. Sehubungan itu, rakyat akan kembali menyokong parti mereka yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan itu. Jika demikian keadaannya, teruslah menyalak hingga tiada suara. teruslah bersandiwara. Bukit tak runtuh-runtuh juga._TINTA MUTIARA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist