.

Monday 23 November 2009

KREDIBILITI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT | Nizar News

Ketika media pengampu UMNO sibuk dengan berita karut Husam hendak letak jawatan, kajian bersama Royal Islamic Strategic Studies Center yang berpangkalan di Amman, Jordan dan Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding telah meletakkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) sebagai individu Islam ke-42 paling berpengaruh di dunia.

Pengiktirafan ini dengan sendirinya memadam semua bentuk kecaman, perlekehan, dan tuduhan yang bukan-bukan oleh para pemimpin UMNO terhadap TGNA. Kini ternyata bahawa kesemua perbuatan negatif yang dihamburkan kepada TGNA tidak benar dan berunsur hasad dengki semata-matanya.

Dengan demikian, Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin yang cemerlang kredibilitinya. Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana memperoleh pemimpin seumpama ini. Oleh sebab itu, Zaid Ibrahim tidak salah ketika menamakan TGNA sebagai Ketua Pakatan Rakyat. Tambah Zaid lagi Ketua Pakatan Rakyat dan jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, tidak semestinya terdiri daripada individu yang sama.

Perkembangan terbaru ini meletakkan Pakatan Rakyat dalam kedudukan yang amat selesa. Bersesuaian dengan keadaan itu, Pakatan Rakyat perlu segera ditubuhkan sebagai sebuah gabungan politik yang sah di sisi undang-undang. Selesaikan semua permasalahan yang berbangkit dengan semangat permuafakatan demi memperjuangkan keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

PAS for All dan Islam Menjamin Perubahan perlu diperkasakan kerana Islam merentasi semua batasan yang ada di muka bumi. Islam menjamin kesejahteraan terhadap semua manusia tidak kira mereka Muslim atau Non-Muslim. Islam menentang kezaliman dan assabiah. Hak untuk semua insan di bumi Allah ini hanya mampu dipertahankan seandainya manusia berpegang pada al-Qur'an dan Hadith. _ Tinta Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist