.

Monday 9 November 2009

Pas akan terus bersama Pakatan - Hadi | Nizar News

KUALA LUMPUR - Pas akan terus bersama-sama dalam parti pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Pas untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki.

Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan memainkan peranan lebih aktif bagi memperkukuhkan penyertaannya dalam gabungan parti berkenaan.

:“Dalam membicarakan hubungan Pas dengan parti dalam pakatan ini, ingin saya tegaskan sekian kalinya, bahawa kita akan terus bersama dalam Pakatan: untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki.

:“Kita akan memainkan peranan yang lebih aktif, sebagaimana yang telah sama-sama kita bahaskan dalam dua muktamar Pas lalu,” katanya dalam ucaptama pada seminar politik Pas yang bertujuan memperkasakan parti itu di markas parti itu di Taman Melewar di sini, semalam.

Turut hadir Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), dua hari lalu.

Bagaimanapun, beliau yang kelihatan lemah meninggalkan seminar sebaik ucaptama Presiden berakhir.

Abdul Hadi berkata, hubungan yang dibina bersama parti-parti dalam pakatan adalah bertitik tolak daripada asas persamaan untuk memerangi ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang berlaku di negara ini.

“Semua ini berlaku tanpa kita mengorbankan dasar dan matlamat Pas yang sama-sama kita pegang iaitu Pas bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah organisasi siasah, dakwah dan tarbiah,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, kerjasama politik itu berjaya 'merombak kesombongan' yang wujud dalam Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan parti itu sehingga kini terus berdepan dengan keretakan.

Abdul Hadi berkata, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, Pas perlu membina dan memperkukuhkan lagi kekuatannya di kalangan pengundi Islam dan pada masa yang sama, mampu meraih undi golongan bukan Islam sebanyak mungkin.

“Inilah realiti politik dalam negara bermasyarakat majmuk, dan inilah juga pendekatan politik Islam dengan syarat memelihara batas-batas muhallaf siasi (kerjasama politik) yang diizinkan oleh akidah, syariah dan akhlak dengan menjaga sempadan yang memelihara walak (setia) kepada perjuangan Islam,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, Pas perlu mengamalkan keterbukaan dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak bagi membawa penyertaan yang memberi kemenangan kepada Islam, mengikut konsep dakwah dan siasah syariah. _Sinar Harian


***BANYAK HUTANG ??? ... SILA KLIK, TQ... ****



.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist