.

Tuesday 13 October 2009

Maruah PAS Semakin Melonjak Tinggi | Nizar News

Oleh : BudakKG

PAS bertanding secara sihat dan mengikut lunas undang-undang. Bermula dengan pemilihan calon, cara berkempen, merayu undi, akhlak pimpinan dan penyokongnya, ternyata PAS menang berbanding dengan UMNO BN. Calonnya pengamal rasuah, berkempen menggunakan semua kemudahan dan jentera kerajaan, mengugut, memukul, menipu dan ada unsur-unsur rasuah semuanya digunakan oleh UMNO BN.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih 2,578 undi. Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan. Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah.

Penyokong PAS jangan kecewa dan putus asa, peluang untuk memenangi pilihanraya yang lain akan datang masih terbentang luas. Bagan Pinang bukan ukuran kekuatan BN dan kelemahan PAS. BN baru menang 2 kerusi berbanding dengan Pakatan Rakyat yang memenangi 7 kerusi dalam pilihanraya kecil._TKOdaily

1 comment:

  1. Salah satu sebab yang jadi fokus orang kampong Bagan Pinang tentang tak bertanggungjawabnya PAS terhadap ISLAM ialah

    MENGAPA TIDAK ADA ORANG PAS YANG MENYURUH ATAU MENASIHATKAN KEDI-KEDI PAS YANG MELEPAK DIPONDOK-PONDOK PAS SUPAYA SOLAT JEMAAH DIMASJID PADA JUMAAT LEPAS.

    Ini menjejaskan imej PAS sebagai pendokong agama.

    Jangan jauh2 just look at the basics.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist