.

Monday 9 November 2009

[MESTI BACA] ANEKA WARNA MALAYSIAKU | Nizar News

Oleh : Drs Harun Jaafar

Setelah PAS berjaya menguraikan kekusutan yang ditimbulkan oleh sebahagian pucuk pimpinannya, pelbagai isu lain melatari negara yang belum pulih daripada kemerosotan ekonomi ini. Hari ini DAP mengeluarkan cadangan supaya Ling Liong Sik turut disiasat berhubung skandal PKFZ bukan sahaja Chan Kong Choy dan O. C. Phang. Skandal ini menjadi lebih menarik untuk diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia berhubung salah guna kuasa dan hentaman rasuah para pemimpin BN. Ketelusan dalam penyiasatan itu akan membuka mata rakyat tentang betapa tidak bertanggungjawabnya urus tadbir negara ini oleh BN.

Selain itu, Anwar telah mengeluarkan kata dua kepada ahli dan pemimpin PKR supaya meninggalkan parti itu sekiranya tidak akur kepada asas perjuangannya. Kata dua ini dikeluarkan setelah empat orang ADUN PKR bertukar rupa menjadi katak, iaitu dua di Perak, satu di Kedah, dan satu di Selangor. Kemunculan katak-katak ini telah diberi sambutan permaidani merah oleh UMNO/BN. Maka tidaklah salah jika kita menggelarkan UMNO/BN sebagai tong sampah yang sentiasa bersedia menerima insan politik yang tiada kualiti, tiada kredibiliti, dan tiada integriti. Itulah imej sebenar UMNO/BN yang dapat ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia pada masa ini.

Peristiwa ketiga ialah kesediaan Dr. Asri untuk terjun ke dunia politik sekiranya terus dihalang menyampaikan ceramah untuk berdakwah. Barangkali Dr. Asri mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan. Kelambatan itu telah mendatangkan mudarat kepada dirinya. Usahlah dibiarkan kemudaratan itu menjadi stres yang sukar diurus. Pentas politik sememangnya tersedia untuk sesiapa sahaja mengutarakan pendapat asalkan tidak menyalahi undang-undang negara. Tak payahlah teragak-agak. _Tinta mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist