.

Wednesday, 28 October 2009

DUN PERAK : Terkini 12.49 pm : Semua ADUN di Wisma DAP Adakan Mesyuarat | Nizar News

Dipetik dari Blog CINA ISLAM

Semua Adun PR sudah berada di Wisma dan satu mesyuarat penting diadakan dengan dipengerusikan oleh YAB MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin.



Terkini 12.40 pm : Laungan bubar DUN iringi Adun PR keluar dewan.
Laungan bubar DUN berkumandang apabila Ds. Nizar dan semua Adun PR keluar dari pagar bangunan Dewan Negeri.



Terkini 12.36 pm : Kami sudah diluar pagar.
Semua Adun PR sudah berada diluar bangunan SUK dan menuju ke pejabat DAP berkenaan


Terkini 12.34 pm : Sidang tamat
Sidang sudah pun berakhir dan kami sudah berada di luar bangunan tapi masih dalam pagar dan kami berkumpul dihadapan bangunan DUN tidak berapa jauh dari pintu keluar.



Terkini 12.26 pm : Sidang media masih berlangsung
Dalam keadaan sidang haram yang dikendalikan oleh Speaker haram Ganesan, semua Adun PR masih berada dalam sidang media di dalam perpustakaan di aras yang sama.

Bila ada soalan yang ditanya oleh wartawan mengenai kami boikot sidang, dijawab perkara itu tidak berbangkit kerana sidang ditangguh oleh Speaker yang sah. Sidang yang berlangsung adalah sidang yang haram.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist