Monday, 12 October 2009

Undi Pos gagal yakinkan rakyat | Nizar news

Oleh :S. Wahab

Walaupun Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof mendakwa undi pos berjalan dalam keadaan yang amat telus, ianya tetap tidak diyakini oleh rakyat.

Pilihan raya kecil Bagan Pinang benar-benar menyerlahkan lagi ketidaktelusan undi pos apabila ianya tidak dapat membuktikan proses pengundian berjalan dalam suasana yang telus, adil dan meyakinkan.

Antara perkara yang masih diragui dan sememang wajib diragui ialah :-

1) Walaupun Polling Agent parti dibenarkan masuk memerhatikan proses pengundian di kem, namun Polling Agent tersebut tidak akan dapat memastikan apakah pengundi yang datang benar-benar pengundi tulen kerana mereka tidak dibenarkan menyemak dan meneliti kad tentera dan identitit pengundi terbabit.

Lebih malang lagi nama anggota tentera itu juga tidak dipanggil sebagaimana yang diamalkan pada proses pengundian biasa. Sesiapa sahaja boleh masuk mewakili pengundin pos semasa pengundian di kem kerana polling agent tidak kenal pengundi terbabit dan mereka tidak dibenarkan menyemak kesahihan bahawa pengundi yang datang adalah pengundi sebenar.

2) Kertas undi yang dihantar kepada pengundi pos di serata tempat tidak dapat dipastikan samada ianya dipangkah oleh pengundi sebenar atau dipangkah oleh orang lain. Ini kerana parti-parti politik sendiri tidak mengetahui ke mana ianya dihantar, bila dan di mana ia dipangkah.

Sebagai contoh di Bagan Pinang lebih dari 2,000 undi dihantar kepada tentera yang berada di merata tempat termasuk di Mindef dan lain-lain. Dari statistik yang diterima dari Polling Agent, banyak karung pos menyaksikan PAS tidak memperolehi sebarang undi bermakna BN mendapat 100 % undi.

3) Undi-undi yang dihantar ke serata tempat itu terdedah kepada manipulasi dan kerja jahat pihak tertentu kerana tidak ada siapa dari parti-parti yang bertanding dapat memantau dan melihat proses pengundian, penghantaran dan penyimpanan.

Oleh itu selagi undi pos ini tidak dihapuskan maka selagi itulah proses pilihan raya di Malaysia akan menimbulkan keraguan dan ketelusannya dipertikaikan. _ HarakahDaily

1 comment:

  1. Rakyat yang mana tak puas hati? Saya pun rakyat juga. Dan saya puas hati.
    PAS hanya akan puas hati kalau hanya dibenarkan Puak PAS sahaja yang mengundi.
    Kononnya demokrasi, tapi pandangan orang lain tak boleh terima.
    Cari salah orang sahaja. Salah sendiri tak boleh ditegur.
    Demorasi kah itu?
    Paling teruknya, ISLAM kah itu?

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)