.

Thursday 12 November 2009

BN Asyik Jaga Pembangkang, Rakyat Dilupakan | Nizar News

DALAM kerancakan kita berbicara hal-hal politik semasa, adakalanya kita alpa dengan kesukaran yang dihadapi dalam menikmati kemudahan-kemudahan media dan internet. Para wakil-wakil rakyat dan ahli-ahli Parlimen kita lupa untuk menjana penyelesaian dalam hal ini.

Jika dilihat dari sudut positif, kita bangga boleh dikatakan 70% rakyat Malaysia celek IT. Hampir setiap rumah mempunyai kemudahan IT. Dalam apa cara, sama ada sambungan internet berkabel, Wi Fi dan Broadband. Tetapi dalam pada itu, tidakkah kita peka bahawasanya penggunaan IT ini adakalanya agak membebankan segelintir masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan menyeru setiap lapisan rakyatnya untuk bijak IT, tetapi lupa untuk mengurangkan kos bayaran sewaan IT berkenaan kepada rakyat Malaysia.

Saya menyarankan agar Kerajaan dapat mengambil satu inisiatif untuk mengurangkan tarif langganan IT bagi meringankan beban yang terpikul pada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Seandainya kita mampu memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara jiran yang ditimpa bencana alam, adalah suatu yang tidak mustahil Kerajaan juga mampu mengurangkan kos-kos penggunaan IT untuk rakyat Malaysia. Kebajikan rakyat Malaysia juga harus di ambil kira dan bukan dipandang ringan.

Kalau di negara-negara barat, penggunaan IT di berikan secara percuma, mungkin Kerajaan Malaysia juga boleh mencari satu kaedah baru sedemikian, atau pengurangan kos langganan IT kepada tahap yang lebih selesa kepada setiap rakyat yang menggunakan IT.

Perkara lain yang menggamit saya untuk menyuarakan pandangan ialah ASTRO. Sebilangan besar rakyat Malaysia menggunakan khidmat siaran ASTRO. Jika kita kekampung-kampung pedalaman juga mereka tidak ketinggalan melanggan ASTRO. Tidak dinafikan ASTRO kini telah menawarkan pakej langganan dari peringkat murah hinggalah keperingkat yang mahal, mengikut kemampuan pengguna-pengguna.

Masalahnya ialah, cerita-cerita yang disiarkan, acapkali di ulang tayang hingga kita naik bosan untuk menontonnya. Tidakkah ada inisiatif untuk mempelbagaikan lagi rancangan dan cerita-cerita agar pelanggan-pelanggan ASTRO tidak bosan? Walaupun mereka melanggan pakej yang termurah, tetapi mereka juga berhak untuk mendapatkan yang baik antara yang terbaik.

Ini tidak, cerita-cerita diulang-tayang beberapa kali sehinggakan anak-anak kecil pun sudah ikut menghafal jalan cerita berkenaan. Kita berharap Kerajaan dan pihak pentadbiran ASTRO mampu berbuat sesuatu untuk mengubah senario ini. Berikanlah sedikit keprihatinan kepada rakyat sendiri sebelum keprihatinan itu di berikan kepada rakyat luar.

Adakalanya kita merasa agak terkilan, seolah-olah kebajikan rakyat Malaysia tidak di ambil keperduliannya dek kerana terlalu sibuk untuk berkebajikan dengan negara luar. Peruntukkanlah sedikit kebajikan buat rakyat sendiri.

Kerajaan UMNO/BN terus menjaga kelibat parti pembangkang lalai pula menjaga hati rakyat yang pernah memberi budi kepada Kerajaan dengan memberi undi kepada Barisan Nasional untuk memerintah Malaysia. Najib bilang UMNO mesti berubah kalau nak kekal memerintah, rakyat mesti didahulukan, apa yang berubah? Berubah supaya Menteri-Menteri turun padang bawa ‘gigi dengan rahang’ untuk rakyat?

Rakyat hari ini sudah puas dengar ucapan berapi api dari Menteri Menteri UMNO, apa yang rakyat mahu adalah kebajikan dengan menurunkan harga tarif telifon, IT, letrik dan air, supaya dapat dipergunakan oleh rakyat.

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN (sabahkini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist