.

Wednesday, 28 October 2009

Awas !.. Bomoh Resdung Ragut DARA .. | Nizar News

Oleh :ummuabbas


Mahu Rawat Resdung, Dara Yang Hilang

Seorang ibu membawa anak gadisnya berjumpa bomoh resdung. Bomoh itu menggelarkan dirinya Bomoh Muda. Kedua beranak itu membayar lebih RM300 untuk membuat rawatan resdung. Bomoh itu segera menunaikan kewajipannya.Keesokan harinya, Bomoh Muda menelefon si gadis, “Saya akan buat rawatan susulan secara percuma tapi tolong duduk jauh sikit dari ibu.


Saya lihat ibu adik seorang yang lemah dan rawatan ini mungkin memberi kesan kepadanya”.


Gadis itu menurut nasihat bomoh. Dia menjauhkan diri dari ibunya.

Bomoh itu kemudian berkata,”Rawatan susulan ini harus dibuat di luar rumah saya. Rumah saya selalu sibuk dengan pengunjung, jadi agak sukar menumpukan perhatian pada rawatan. Kita jumpa di Kota Bharu”.

Gadis itu seperti dipukau mengiyakan sahaja kata-kata Bomoh Muda. Gadis itu lalu keluar bersama seorang sepupunya dan pergi ke sebuah hotel di tengah bandar Kota Bharu. Sepupunya meninggalkan gadis itu di situ untuk menyelesaikan urusannya.

Bomoh Muda itu datang dan meminta gadis itu ambil sebuah bilik di hotel tersebut. Gadis itu berkata, “Saya tiada duit untuk sewa hotel”.

Bomoh Muda lalu memberikan si gadis RM70 dan meminta gadis itu tunggu di bilik hotel. Kemudian dia keluar.

Gadis itu terus menurut arahan si bomoh. Dia menunggu di bilik. Bomoh Muda itu datang dan merogolnya. Semasa bomoh membuka pakaiannya, si gadis mengaku dia nampak apa yang dilakukan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya membiarkan sahaja bomoh itu merogolnya dua kali. Kali terakhir, si bomoh menyapu sejenis minyak hitam di bahagian kemaluannya. Belum sempat si bomoh meneruskan pekerjaannya, handphone berdering. Si bomoh lalu mengangkat handphone kemudian memberitahu akan keluar sekejap.

Selepas bomoh itu keluar, si gadis tiba-tiba tersedar apa sebenarnya yang sudah berlaku. Dia segera memakai pakaiannya dan keluar meninggalkan bilik itu.

Si gadis lalu mengadu kepada seorang kakaknya. Kakaknya segera pulang dari sebuah negeri yang agak jauh dan memberitahu perkara tersebut kepada ibu. Si ibu amat terperanjat dan mereka segera melaporkan kepada pihak polis.

Pihak polis membawa mangsa ke hospital yang mana doktor yang merawat mangsa adalah kawan saya.

Menurut doktor itu, ibu si gadis sangat menyesal dan merasa bertanggungjawab kerana membawa anak gadisnya berjumpa bomoh itu. Semasa mereka membuat laporan, kejadian baru berlaku kira-kira dua atau tiga hari. Ia kes baru dan wajah si gadis memang ketara kelihatan tertekan. Apatah lagi gadis itu merupakan gadis yang baik dan bertudung pula. Air muka dan keadaan mangsa rogol akan dijadikan bukti dalam prosedur kehakiman bahawa mangsa benar-benar dirogol, dan bukannya dilakukan secara sukarela.

Selepas diselidiki, rupa-rupanya Bomoh Muda memang tidak disukai oleh jiran dan orang kampung. Hanya orang luar yang tidak tahu sahaja yang berubat dengan bomoh tersebut. Pelanggannya datang dari pelbagai negeri. Paling menyedihkan, seorang isteri pernah dirogol oleh bomoh berkenaan namun mangsa tidak menghebohkan pada orang ramai lantaran malu.

Kawan saya menerima kes tersebut minggu lepas. Kemungkinan bomoh itu sudah ditangkap atau masih dalam siasatan polis. Justeru itu, saya tidak dapat mengiklankan siapakah bomoh tersebut. Jika dia sudah ditangkap, maka orang ramai tidak lagi terdedah kepada kejahatannya. Jika belum, saya tidak berhak menyiarkan namanya kerana ia perlu melalui prosedur penghakiman yang betul bagi membuktikan kesalahannya.

Kalau pelacur itu dibayar untuk mendapat habuan seks, kes di atas terjadi sebaliknya. Bomoh itu masih untung setelah ditolak RM70 untuk sewa hotel.

(Bolehlah berbangga di dunia ini dengan keuntungan tersebut. Tunggu apa yang ‘untung’ di akhirat kelak jika tidak bertaubat)

Kejadian bomoh yang mengambil kesempatan dari pesakit ini kerap juga disiarkan di media. Kes terbaru di atas adalah sebahagian dari kes jenayah dalam masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Bukan bomoh sahaja malah ada yang menyamar sebagai agamawan mengambil kesempatan dari kaum wanita yang jahil dan lemah.

Menurut pemerhatian saya, ada beberapa keadaan yang menyebabkan jenayah ini mudah dilakukan;

1. Jahil.

Wanita yang menjadi mangsa biasanya tidak tahu hak-hak mereka apabila berhubungan dengan lelaki ajnabi. Contoh: Jika lelaki meminta wanita ditinggalkan bersendirian dengan alasan melakukan rawatan dan sebagainya, maka tuntutan begitu wajib ditinggalkan. Ini kerana dalam apa jua keadaan, wanita ditegah bersendirian dengan lelaki ajnabi.

2. Terlalu percayakan bomoh/ orang asing yang tidak dikenali.

3. Menuruti kaedah pergaulan yang bertentangan syarak.

4. Tidak taat kepada wali.

5. Tidak menyelidik adakah bomoh/ lain-lain itu mengamalkan kaedah yang dibenarkan Islam atau tidak. Juga tidak menyelidik keperibadian bomoh tersebut adakah mereka boleh dipercayai atau tidak.


Tip mengelakkan kejadian ini menimpa kita ialah;

1. Rasulullah s.a.w sudah berpesan sejak lebih 1400 tahun dahulu,

Apabila seorang lelaki berkhalwat dengan seorang perempuan (menimbulkan fitnah) maka syaitan adalah yang ketiga.

Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad.



Berdasarkan hadis di atas, maka dilarang berdua-dua antara lelaki dan wanita tanpa ditemani mahram wanita tersebut dalam apa jua keadaan. Ini termasuk sesi kaunseling, rawatan antara doktor dan pesakit, dalam teksi dan lain-lain kecuali dalam keadaan darurah.

Contoh keadaan darurah ialah peristiwa Aisyah r.a yang dibawa pulang oleh sahabat Nabi s.a.w bernama Sofwan bin al-Mu’attal. Kemudian Abdullah bin Ubay yang terlihat mereka berdua melemparkan fitnah yang memburukkan Aisyah dan Sofwan.

Saya tidak mahu menumpukan kepada Peristiwa al-Ifk (fitnah) dalam kisah ini tetapi sekadar menunjukkan contoh darurah untuk berduaan antara lelaki dan wanita ajnabi yang dibenarkan. Dalam peristiwa tersebut, Sofwan berjalan kaki dan Aisyah menaiki kenderaan. Mereka tidak naik bersama-sama kenderaan tersebut sebagaimana yang banyak dilakukan oleh umat Islam hari ini. Perempuan membonceng lelaki di atas motosikal adalah perkara biasa meskipun ia satu dosa.

Jika pesanan ini dapat dijaga oleh semua kaum wanita, maka mereka akan selamat.

Oleh itu saya ingin tegaskan sekali lagi, jika terdapat permintaan agar ditinggalkan wanita bersendirian dengan lelaki ajnabi, hendaklah bangun dan tinggalkan sahaja bomoh tersebut. Ia jelas bertentangan dengan kaedah Islam dan niat bomoh tersebut harus diragui walau apa alasan yang diberikan. Tidak kiralah bomoh atau doktor , kaunselor, pensyarah, guru lelaki, ustaz dan lain-lain. Semua itu hanya tipu daya iblis untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah.

2. Jika mahu mengadakan sebarang rawatan, selidik dahulu adakah bomoh itu mengamalkan kaedah Islam atau tidak. Jika tidak, maka hendaklah mengelak diri dari berjumpa bomoh tersebut. Dibimbangi, walaupun kita hanya mahu meminta nasihat sahaja terlebih dahulu, bomoh menggunakan ilmu pukau untuk melaksanakan niat jahatnya. Kaedah menyelidik ini signifikan dengan tajuk entri sebelum ini (Spesis ISA dalam PAS).

Risiko paling tinggi berbomoh dengan mereka yang tidak menurut syariat ialah berlaku perbuatan syirik. Syirik merupakan satu-satunya maksiat yang tidak diampunkan oleh Allah.

3. Kebanyakan wanita mudah menjadi mangsa kerana kelemahan emosi mereka yang mudah dipujuk . Oleh sebab itulah, Islam meletakkan wali bagi wanita ialah kaum lelaki. Turutan wali seperti bapa, suami, datuk, adik beradik lelaki, bapa saudara dan lain-lain adalah untuk memelihara maruah dan memberi perlindungan kepada mereka.

Wali bagi kaum wanita selama-lamanya adalah lelaki. Ia tidak pernah dipindahkan kepada kaum wanita. Sebagai contoh: Dalam hal pernikahan, jika wali dari pihak keluarga perempuan tidak ada walau seorang, maka hak wali berpindah kepada wali hakim yang juga lelaki. Ini menunjukkan betapa kaum lelaki diberi kelebihan akal dan tanggungjawab yang besar dalam melindungi kaum wanita. Wali itu pula mesti memenuhi syarat tertentu seperti berakal, baligh dan adil.


Berdasarkan pemerhatian saya secara rambang, golongan yang suka berjumpa bomoh kebanyakan kaum wanita. Mereka tetap mahu berbomoh meskipun pihak wali seperti suami atau bapa tidak membenarkan. Risiko tidak menurut perintah wali ini amatlah besar yang mana wanita mudah ditipu dan dipujuk rayu. Bila sudah kena, siapa yang malu dan rugi?

ISLAM Itu ertinya SELAMAT

Asas kepada semua tip di atas ialah sentiasa menambah ilmu Islam dan mengamalkannya. Islam yang diamalkan akan menyelamatkan penganutnya. Jika sudah tahu kemudian kita enggan menuruti perintah Allah dan melakukan juga laranganNya, maka jika terjadi apa-apa musibah, salahkan diri sendiri. Itu baru azab di dunia. Jika tidak bertaubat, tunggulah azab Allah di akhirat yang lebih pedih.

Allah berkata dalam surah al-Syura ayat 30,

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Iya, dalam keadaan kita menanggung akibat dari dosa-dosa kita, hakikatnya Allah telah memaafkan sebahagian besar kesalahan kita. Jika Allah mahu mengambil kira kesemua kesalahan kita, tentulah azab yang lebih besar menimpa.


Surah al-Nisa’ ayat 79 pula menyatakan,


Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).


Artikel berkaitan : Tip Elak diPukau di http://keranacinta.wordpress.com/


Ummu Abbas

2 comments:

  1. Kebodohan akal itu menyebabkan kena tipu bila ditipu akhirnya menyesal tapi tidak berguna cubalah kita fikir2kan nya demi masa depan maruah diri maka sentiasa mengamlakan tafsiran AL-QURAAN banyak yang kita boleh pelajari nya. JANGAN TERTIPU LAGI YA MAKCIK2 SEMUA JUGA JANGAN TERTIPU BILA MENGUNDI INGATLAH YANG RASUAH JANGAN DISOKONG YANG JADI KATAK JANGAN DIPILIH AKIBATNYA KITA AKAN MENJADI MANUSIA YANG TERTIPU. SEKIAN WSLM

    ReplyDelete
  2. tudia...takotnye...ishh bru je plan nk p jmpe bmoh resdung ni....kne berhati2..tula len kali kne mtk org pempuan yg handle klo pskit pmpn....better p kt permata hijrah tu..

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist