.

Thursday 12 November 2009

PAS KUKUH, UMNO/BN BERTABURAN | Nizar News

Semua orang dalam UMNO/BN dan akhbar arus perdana pengampunya bersorak riang apabila mengetahui Nik Aziz "menghentam" pemimpin PAS yang didakwa bermasalah dan mendesak diadakan EGM. Bagi mereka, PAS pasti berantakan. Maka melalaklah pemimpin UMNO dan akhbar pengampu tanpa berselindung lagi. Mereka ingat PAS sama dengan MCA.

EGM digantikan dengan seminar. Seminar Memperkasakan PAS menjemput cendekiawan untuk mengemukakan pendapat. Seorang daripadanya menghentam Presiden PAS sehari sebelum seminar diadakan. Seorang lagi mengemukakan data yang menunjukkan sokongan terhadap PAS sudah merosot dan golongan muda sudah berpaling tadah.

Hal itu telah diriuhrendahkan oleh akhbar pengampu UMNO. Sesiapa yang membacanya akan mengatakan "padan muka" kepada PAS.

Dari sudut yang lain, PAS telah berjaya menemui jalan tengah untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Isu kerajaan perpaduan dimatikan. Semua pihak dalam PAS bersetuju dengan tindakan memperkasakan PR. Sehubungan itu, sirnalah isu yang dibawa oleh Nik Aziz. Meloponglah UMNO melihat kebijaksanaan PAS menyelesaikan masalah, sedangkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa dengan krisis kepimpinan dalam MCA. Sekarang terserlahlah siapa yang sebenarnya sedang menghadapi ancaman perpecahan. _ Tinta Mutiara


**JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN..SILA KLIK..TQ***



..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist