.

Friday 23 October 2009

PRK PARLIMEN BATU... : NOBISHA | Nizar News

Mahkamah jatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kerana mengigit telinga seorang anggota polis. Sekiranya hukuman ini dikekalkan, beliau akan gugur sebagai Ahli Parlimen Batu. Andainya itu berlaku, ertinya kita akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil; secara purata, satu pilihanraya kecil setiap bulan diadakan sejak PRU12 lalu.

Ada kerusi Parlimen dan DUN yang kosong kerana wakil rakyat meninggal dunia (Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Manek Urai dan Batang Air); ada yang dikosongkan oleh wakil rakyat bermasalah (Bukit Selambau dan Penanti) dan ada juga yang tukar suka sama suka (Permatang Pauh). Begitulah demokrasinya kita!

Skor setakat ini ialah 1-0. PAS berjaya merebut satu kerusi Barisan Nasional di Kuala Terengganu. Selain itu, status quo -- PAS, PKR dan Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi yang mereka menangi dalam pilihanraya umum lalu.

Hari ini ada orang yang kecut perut apabila terdapat wakil rakyat masuk hospital. Semalam, seorang ADUN di Negeri Sembilan menafikan beliau akan mengosongkan kerusi tersebut atas alasan kesihatan, manakala seorang lagi Ahli Parlimen di negeri itu dikatakan juga berada di hospital di sebuah negara jiran. Tidak lama dulu tersebar sms mengenai seorang ADUN di Kelantan yang dikatakan telah meninggal dunia sedangkan dia terlantar di hospital.

Ada orang kata, kita terlalu banyak pilihanraya kecil. Bagi saya, biarkanlah. Saya cuba melihat manfaatnya. Dengan ada banyak pilihanraya, rakyat dapat belajar mengenai parti politik dan orang politik. Sama seperti silap mata. Pertama kali, orang akan terpegun apabila melihat arnab keluar dari topi. Bagaimanapun, apabila rakyat melihat bagaimanakah arnab itu dikeluarkan berkali-kali, maka ia bukan lagi "silap mata".

Apabila banyak pilihanraya, rakyat akan dapat membaca helah orang politik -- fikiran, percakapan dan tindakan mereka. Rakyat sekarang sudah faham mengenai strategi politik dan boleh berbicara dengan fasih mengenainya di kedai-kedai kopi. Mereka juga tahu apakah tektik dan pemasaran sosial berasaskan pasaran (market-oriented social marketing). Rakyat juga tahu siapakah gentleman dan siapakah "sore loser!"

Ah, itulah literasi politik! _BICARA NOBISHA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist