.

Thursday, 29 October 2009

PERSIDANGAN 2 DUN PERAK YANG MEMALUKAN.. | Nizar News

Oleh: Drs Harun Jaafar

Satu rekod yang amat memalukan negara berlaku pada tanggal 28 Oktober 2009. Rekod tersebut belum pernah berlaku di mana-mana penjuru dunia ini. Yang dimaksudkan adalah persidangan 2 DUN di Perak. Satu DUN bersidang di bawah pimpinan speaker haram yang dilantik oleh UMNO/BN/BEBAS. Satu DUN lagi bersidang di bawah pimpinan speaker halal yang dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Speaker ini telah ditarik bersama kerusinya dan dikurung bagi membolehkan speaker haram dilantik. UMNO/BN/BEBAS berkeras menghalalkan speaker haram itu sehingga mengupah pengawal bagi memastikan tiada siapa yang boleh mengambil alih tempatnya.

Taktik budak-budak ini pun tidak pernah berlaku di mana-mana bahagian dunia ini. Selain itu, polis ditugaskan supaya menggunakan kekerasan untuk merampas songkok dan jubah speaker yang dipakai oleh Sivakumar. Insiden ini sama seperti budak-budak bergurau di rumah tuk guru mengaji al-Quran. Nampaknya polis sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk kepentingan UMNO/BN/BEBAS di Perak.

Pembentangan Bajet Perak 2010 dilaksanakan tanpa kehadiran semua ADUN Pakatan Rakyat. Polis digunakan untuk melengah-lengahkan kemasukan ADUN Pakatan itu. Sekali lagi polis digunakan untuk kepentingan UMNO/BN/BEBAS di Perak. Selesai bentang terus rehat. Speaker haram kekal di kerusinya. Takut kena kebas. Macam manalah negeri nak maju kalau orang yang pegang kuasa macam budak kecik!!!

Masa itu baru semua ADUN Pakatan masuk. Mereka bersidang di bawah pimpinan speaker halal, membuat keputusan, tangguh persidangan, dan beredar.

UMNO/BN/BEBAS buat bacaan kedua bajet itu, lulus, dan tangguh persidangan tanpa sebarang perbahasan. Ini satu lagi rekod yang tak pernah dibuat oleh mana-mana dewan di dunia. Berbanggalah dengan kebodohan untuk diketawakan oleh dunia. Selepas itu, seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kita mendabik dada kononnya hebat sangat. Padahal kokok sahaja berderai-derai, ekor bergelumang taik!!! _Pena Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist