Saturday, 10 October 2009

Isa Wajar Kalah !!! | Nizar News

Oleh; cyberboron

Isa Samad belum menang dan belum kalah. Saudara kembar Dr. Gan itu mungkin menang dan mungkin kalah. Tunggulah awal malam besok. Seluruh dunia akan tahu Isa Samad menang atau kalah.Tak banyak isu kalau Isa kalah. Zulkefly jadi wakil rakyat. BN terus mentadbir Negeri Sembilan. Mat Hassan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa.


PAS/PR berkenduri kesyukuran sampai musim cuti sekolah. Isa Samad uruskan bisnesnya bersama sanak saudara dan saudara kembarnya. Awal tahun depan semua orang tak ingat lagi tentang Bagan Pinang.

Kalau Isa Samad menang?

Kalau Isa menang, senario politik Negeri Sembilan akan meriah dengan percaturan-percaturan baru. Politik dalaman UMNO Negeri Sembilan akan meriah dengan congak dan pencak baru. Dr. Gan boleh bersiap-siap dengan seratus proposal projek baru. Wakil-wakil rakyat UMNO akan menghitung strategi baru untuk masa depan politik masing-masing. Pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian boleh menyusun langkah baru untuk mendapat tempat di peringkat perhubungan negeri dan kerajaan negeri. Macam-macam baru.

Isa Samad taklah sehebat mana. Kalau dia betul-betul hebat, sudah tentu dia dapat menyelamatkan diri daripada tindakan Lembaga Disiplin UMNO. Kerana tak cukup hebatlah dia tersingkir daripada kerusi top five UMNO dan terpaksa akur meninggalkan kabinet Malaysia dengan penuh aib.

Tetapi badi sial itu macam dah berakhir. Dalam keadaan terbuang sebagai sampah yang busuk itu dia dapat kembali ke pentas di saat yang sangat istimewa. Pemilihan calon bagi pilihanraya kecil bukannya perkara kecil. Tak kesah sangat kalau UMNO kurang teliti menetapkan calon bagi pilihanraya umum kerana semua orang di seluruh negara sibuk dengan kawasan masing-masing. Tak ada siapa yang nak ambil pusing sama ada sesuai atau tak sesuai calon di kawasan lain apatah lagi di negeri lain.

Bila Isa terpilih sebagai calon pilihanraya kecil Bagan Pinang maka ia adalah perkara besar. Ada sebab yang besar dan penting di sebalik keputusan itu. Tak mungkin Najib dan penasihat-penasihatnya memberi laluan kepada Isa kerana alasan-alasan kecil.

Hanya ada dua kebarangkalian sebab yang membawa kepada terpilihnya Isa. Pertama, kerana Najib amat memerlukan Isa untuk matlamat-matlamat bersaiz raksaksa di peringkat Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan. Kedua, kerana Najib terpaksa membuat keputusan itu disebabkan bahaya yang boleh menimpa dirinya (Najib) kalau Isa tidak dipilih. Dengan kata lain, Najib diugut dengan ugutan besar yang tak mampu dirunding lagi. Mungkin bukan Isa sendiri yang mengugut tetapi soal siapa yang mengugut itu tak penting. Pokoknya, Isa mesti dipilih sebagai calon. By hook or by crook.

Sama ada kerana matlamat Najib atau ugutan Isa, kemenangan mantan MB itu pasti akan diikuti dengan perkembangan-perkembangan yang memberikan kesan besar kepada politik UMNO Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan.

Isa Samad mengetuai UMNO dan Kerajaan Negeri Sembilan selama 22 tahun. Dia lebih mengenali asam garam dan sepak terajang politik dalaman UMNO Negeri Sembilan. Dia lebih kenal hati budi dan serakah pemimpin-pemimpin UMNO semua Bahagian di Negeri Sembilan. Isa umpama pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang politik jahat dan rasuah mazhab UMNO sedangkan Mat Hassan baru lulus Diploma.

Menasabahkah Isa Samad sekadar nak jadi ADUN Bagan Pinang dan berkhidmat untuk penduduk Teluk Kemang sahaja? Menasabahkah Isa boleh duduk dengan patuh dan taat sebagai seorang Exco dalam Kerajaan Negeri yang diketuai Mat Hassan? Logikkah taikun-taikun besar yang seangkatan dengan Dr. Gan akan melepaskan peluang yang telah terbuka sedikit pintunya? … dan peluang itu akan hanya confirmed jika Isa ada kuasa yang sama macam dulu.

Datuk I dan Datuk Y sedang menghitung minit-minit terakhir menjelang bermulanya operasi Projek Corus A yang akan bergerak pantas sebaik saja Isa Samad diisytiharkan menang pilihanraya kecil N31. Kalau menang.

Tak pasti siapa yang mahukan supaya projek itu mesti segera dan tidak bertangguh sama ada Isa sendiri atau Najib. Ia masih misteri. Yang tidak misteri lagi ialah Projek Corus A telah tersedia. Terperinci dan tiada belas kesihan. Step 1 hingga 6 telah pun terlaksana. Step 7 akan dilaksanakan seawal pagi 12 Oktober kalau Isa menang. Kalau menang. Ia akan meluncur laju sehingga step 24 sebagai garisan penamat. BB akan tersenyum puas.

Sempurnanya Projek Corus A termasuklah rancangan pembangunan hartanah berbillion RM yang akan melengkapkan mimpi saudara kembar Isa. Nilai akan mengilai nyaring.

Sedih juga kerana Mat Hassan tak tau apa-apa. Memanglah kebimbangan itu ada. Sedikit sebanyak rentak tari gerombolan Isa Samad dapat dikesan oleh panglima-panglima Mat Hassan. Pokok bergoyang. Tak kan lah tak ada angin. Tetapi Mat Hassan belum cukup pintar menjejak Projek Corus A. Mungkin terdengar namanya, namun isinya tak dapat dikesan.

Kalau nak tahu, tanyalah Datuk I dan Datuk Y. Tapi tanya saja tak cukup. Nilainya sangat besar. Kalau berbaloi maskahwinnya, mungkin Datuk-Datuk berdua boleh pertimbangkan. Kesian Mat Hassan.-cacamerbamakhlukpolitik.blogspot
Sumber ke 2 dari albanjari

Sumber : TKOdaily.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)