Oleh : Drs Harun Jaafar
Perlu diingat bahawa isu ini tidak ada kena-mengena dengan politik. Sehubungan itu, gagasan 1 Malaysia tidak boleh disekalikan dengan isu ini untuk membolehkan UMNO/BN mendapat political mileage. Menangguk di air keruh sememangnya sudah menjadi amalan utama dalam politik lama yang diamalkan oleh UMNO/BN. Sama sahaja dengan amalan ugutan terhadap wakil rakyat PR yang bermasalah dan tidak berkualiti, yakni kalau tak tinggalkan PR kami akan suruh SPRM siasat.
Pembentukan sekolah satu aliran telah dikemukakan oleh Prof. Emiretus Dr. Khoo Kay Kim lama dahulu, yakni sebelum gagasan 1 Malaysia yang cacamarba diketengahkan oleh Najib. Kini, gagasan itu sudah jadi rojak, sebutlah apa-apa sahaja, semuanya jadi 1 Malaysia. Jangan terperanjat, suatu hari nanti Kerajaan UMNO/BN akan menjadikan Tandas 1 Malaysia atau Perigi 1 Malaysia sebagai projek utama Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar!!!
Harus diingat bahawa pihak yang kuat menentang idea itu ialah MCA dan Persatuan Guru-guru Cina Malaysia. Pak Lah yang tidak bertaring ketika itu menikus kepada MCA dan persatuan tersebut. Idea sekolah satu aliran pun sirna begitu sahaja dan diganti dengan projek sekolah warisan yang entah apa-apa jadinya sekarang ini.
Perpaduan kaum di Malaysia sebenarnya bertaraf pemanis kata para pemimpin UMNO/BN. Menurut pendapat Prof. Dr. Teoh dari UKM, perpaduan kaum di negara tidak mendarah daging. Aspek itu sebenarnya terpapar secara longgar dalam bidang politik, yakni perkongsian kuasa. Kelonggaran itu dibuktikan dengan mainan isu perkauman oleh parti-parti perkauman dalam BN, terutamanya UMNO, MCA, dan MIC.
Perpaduan lebih menyerlah dalam PR. Sejak menguasai lima negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam PRU Ke-12 yang lalu, PR telah melampaui batas-batas perkauman ini dengan jayanya. PKR ialah parti pelbagai kaum yang tulen. DAP telah berjaya mengikis imej cauvinis Cinanya. PAS dengan slogan "PAS FOR ALL" dan "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN" telah berjaya membentuk Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kaum Cina dan India. Hal ini tidak mampu dilakukan oleh UMNO, MCA, dan MIC.
Ketika PR bertungkus-lumus mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia, UMNO/BN menggunakan isu perkauman untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada mereka. Kini, mereka mengaitkan sekolah satu aliran dengan gagasan 1 Malaysia. Sudah pastilah UMNO/BN menggunakan kesempatan ini untuk memadam imej buruk mereka selama ini.
Sambutan NGO, persatuan, dan rakyat terhadap isu itu sekarang ini amat positif. Namun demikian, sikap berdiam diri MCA dan Persatuan Guru-guru dan Pendidikan Cina Malaysia terhadapnya menimbulkan tanda tanya. Mungkin MCA yang berada dalam kancah krisis kepimpinan sekarang tidak mampu lagi bersuara dan menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini. Jika krisis kepimpinan mereka sendiri hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin UMNO, apa sudah jadi dengan MCA? Apabila MCA tidak bersuara, persatuan yang dahulunya amat lantang bersuara pun menjadi bisu.
Kita lupakanlah hal itu. Harapan majoriti rakyat Malaysia pada masa ini adalah untuk melihat sekolah satu aliran menjadi kenyataan. Rakyat Malaysia perlu bersatu bukan atas dasar politik, tetapi atas dasar kemanusiaan sejagat. Kita perlu ingat bahawa perpaduan atas kepentingan politik ada udang di sebalik batu, tiada keikhlasan, dan tidak kekal lama. Tiada kawan atau lawan yang kekal dalam politik!!!
Apa-apa hal pun yang berlaku, mahu atau tidak, seluruh rakyat Malaysia wajar bersatu untuk membangunkan negara ini. Mereka perlu menghayati jati diri suku bangsa terlebih dahulu sebelum disepadukan dengan jati diri Malaysia. Dengan cara itu, akan terbentuklah bangsa Malaysia yang progresif dan inovatif. Mereka akan menentang ketidakadilan. Mereka akan menentang kekejaman. Mereka akan berputih tulang mempertahankan negara. Mereka akan bangun secara serentak dengan beraninya menghapuskan rasuah, kronisme, dan nepotisme. _Tinta Mutiara
*** JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN ..... SILA KLIK ***
.
Bapa didakwa lilit leher, lambung anak ke katil
3 hours ago
Asssalamualaikum saudara, saudara terpilih untuk menjadi salah seorang pemegang jawatan pentin dalam blog saya kerana menyedari keadaan ISU KAUM Negara kita. Ini kerana kita hidup didalam masyarakat majmuk terdapat golongan yang MERBAHAYA dan PENIPU BESAR yang LICIK.
ReplyDeleteUntuk itu berikanlah cadangan atau pembaikian terhadap apa saja yang patut kita sama-sama lakukan yang terbaik. Untuk perbincagan sila nyatakan cara yang mudah dan terbaik. InsyaAllah.