Oleh :Drs Harun Jaafar
Laporan Ketua Audit Negara tidak mungkin berbohong. Apabila wujud kepincangan yang berulang-ulang dari tahun ke tahun, tandanya kerajaan tidak mengambil berat hal itu. Sebabnya ialah kerajaan sendiri mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, kronisme, dan nepotisme. Itulah konsep "Kepimpinan Melalui Teladan" yang diguna pakai oleh kerajaan BN pimpinan Dr. Mahathir sejak dahulu lagi.
Akibatnya wang rakyat dihabiskan untuk mengisi tembolok mereka yang ada ruang untuk melakukannya. Rakyat biasa di kampung-kampung yang tidak mengerti apa-apa hidup melarat tetapi terus menyokong UMNO/BN. Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari jalan untuk menyedarkan pengundi-pengundi luar bandar tentang semua kecurangan yang dilakukan oleh pegawai kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan, dan pihak kerajaan sendiri. Bayangkanlah kepunuhan wang rakyat di tangan ketiga-tiga entiti itu yang berlaku setiap tahun.
Rakyat perlu mengetahui bahawa ada pihak yang membeli sebuah komputer riba yang sudah ketinggalan zaman dengan harga RM42,320.00. Rakyat perlu mengetahui bahawa ada pihak yang membayar RM300.00 hanya untuk 1 liter petrol. Rakyat perlu mengetahui bahawa satu kerusi pejabat dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit. Rakyat perlu mengetahui bahawa harga pasaran 1 thumbdrive 1GB hanya RM90.00 tetapi ada pejabat kerajaan membelinya dengan harga RM480.00. Patutlah sesetengah pegawai kerajaan mampu hidup mewah. Ahli-ahli politik UMNO/BN lagilah melampau-lampau mewahnya.
Tentunya lebih memeranjatkan apabila RM418,145.00 bantuan kebajikan dikeluarkan kepada 184 orang tetapi tidak didokumenkan atau mungkin tidak wujud. Alangkah anehnya bila didapati 26 orang daripadanya telah meninggal dunia. Laporan tahun 2006 menunjukkan bahawa ramai yang telah "mati" turut menerima bantuan kebajikan!!!
Bukti-bukti yang disebutkan itu hanyalah sebahagian daripada contoh untuk renungan semua rakyat Malaysia. Hakikatnya ialah kerajaan yang korup akan melahirkan jabatan kerajaan dan pegawai kerajaan yang korup. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila tiada tindakan diambil secara bersungguh-sungguh terhadap laporan audit negara itu. Rakyat tidak tahu bentuk tindakan yang diambil terhadap ketirisan dan penyelewengan yang didedahkan tahun demi tahun. Seolah-olahnya tiada siapa yang mempedulikan Laporan Ketua Audit Negara itu. Jika demikian keadaannya, lebih baik ditiadakan sahaja Jabatan Audit Negara!!!
Namun demikian, ada perkara yang menggembirakan rakyat dalam Laporan Ketua Audit Negara itu. Pujian yang diberikan membuktikan PR mampu memerintah. Kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, dan Selangor mampu mengurus tadbir semua negeri yang mereka perintah dengan baik. Situasi memberangsangkan ini menolak tohmahan UMNO/BN tentang ketidakmampuan PR, sebaliknya UMNO/BN yang gagal mengurus tadbir semua negeri yang mereka perintah.
Sudah sampailah masanya rakyat memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada PR. Pengundi-pengundi Malaysia perlu menolak UMNO/BN kerana mereka parti samseng. Lihatlah apa yang berlaku di persidangan DUN Perak pada 28 Oktober 2009 yang lalu. Speaker haram dikerumuni lingkaran pengawal. Polis pun sudah jadi kaki pukul dan peragut. Cukuplah sudah dengan peluang yang diberikan selama lebih daripada 50 tahun itu kepada mereka.
Semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama perlu bersatu demi menghentikan perampokan harta rakyat yang dilakukan oleh bukan sahaja kerajaan UMNO/BN malahan juga pegawai dan jabatan kerajaan. Rakyat perlu menerima hakikat bahawa defisit meningkat akibat salah urus dan pembaziran!!! _Pena Mutiara
Thursday, 29 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
AKUM SALAM SUBUH UNTUK SEMUA PADA HARI INI KITA SEPATUTNYA BERSYUKUR DENGAN KEMENANGAN PAS PKR SERTA DAP MAKA BEBERAPA PENYELEWENGAN DAPAT DIBONGKAR ITULAH NAMANYA KURNIAAN ALLAH KEPADA KITA SEMUA. NAMUN ADA SEGELINTIR PEMIMPIN ITU SENDIRI TIDAK SEDAR DIRI LALU MENJADI ANAI2 YANG AKAN MEMUSNAHKAN RUMAH2 YANG DIBENA ATAS KESEDARAN PERJUANGAN NAMUN YAKINLAH MEREKA YANG MENJADI ANAI2 NIN AKAN MATI JUGA. SALAM KASIH SALAM PERJUANGAN UNTUK KEADILAN SEJAGAT.WSLM
ReplyDelete