.

Tuesday 10 November 2009

Perbalahan paling teruk dalam MCA.. | Nizar News

SHAH ALAM - Kemelut yang melanda MCA sekarang memberi gambaran parti itu mengalami perpecahan paling teruk dalam sejarah parti itu sehingga menjejaskan sokongan kaum Cina.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa berkata, kemelut dalam parti itu boleh diumpamakan sebagai 'pergaduhan habis-habisan' di antara pemimpin-pemimpin MCA.

“Akibatnya kaum Cina tidak lagi mempercayai mereka dan harapan mereka terhadap parti itu mulai luntur,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, punca utama pergolakan parti itu ialah sikap UMNO yang mengongkong parti di bawahnya hingga sukar mendapat kata sepakat di kalangan pemimpinnya.

Isu rasuah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) juga antara penyebab kemelut itu hingga pelbagai pertikaian tercetus di kalangan mereka.

“Jelas isu rasuah dan politik wang dalam parti itu membawa kepada perpecahan sekarang. Kes PKFZ umpamanya melibatkan berbilion ringgit dan menyumbang kepada faktor kemerosotan ekonomi negara.

“Kemelut ini juga menunjukkan MCA sekarang tidak boleh menyelesaikan masalah secara demokratik. Wujud pelbagai pertikaian hingga menggambarkan ia sebagai politik budaya,” katanya.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menerima pemimpin tertinggi MCA untuk menyertai parti itu, Sivarasa berkata, PR menerima sesiapa sahaja dengan 'tangan terbuka'. _SINAR HARIAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist