Sumber: Merdeka Review
Penulis: Lim Hong Siang
Terjemah Oleh: Lim Hong Siang
Tajuk: PAS Bukan Takut Menang, Tapi Gagal Uruskan Kuasa
Ini kerana Kerajaan Perpaduan adalah "godaan" UMNO yang tidak akan berakhir -- setelah diumumkan "tutup pintu", diusik pula dengan "tidak berkunci"; biarpun jika ada yang balas "tutup dan berkunci", tidak hairan kalau ada yang berkata "kunci ada di tangan Presiden"... Walau "kunci itu diserah kepada Mursyidul Am" sekalipun, jawapannya mungkin "Presiden masih simpan kunci spare"......
*******
PAS Bukan Takut Menang, Tapi Gagal Uruskan Kuasa
Mustahil isu "Kerajaan Perpaduan" (Unity Government) dibubuh noktah hanya dengan Seminar Politik yang bakal dianjurkan PAS pada 7 Novermber ini.
Ini kerana Kerajaan Perpaduan adalah "godaan" UMNO yang tidak akan berakhir -- setelah diumumkan "tutup pintu", diusik pula dengan "tidak berkunci"; biarpun jika ada yang balas "tutup dan berkunci", tidak hairan kalau ada yang berkata "kunci ada di tangan Presiden"... Walau "kunci itu diserah kepada Mursyidul Am" sekalipun, jawapannya mungkin "Presiden masih simpan kunci spare"...
Sememangnya, usikan daripada musuh politik tidak harus dipersalahkan ke atas pemimpin PAS. Persoalannya, mengapa keraguan dan kesangsian masih dan tetap wujud, walaupun sudah berkali-kali Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berjanji untuk bersama Pakatan Rakyat?
Mustahil PAS gagal menangkis serangan UMNO
Mustahil pucuk pimpinan PAS gagal menangkis serangan retorik UMNO, jika mengimbas kembali "sejarah permusuhan" antara UMNO dengan PAS, yang jelas jauh lebih panjang berbanding UMNO-PKR. Namun, persepsi masyarakat umumnya menganggap PAS gagal menonjolkan perbezaaan antara dirinya dengan UMNO ketika berdepan dengan retorik "perpaduan umat Melayu-Islam" selepas 8 Mac 2008.
Adalah tidak adil sekiranya dikatakan keseluruhan pimpinan PAS terikut-ikut dengan rentak UMNO, dan "kelihatan jahil" kerana tidak menyedari percaturan politik UMNO. Buktinya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pernah menyeru dalam Muktamar ke-55 agar PAS mengambil iktibar dari sejarah Islam, supaya tidak terperdaya dengan muslihat musuh untuk melaga-lagakan pemimpin PAS, yang bakal berakhir dengan kehancuran PAS sendiri.
Malah, Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar atas) bertungkus-lumus memberi ceramah, menyeru agar rakyat bersama "menjahanamkan UMNO", mendedahkan betapa kejam dan zalimnya pemerintahan UMNO-BN yang tidak sama sekali diterima PAS-PR.
Jadi, masalah persepsi ini sebenarnya wujud kerana pucuk pimpinan peringkat tertinggi gagal menunjukkan pendirian yang jelas.
Kredibiliti pemimpin PAS dipertikai
Setelah pertemuan sulit UMNO-PAS didedahkan, dan mencungkil polemik setelah dikesahkan, Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS mengeluarkan kenyataan yang dibaca oleh Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pada 17 Julai 2008, menegaskan pendirian PAS untuk terus bersama dengan PR, "dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi".
Namun, selepas "kerajaan campuran bersama UMNO di Selangor" digagalkan, Hadi Awang mencetus polemik baru dengan idea "kerajaan perpaduan", dalam satu wawancara bersama akhbar Siasah, yang disiarkan pada bulan Mac 2009. Perbincangan "Kerajaan Perpaduan" itu kemudiannya ditangguhkan oleh Hadi Awang sendiri pada April 2009, dengan alasan bahawa cadangan tersebut ditawarkan dalam zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, dan bukan Najib Razak.
Secara dramatiknya, idea "Kerajaan Perpaduan" ini ditimbulkan semula dalam sidang media selepas Presiden PAS merasmikan Muktamar ke-55, pada 5 Jun 2009. Keadaan bertambah serius kali ini, apabila Hadi Awang mendakwa bahawa parti komponen PR turut menerima dan memberi reaksi yang positif terhadap konsep ini.
Kewibawaan dan kredibiliti Hadi Awang terhakis apabila Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa DAP tidak pernah dimaklumkan tentang idea ini, apatah lagi menyetujuinya. Hadi menerima tamparan kedua, apabila Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali turut secara terbuka tidak menyetujui idea Kerajaan Perpaduan yang membabitkan UMNO.
Situasi sedemikian mengundang krisis kredibiliti dan kewibawaan bukan sahaja kepada Hadi Awang secara individu, malah PR secara keseluruhannya. Yang pasti, antara pemimpin DAP, PKR dengan PAS yang tersebut di atas, salah satu pihak yang berbohong dalam isu ini. Biarpun pertikaian yang melibatkan PR ini diketepikan, persoalan tetap wujud-- Sampai bilakah idea Kerajaan Perpaduan ini diiklan seumpama biskut Oreo, sekejap ada sekejap tiada?
Masalah kredibiliti ini bukan sahaja berlaku pada Presiden, namun juga orang nombor dua dalam parti. Nasharuddin Mat Isa, antara watak yang dipertikaikan, pernah mendakwa bahawa perjumpaan dengan UMNO atas keputusan Majlis Syura Ulama pada 13 Ogos 2008 (laporan Malaysiakini), bertukar kenyataan empat hari kemudian, apabila mengaku bahawa "perjumpaan pertama" tidak sempat diberitahu kepada Majlis Syura Ulama (laporan Malaysiakini).
Masalah pokoknya ialah kuasa!
Masalah kewibawaan ini tidak dipandang berat, sebaliknya dilontarkan pula konsep "Kepimpinan Ulamak" untuk dijadikan "tema" dalam pemilihan parti tahun ini. Persoalannya, bagaimana "Kepimpinan Ulamak" ini cukup untuk menyakinkan ahli parti, malah rakyat jelata apabila pemimpin tidak serius dan ikhlas ketika mengeluarkan hujah, sehingga terhakis kewibawaan sendiri?
AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad pada ketika itu meluahkan keresahan dirinya, bahawa PAS menghadapi masalah untuk menguruskan kemenangan. Merujuk kepada kemenangan besar PAS dalam PRU ke-10, yang berakhir dengan kekalahan teruk dalam PRU ke-11, beliau khuatir bahawa sejarah bakal berulang seandainya PAS gagal mengendalikan kemenangan mereka dalam PRU ke-12.
Namun, sekiranya didalami tulisan yang berjudul Benarkah Umno Takut Kalah, PAS Takut Menang? ini, persoalan pokok di sebalik "menang dan kalah" itu ialah "sumber dan kuasa".
UMNO takut kalah, kerana kekalahan menyebabkan kehilangan sumber. Maka parti yang hanya utuh atas kekayaan sumber ini, akan saling bertelagah ketika kekurangan sumber. PAS pula takut menang, kerana kemenangan diiringi kuasa. Apabila kuasa itu tidak dikendalikan sebaik-baiknya, maka malapetaka akan menyusul seterusnya.
Usaha mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa PAS yang kini berada pada kemuncak kegemilangannya dalam sejarah, terjerumus pula ke dalam kemelut yang seharusnya tidak wujud?
Keadaan bertambah jelas jikalau dirujuk kepada Nasharuddin Mat Isa. Pemimpin lapisan muda ini dinobatkan sebagai orang nombor dua, selepas kekalahan PAS dalam PRU ke-11. Dalam dunia wacana masyarakat berbahasa Cina, ada yang melihat keputusan pemilihan ini menggambarkan muhasabah dalam PAS, berikutan kehilangan sokongan bukan Melayu.
Tidak dinafikan, Ustaz ini pernah cuba untuk mendampingi masyarakat bukan Melayu dan bukan-muslim, dengan pendekatan, imej yang lebih sederhana dan terbuka, berbanding dengan ketuanya, Hadi Awang.
Pada hakikatnya, usaha ini memperlihatkan kejayaan, apabila pemimpin PAS seperti Hatta Ramli, Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad, Mohamad Sabu bersama Nasharuddin, berjaya menukar persepsi masyarakat Cina terhadap PAS. Mereka lebih ditonjolkan sebagai pejuang hak asasi yang prihatin kepada masalah rakyat, apabila turun ke jalan raya untuk memprotes kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya.
Namun, mengapa pula Nasharuddin mengubah pendiriannya, apabila dipetik berkata "Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati Umno?", pada 13 Ogos 2008 (laporan Malaysiakini)?
Apa yang menarik, Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seketika dahulu ditampilkan dengan imej yang konservatif, berpandangan kolot kononnya, kini lebih disanjungi dalam masyarakat Cina. Perubahan ini boleh dirasai, apabila kehadiran beliau di ceramah atau jamuan disambut dengan tepukan gemuruh, oleh hadirin yang berdiri memberi penghormatan.
Apakah mereka tidak menyedari bahawa sesetengah pandangan tokoh ini mungkin berbeza dengan masyarakat bukan Melayu? Tidak, mereka sedar akan perbezaan itu, tetapi ketegasan pendirian Nik Aziz dalam politik mengatasi segala-galanya, yang memenangi sokongan dan sanjungan bukan Melayu.
Pengagihan kuasa
Berbalik kepada soalan, mengapakah dikatakan mustahil Seminar Politik ini menyelesaikan kemelut PAS? Kerana masalah yang wujud adalah pengagihan kuasa. Tsunami politik 8 Mac 2008 walaupun melambung PAS ke puncaknya, tetapi tidak memberi makna kepada pucuk pimpinan tertinggi, jika dihitung dari segi kuasa.
Presiden dan Timbalannya kekal sebagai ahli parlimen biasa, berbanding Presiden PKR (Wan Azizah Ismail ketika itu) sebagai Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Dengan kata lain, jikalau pelan Anwar untuk mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada 16 September berjaya, Anwar (bersumpah sebagai Ketua Pembangkang selepas PRK Permatang Pauh) adalah PM. Lim Guan Eng, sama ada pelan itu berjaya atau tidak, sekurang-kurangnya telah menguasai sumber di Pulau Pinang.
Namun, apakah sumber dan kuasa yang ada pada gandingan Hadi-Nasharuddin? Nik Aziz menguasai Kelantan seperti biasa, malah Nizar Jamaluddin muncul sebagai bintang politik yang terserlah tanpa diduga, mungkin lebih dikenali masyarakat secara umumnya, berbanding Nasharuddin.
Oleh itu, tidak hairan jikalau rundingan berlaku antara UMNO-PAS melibatkan pemimpin ini. Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, ditawarkan sebagai Menteri Besar, jika tidak memilih untuk menjadi Exco dalam kerajaan PR. Justeru itu, apakah ia tidak cukup jelas apabila pemimpin-pemimpin inilah yang sentiasa membangkitkan isu "Kerajaan Perpaduan", kemudian ditangguhkan apabila dibadai ombak bantahan?
Jadi, masalah yang paling genting adalah penstrukturan semula kuasa, dan kata putus pimpinan tertinggi PAS, untuk memilih antara PR dan UMNO. Tiada gunanya seseorang pemimpin mengulangi pendiriannya untuk bersama PR, di samping idea "kerajaan perpaduan" turut diulangi dengan bilangan yang sama.
Persoalannya, bagaimana mewujudkan struktur/sistem kuasa yang baru dalam parti, untuk check and balance kesemua pemimpin, termasuk Nik Aziz agar tindakan susulan diambil terhadap pemimpin yang mengulangi kenyataan yang tidak selari dengan halatuju parti, dan menggunakan saluran luar parti untuk mencetuskan pertikaian. Kesemua pemimpin perlu komited terhadap persetujuan yang dicapai, dan bertolak dari titik baru ini.
Akhir kata, PAS sebenarnya bukan dihantui idea "Kerajaan Perpaduan", tetapi bayang diri sesetengah pemimpin yang terjelma di dinding sebelah ketika berjalan di atas pagar.
Original Post : http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10425
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-