Friday, 11 September 2009

Ugutan Seksual - Rodziah Buat Laporan Polis | Nizar News

Laporan polis dibuat hari ini, berhubung kenyataan berunsur gangguan seksual yang dilemparkan terhadap Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail .

Beliau berkata, kata-kata kesat berbaur ancaman yang dilemparkan kepadanya semasa Sesi Majlis Dialog Awam bersama penduduk Seksyen 23, 5 September lalu dikhuatiri mengancam keselamatannya.

“Bukanlah hasrat saya, untuk memanjangkan isu ini, kerana isu sebeanr ialah pemindahan kuil sek 19 namun keputusan ini dibuat setelah hampir seminggu berlalu kerana tentang keselamatan diri saya, keluarga serta pegawai saya semakin hari semakin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata kepada media sebelum membuat rakaman percakapan di Ibu Pejabat Polis, Shah Alam, tengahari tadi.

Beliau yang juga ahli penal Dialog tersebut dicemari perbuatan tidak bertanggungjawab kumpulan tertentu yang mencetuskan kekecohan dengat kata-kata seperti “ Aku akan rogol kau, Rodziah!” yang boleh memburukan nama beliau.

“Dialog yang lepas begitu jelas perkara itu berlaku, begitu jelas hamburan kata-kata tetapi setelah semingu yang berlalu tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak tertentu,

“Saya telah hadir bagi wakil rakyat daerah itu bagi menyelesaikan masalah itu tapi apa yang saya dapati dalam dialog itu, beberapa perkataan yang menuju kepada saya iatu perkataan jalang, “Rodziah mengalahkan pelacur”, “babi” dan “sundal” dan satu kata yang menyentuh kepada keselamatan saya ialah, “Aku akan rogol kau Rodziah!, intimedasi ini jelas untuk memburukan nama dan menghina saya,” katanya.

Selain itu, katanya, tindakan melaporkan perkara ini juga bagi mewakili dan memperjuangkan melindungi hak kaum wanita diluar sana yang diancam dengan kenyataan berunsur ganguan seksual seperti itu.

“Saya akan bekalkan klip video yang menunjukkan jelas perlakuan tersebut, saya tuntut pihak polis untuk menyiasat perkara ini sama-ada lemparkan kepada saya atau sesiapa yang yang dilamparkan,”

“siasat mereka ini bawa kemuka pengadilan dan demi keselamatan semua individu terutamanya mereka tidak boleh menghina maruah wanita,” katanya

sumber: http://nikhassanazmi.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)