.

Thursday 29 October 2009

Terkini : Ulasan MSO - Mesyuarat Khas PAS | Nizar News

Oleh : Mohd Sayuti Omar

Seminar Ganti EGM

[kemaskini] Jam: 1:15 am Mesyuarat khas Pas baru saja selesai kira-kira 15 minit tadi. Permintaan agar diadakan EGM seperti mana dicadangkan Nik Aziz tidak menjadi isu utama dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 4 jam setengah itu. Sebaliknya apa yang menjadi tumpuan dan dianggap panas ialah kepada Dr Hasan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.

Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Hasan bersama ahli jawatankuasanya.

Dalam pada itu mesyuarat itu juga bersetuju agar Pas mengadakan Seminar Politik. Tujuan seminar ini ialah untuk mendidik ahli Pas dan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama pemimpin. Seminar itu dijangka akan diadakan pada 7 Disember depan sebagai ganti EGM.

Prof Abdul Aziz Bari dicadangkan dipanggil untuk memberi pandangannya dalam seminar berkenaan. Selain itu isu Unity Goverment juga telah dimuktamadkan di mana selepas ini tidak ada timbulkan oleh sesiapa lagi. (Ulasan selanjutnya akan menyusul esok, InsyaAllah)

Nik Aziz Tinggalkan Pejabat Pas Lebih Awal

SEHINGGA kini mesyuarat khas Pas di ibu pejabat agung Pas di Jalan Raja Laut masih belum selesai. Mesyuarat berkenaan dikatakan hangat dan panas. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi fokus dalam mesyuarat berkenaan telah meninggalkan pejabat berkenaan lebih awal kira-kira jam 10:20 minit tadi. Beliau dikatakan kepenatan kerana sebaik selesai sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan beliau bergegas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

Kepulangan awal beliau itu menyebabkan keadaan menjadi sedikit tanda tanya. Menurut laporan Hafiz Baqi, (Pengarang Berita Siasah), kira-kira jam 12:00 tengah malam tadi dua ahli jawatankuasa, Dr Lo'Lo' Ghazali dan Husam Musa kelihatan keluar dari bilik mesyuarat di tingkat empat.

Bagaimana pun Hafiz tifak dapat memastikan apakah mereka berdua keluar rihat untuk makan ataupun terus pulang.

Apakah mesyuarat berkenaan akan berterusan sampai ke pagi? Ataupun ia akan ditangguhkan tanpa ada apa-apa kenyataan akhbar malam ini? Sama-sama kita tunggu. [*** kl 1:05 am 29/10/09] _MSO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist