.

Monday 9 November 2009

Bai’ah Dan Kesetiaan Kepada Perjuangan! - MSO | Nizar News

Oleh : Mohd Sayuti Omar


MEDIA harus perdana milik parti Umno Malaysia berjaya membawa satu lagi isu untuk memburukkan Pas. Kali ini isu ba’iah. Apa itu ba’iah...? Ba’iah janji yang bertaklik... atau janji yang bersandarkan kepada sesuatu risiko. Dalam konteks bai’ah dikatakan dilakukan Pas seperti mana didedahkan media massa, ialah ikrar ataupun persumpahan bahawa hubungan suami isteri akan terputus (cerai talak tiga) (aduhai....) sekiranya si suami (Pas) meninggalkan parti (Pas).

Nampaknya isu ini sudah mula menjadi sebutan dan perhatian, para agamawan yang jauh dri birai dan pengertian politik juga sudah mula jadi gatal bibir hendak bercakap.
Manakala Pas sendiri nampak ‘bergeliut’ untuk menjawabnya. Ada rasa malu pada Pas! Secara umum Pas menafikan bahawa parti itu ada mengamalkan bai’ah yang anih ini. Manakala ada individu tertentu mengakui berbuat demikian. Pengakuan jujur yang tidak bertempat inilah dijadikan bukti oleh media berkenaan.

Dari segi politik dan strategi, sekali lagi pendedahan ini menggambarkan ketidak bijaksanaan pemimpin Pas. Mereka tidak berhati-hati dan menjadi lurus bendul sehingga mudah dieksploitasikan musuh.

Inilah apa yang saya maksukan kerahsiaan dalam parti sudah tidak ada lagi. Hal-hal yang sulit, bersifat abstrek, menjolok pemikiran ini seharusnya tidak diangkat ke tengah khalayak. Malang lagi ada yang merasa megah dengan acara bai’ah ini. Jawaban Ketua Muslimat Pas, Noridah Mohd Salleh dan naib ketuanya, Mumtaz Mat Nawi tidak bijak dan langsung menggambarkan mengenai kelemahan wanita sebagai pemimpin. Jadi tidak hairanlah kalau ‘penyakit’ latah ini banyak menimpa kaum wanita dari lelaki.

Dalam ‘geliut’ untuk menafikan mengenai bai’ah ini ada pula pemimpin Pas mengakui dan bangga disebabkan bai’ah itulah menyebabkan tiada wakil rakyat Pas yang keluar parti. (Bagaimana pun ada orang yang bertanding menggunakan lambang Pas meninggalkan Pas,) mungkin semasa lafaz bai’ah itu beliau tidak menyebut seperti mana calon-calon lain menyebutnya.

Persoalan di sini apakah bai’ah itu salah? Merendahkan kaum hawa dan menjadi isteri sebagai alat seperti mana digambar oleh pejuang feminis ala Barat? Dan benarkah juga wakil rakyat Pas tidak meninggalkan parti kerana bai’ah itu?

Kepada saya kalau bai’ah itu alat untuk memagar (protector) wakil rakyat dari meninggalkan parti tidak salah. Menjadi hak Pas mencari apa juga ikhtiar untuk menjamin ahlinya. Dan kalau ia ternyata utuh tidak salah, malahan itulah kebijaksanaan Pas. Adalah baik kalau parti lain juga berbuat demikian demi menjaga kemaslahatan parti?

Mungkin kerana tidak ada bai’ah, bertalik tiga, menyebabkan beberapa wakil rakyat PKR telah meninggalkan parti berkenaan. Pun dalam pada itu boleh dipertikaikan apakah bai’ah itu perlu? Kalau Pas tidak terpaksa menggunakan bai’ah untuk menjaga kekuatan parti ini bermakna Pas tidak yakin kepada kejujuran, kesetiaan dan ketulusan ahlinya. Ini juga boleh disimpulkan pemimpin itu tidak seluruh jiwa raganya bersama Pas kerana mereka ada kemungkinan akan bertindak keluar jika keadaan memerlukan.

Kalau ini berlaku, bermakna ia bukan satu kaedah yang tepat. Kerana wakil rakyat boleh melakukan ribaun tindakan yang jauh lebih buruk daripada itu. Kerana itu kalau konsep bai’ah ini hendak digunapakai biarlah secara menyeluruh. Misalnya, akan terjatuh talak kalau wakil rakyat berzina, rasuah, menipu rakyat dan menyalahgunakan kuasa.

Tetapi bila Pas gunakan untuk mengukuhkan parti maka jelas ia bukan satu tindakan yang syumul dan mutlak. Bai’ah itu hanya untuk menjaga kuasa politik saja yang sifatnya masih kebendaan. Lantaran itu bagi saya, bai’ah itu tidak perlu kalau tujuannya setakat terbatas untuk mengekalkan kuasa politik.

Pas bukan wadah perjuangan hakikit! Ia adalah parti politik, wadah memperjuangkan Islam dan bukan sebuah ad-den. Lainlah kalau perjuangan Pas mencakupi dunia dan akhirat yang kemas dan mantap persis agama, mungkin ba’iah itu dibolehkan. Tetapi kalau Pas sebagai parti politik hanya berprinsip Islam tetapi amalan, budaya, cara hidupnya masih jauh dari Islam, tidak wajar kalau bai’ah itu digunakan untuk menggugurkan hubungan lelaki wanita sebagai suami isteri kerana ianya meninggalkan parti – organisasi.

Saya terdengar ada pemimpin mengatakan akan menyaisat kes bai’ah ini. Nampak semacam Pas hendak menafikan mengenai perkara ini. Apakah penafian ini kerana acara itu salah atau malu atas perbuatannya kerana diejek Umno? Wajar bai’ah dikaji akan kesan serta ketetapannya. Kalau acara itu bertepatan, kenapa ia harus dimalui? Teruskan saja. Sebaliknya kalau ia salah wajar ia ditiadakan.

Acara bai’ah diambil dari semangat dan roh berbai’ah dengan Rasulullah. Mereka yang baru bersama Rasulullah akan berbai'ah untuk bersama Rasulullah memperjuangkan Islam. Mereka diambil bai’ah kerana asalnya mereka diragui atau menentang Rasulullah. Tetapi dalam acara ini tidak pernah terjumpa dan terbaca oleh saya, bai’ah dengan Rasulullah ini ada cagaran-cagaran atau risiko-risiko seperti apa yang dikatakan itu.

Namun saya yakin atas kesempurna Rasulullah yang maksum dan keluhuran (haq) perjuangannya kalau lelaki berpaling meninggalkan baginda maka bermakna dia meninggalkan Islam. Ketika ini tepatlah kalau talak digugurkan ke atas isterinya yang setia dan solehah dan taat kepada Islam kerana di pelanggar bai’ah itu sudah kafir atau kufur. Tetapi soalnya apakah kesucian Pas sudah sampai ke tahap agama, dan mewajarkan hukum bai’ah seperti itu digunapakai?

Ten.. tentenggggg... masih terawan-awan!
Cuma saya percaya acara bai’ah ini dilakukan hanya sebahagian sahaja kepada mereka yang baru menyertai Pas. Saya tidak fikir Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang, Harun Taib, Muhamamd Iraq, Hassan Jasin, Hassan Shukeri, Haron Din atau arwah Mohd Fadzil Noor turut sama melapazkan bai’ah seperti mana difahami umum dan didedahkan oleh akhabar arus perdana itu.


Sekali lagi teng .. tentengggg... kalau mereka itu tidak berbuat demikian apakah logiknya calon-calon Pas yang lain. Mohon penjelasan! [d.kota kl. 11:30 am 09/11/09]

Sumber : http://msomelayu.blogspot.com/2009/11/menghurai-persoalan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist